Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN Nota : 1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas. 2.

Arahkan beg diletakkan disebelah kanan. 3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA. Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Aslina bt Yob, Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ; .1) Tn Hj Zakaria bin Jaafar - PK Pentadbiran. .2) En. Kowangid bin Taufik - PK Hal Ehwal Murid .3) En Hamran bin Jantan - PK Kokurikulum. Yang Dihormati Guru-guru Kanan Matapelajaran dan Guru-guru Cemerlang. Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini. DOA Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya mempersilakan saudara______________ untuk melafazkan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara______________ atas bacaan doa sebentar tadi. NYANYIAN DAN IKRAR. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu Negaraku. Semua guru dan pelajar diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________. Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS. Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan. Terima kasih kepada Encik/Puan _ atas laporan yang disampaikan tadi. UCAPAN GURU (JIKA ADA) Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Puan _____________________ untuk memberikan ucapan mengenai program _____ Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan ____

UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR. Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua / Penolon Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan. PENGUMUMAN Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ; .1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan _____________________ .2) __________ .3) __________ BERSURAI. Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, Guru-guru Cemerlang dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN


. . dan salam sejahtera. Yang Berusaha, En Ramli Bin Hj Hasbi,Pengetua SMK Demak Baru Kuching, Yang Dihormati, Pn Misia Hj Zain Penolong Kanan Kurikulum,En Razali Bin Badar, Penolong Hal Ehwal Murid, En Selamat Masuni, Penolong kanan Kokurikulum ,En Jamal Shukuri Bolhassan,Penolong Kanan PPKI, Ketua-ketua Bidang,Guru-guru ,Barisan pengawas serta rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian.

Memulakan perhimpunan rasmi kita pada pagi ini,marilah kita bersama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Kebangsaan,iaitu Negaraku dengan penuh bersemangat. Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyayian lagu Negaraku Itu tadi. Para guru dan rakan sekalian, Seterusnya majlis menjemput Adik Zulhelmi Majeni untuk mengetuai bacaan Ikrar.Dipersilakan... Terima kasih diucapkan kepada Adik Zulhelmi Majeni atas bacaan ikrar itu tadi. Para guru dan rakan sekalian, Ramai orang membeli ragi Buat tapai lalu diikat Ilmu dicari tak akan rugi Buat bekalan dunia akhirat ,Bagi memberkati pencarian ilmu kita di Teratak SMK Demak Baru yang tercinta ini..marilah sama-sama kita menadahkan tangan megaminkan doa yang akan disampaikan oleh adik Qamarul Izad Bin Hasyim.. Terima kasih diucapkan kepada adik Qaamarul Izad atas bacaan doa itu tadi..Mudah-mudahan Allah memakburkan doa kita semua. Para guru dan rakan sekalian.. Pastinya kita tidak lupa untuk mendengar laporan daripada guru yang bertugas pada minggu lepas.Justeru majlis dengan sukacitanya menjemput ketua guru bertugas pada minggu lepas iaitu Cikgu Badrul Hisyam bin Majid untuk menyampaikan laporan beliau.. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. Terima kasih pada Cikgu Badrul Hisyam atas laporan itu tadi.Kepada rakan-rakan pelajar sekalian, Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan demi memastikan kelancaran pengurusan disiplin demi kecemerlangan SMK Demak baru ini. Anak teruna membeli tasi... semoga kita bersama menjayakan visi Para guru dan rakan sekalian, Bukalah mata ,bukalah minda untuk kita mendengar pengumuman yang akan di sampaikan oleh Cikgu Dayang Hasyimah Binti Awang Madian berkenaan Minggu Pendidikan Khas.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Dayang atas pengumuman yang disampaikan. Seterusnya pula majlis menjemput ,En Selamat Masuni ,penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan pengumuman beliau berkenaan aktiviti kokurikulum yang telah dan akan berlangsung pada minggu ini.Dipersilakan. Majlis menguncapakan terima kasih kepada Cikgu Selamat Masuni.Sepertimana harapan sekolah begitu juga harapan kami sebagai pelajar sememanya bersemangat untuk mengikuti segala aktiviti yang direncanakan oleh pihak sekolah kepada kami.

Para guru dan rakan sekalian,

Diteruskan pula majlis pada pagi ini dengan ucapan daripada En Razali Badar,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih kepada En Razali Badar atas ucapan itu tadi. Mencari buluh membuat pagar Jangan terpotong batang durian; Cari guru tempat belajar, Supaya jangan sesal kemudian. Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn Misia Hj Zain ,Penolong kanan kurikulum ,untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Pn Misia Hj Zain atas ucapan yang disampaikan. Para guru dan rakan sekalian, Detik yang kita tunggu-tunggu pada saban minggu sememangnya tidak lain dan tidak bukan adalah amanat dan nasihat yang akan disampaikan oleh insan yang kita semua sayangi iaitu Tuan Pengetua.Justeru tanpa membuang masa,majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En Rambli bin Hj Hasbi untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala horrmatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua yang kita sayangi... Terima kasih daun keladi minggu depan kita dengar lagi... Para guru dan rakan sekalian, Kita telah sampai ke penghujung majlis perhimpunan kita pada pagi ini..Sebelum majlis bersurai,marilah kita berdiri untuk bersama-sama menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku dengan penuh semangat demi "Bumi Kenyalang" yang kita kasihi..Ahir kata daripada saya. wahai rakan tanamkan harapan Tingkatkan diri untuk maju Hidup harus penuh harapan Jadikan itu jalan yang dituju Mohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata atau susunan bahasa dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri..

Sekian...Jumpa lagi diminggu hadapan.Mohon pelajar semua memberi laluan kepada guru-guru dan berbaris mengikut kelas masing-masing untuk pemeriksaan oleh Lembaga Pengawas dan Disiplin sekolah.

Anda mungkin juga menyukai