Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PERASMIAN HARI ORIENTASI MURID TAHUN 1 SESI 2023

Tarikh : 18 FEB 2023 (SABTU)


Masa : 8.30 PAGI
Tempat : Dewan Terbuka SKLS2J
1 Bismillahirrahmanirrahim…
UCAPAN
PENGERUSI Mayang berliut berisi padat,
MAJLIS
Tidak bercabang lembut empulur,
Resamnya timur menjunjung adat,
Bila bertandang salam dihulur.

Assalamualaikum w.b.t.
1) Yang Berusaha, En. Eu Teng Huat,
Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang,
2) Pn. Najihah binti Hj Ibrahim,
Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Ridhauddin bin Hasbullah,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Berbahagia, Encik Eric
_________________________________________________
Pn. Nurul Diyanah binti Mohd Radzi,
Penyelaras Hari Orientasi Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024
Rakan-rakan guru, para ibu bapa serta bakal murid Tahun 1
yang dikasihi sekalian.

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang telah sudi


meluangkan masa dalam menjayakan Majlis Taklimat Hari Orientasi
Murid Tahun 1 2023/24. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran
dilafazkan ke hadrat Illahi kerana hari ini kita masih diberi kesihatan
yang baik. Maka dengan itu, kita dapat hadir secara maya ke Taklimat
Hari Orientasi Murid Tahun 1 ini untuk berkenalan dan beramah mesra
dengan pihak pentadbiran sekolah serta budaya di sekolah ini.
Selamat datang ke SK La Salle 2 Jinjang buat tuan-tuan dan puan-
puan. Diharapkan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan yang diterima
pada hari ini dapat belajar membina kecemerlangan mereka di sekolah
ini dan menjadi seorang murid yang berminda kelas pertama.
2 Orang Jawa berdagang ke kota,
BACAAN DOA Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Encik Ahmad Khairuddin
bin Azam. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

**************************(DOA)*************************
*

Amin Amin Ya Rabbal ‘Alamin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3 Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan


UCAPAN ALUAN Yang Berusaha En. Eu Teng Huat,
GURU BESAR Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************(UCAPAN
GB)***********************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan


Guru Besar atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.
Hadirin sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan Taklimat
TAKLIMAT Persekolahan. Dengan itu, majlis menjemput Yang Berusaha, Pn.
AWAL Najihah binti Hj Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
PERSEKOLAHAN
menyampaikan taklimat. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********(TAKLIMAT PERSEKOLAHAN)************

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha, Pn.


Najihah binti Hj Ibrahim, Penolong Kanan Pentadbiran atas taklimat
yang ringkas lagi padat berkenaan pengenalan persekolahan sebentar
tadi.
TAKLIMATKEDA Hadirin yang dimuliakan,
I BUKU Seterusnya merupakan sesi Taklimat Kedai Buku. Oleh itu, majlis
menjemput Yang Berbahagia Encik Eric selaku Pengerusi Tender
Kedai Buku untuk meneruskan acara. Dipersilakan.
7 Kerjasama tuan puan sangat dihargai,
PENUTUP Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
Semoga kita berjumpa lagi.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Akhir kalam, pihak sekolah juga ingin merakamkan ribuan terima


kasih yang tidak terhingga kepada para ibubapa yang memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran anak-anak.
Sesungguhnya, komitmen tuan puan adalah inspirasi kami. Dengan itu,
tamatlah majlis kita pada pagi ini. Semoga hubungan pihak sekolah
dan para ibubapa akan terus erat. Sesungguhnya yang baik itu datang
dari Allah dan kekurangan itu wujud daripada kelemahan kami ini.
Sekian, wabillahittaufiq.....
SEMAKAN FAIL Ibu bapa boleh pilih mana2 kaunter utk menyemak dan menghantar
fail. Selepas itu, ibu bapa akan dpt 1 sticker. Sticker tu tunjuk dkt guru
yg jaga aktiviti murid dalam kelas, ada sticker baru boleh ambil anak
balik. Kalau xde sticker, x boleh bawak anak balik.

Anda mungkin juga menyukai