Anda di halaman 1dari 4

Bil Aturcara 1 Ketibaan YDP PIBG

Skrip Mengumumkan ketibaan Yang DiBerbahagia Ustaz Idris bin Mansor,Yang Dipertua PIBG SMK Kota Gelanggi 2, diiringi Tuan Haji Muhammad Arib b. Awang Hassan, Pengetua SMK Kota Gelanggi 2 Ke pekan kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Melatui kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Berbahagia, Ustaz Idris bin Mansor, Yang Dipertua PIBG SMK Kota Gelanggi 2, Tn Hj Muhamad Arib b. Awang Hassan, Pengetua SMK Kota Gelanggi 2 Tuan Haji Ahmad Mokhtar b. Zakaria, Guru Penolong kanan Pentadbiran En Mashuran b Hussain, Guru Penolong kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Abdul Rahman b. Rahmat, Guru penolong kanan Kokurikulum Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang,Guru Kaunselor, rakan-rakan guru ibu bapa penjaga dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, maka kita diberikan kelapangan waktu untuk sama-sama berkumpul di Dewan Mat Kilau ini bagi menjayakan Majlis Pelancaran Aku janji Pelajar PMR dan SPM 2014 dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 2013

catatan

Alu-aluan Pengacara Majlis

Bacaan Doa

Dari perlis puspa ku mohon, Puspa dipilis buat azimat, Tangan ditadah doa dipohon, Semog majlis mendapat berkat Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat, Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. Bagi memberkati dan memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita memanjatkan doa ke hadrat ilahi, memohon berkat agar majlis kita mendapat rahmat. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Tn Hj Mohd Razip b Berahim untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan. (BACAAN DOA) Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn Haji Mohd Razip B Berahim di atas bacaan doa itu tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t Sudilah tuan jalan berlapan, Jalan berlapan di malam kelam, Sudulah Tuan beri ucapan, Kata aluan pemanis kalam. Hadirin Sekalian, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru penolong Kanan Pentadbiran. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Tuan Haji Ahmad Mokhtar b zakaria untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan. (UCAPAN) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ahmad Mokhtar b Zakaria di atas ucapan beliau tadi. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, Meneruskan acara kita pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Tuan Haji Muhammad Arib b. Awang Hassan, pengetua SMK Kota Gelanggi 2 untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis pelancaran aku janji pelajar PMR dan SPM 2014 dan Anugerah Kecemerlangan pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 2013 SMK Kota Gelanggi 2. Dipersilakan.. (UCAPAN) Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Muhamad Arib b. Awang Hassan,pengetua SMK Kota Gelanggi 2 di atas ucapan perasmian sebentar tadi. Warga dewan yang budiman, Agenda majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kecemerlangan pelajar Tingktan 1, 2 dan 4. Buat pengetahuan hadirin sekalian hadiah kecemerlangan ini diberikan kepada pelajar yang mendapat kedudukan pertama hingga ke3 bagi setiap tingkatan berdasarkan keputusan penilaian pada tahun 2013. Pelajar-pelajar diminta bersedia. Bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah ini

Ucapan GPK Pentadbiran

Ucapan perasmian pengetua

Penyampaian Hadiah kecemerlangan pelajar Ting 1,2, dan 4 2013

majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati Ustaz Idris b . mansor, YDP PIBG SMK Kota Gelanngi 2, diringi Tuan Haji Muhamad Arib b. Awang Hassan,pengetua SMK Kota Gelanggi 2 naik ke pentas. Dipersilakan.. >>>>senarai nama pelajar >>>>>>>>> Terima kasih di ucapkan kepada Yang Di Hormati ustaz Idris b. Mansor, YDP PIBG SMK Kota Gelanggi 2 atas kesudian beliau menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar tingakatn 1,2 dan 4 tahun 2013. Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Acara seterusnya adalah Aku Janji dan Ikrar pelajar Tingkatan 3 dan 5 dan Pelancaran Mentor mantee SMK Kota Gelanggi 2 tahun 2014. Sebelum kita mulakan aku janji dan ikrar oleh pelajarpelajar di minta semua pelajar tingkatan 3 dan 5 untuk berada di hadapan pentas. Dipersilakan... (pelajar mengambil tempat) Warga dewan yang dikasihi sekalian, Kita teruskan lagi acara kita dengan pelancaran mentor mantee. Buat pengetahuan warga dewan..................................................................................... Hadirin yang dihormati sekalian, Berikut adalah pelajar-pelajar target cemerlang keputusan PPMR dan SPM tahun 2014. Dipersilakan.. >>>>>>senarai>>>>> Hadirin sekalian, Acara kemuncak yang kita nanti-nantikan sudah pun tiba. Majlis dengan segala sukacitanya ,menjemput wakil pelajar, MOHD Fikri Nazri b.............. bagi mengetuai bacaan aku janji dan ikrar pada pagi ini. Dipersilakan. (BACAAN IKRAR) Terima kasih kepada semua pelajar tingakatan 3 dan 5 SMK Kota Gelanggi 2. Semoga kata-kata keramat yang dibaca tadi benar-benar lahir dari hati. Bak kata pepatah lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji. Ikrar yang di baca tadi merupakan janji anda semua. Janji kalian untuk bersungguh-sungguh berusaha mencapai kejayaan. Janji kalian kepada ibu bapa, kepada guru-guru dan janji kepada diri sendiri. Terima kasih. Pelajar-pelajar dipersilakan duduk. (pelajar bergerak ke tempat duduk)

Aku Janji & Ikrar Pelancaran mentor mentee

Hadirin dan hadirat sekalian, Kita teruskan lagi acara kita pada pagi ini dengan upacara simbolik menandatangani MOU Akujanji antara Ibu Bapa

dan Pelajar. Untuk menyempurnakan upacara ini majlis dengan berbesar hati menjemput sekali lagi wakil pelajar ,, mohd Fikri Nazri dan penjaganya naik ke atas pentas untuk upacara simbolik menandatangani MOU akujanji antara ibu bapa dan pelajar. Dipersilakan.... (wakil pelajar dan penjaga naik ke pentas) Terima kasih kepada Mohd Fikri dan penjaganya. 8 Pelancaran insentif PMR dan SPM

Sesi dialog

10 Bersurai

Anda mungkin juga menyukai