Anda di halaman 1dari 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP PROGRAM ORIENTASI

TINGKATAN 1
12 APRIL 2021(ISNIN)
TAPAK PERHIMPUNAN SMKDA

Nota :

1. Semua murid diminta  beratur mengikut kelas.

Bismilahhirahmanirahhim
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha
Pengetua Cemerlang, SMK Dato’ Sheikh Ahmad

Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;

 
Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana


dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi
yang indah ini.

DOA
Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, majlis mempersilakan saudara
_________________________________  untuk melafazkan doa.

Habis Doa
Majlis mengucapkan terima kasih  atas bacaan doa sebentar tadi.

NYANYIAN  
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis, dan lagu
sekolah. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia .

Selepas Nyanyian

Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian   sebentar tadi.

BACAAN IKRAR
Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pelajar , dengan itu majlis mempersilakan
saudara____________________________ untuk mengetuai bacaan ikrar.
Dipersilakan
Habis Ikrar
Majlis mengucapkan terima kasih  atas bacaan ikrar sebentar tadi

UCAPAN GURU (JIKA ADA)

Meneruskan kelangsungan acara majlis  mempersilakan untuk memberikan ucapan.

Habis Ucapan
Terima kasih Cikgu_____________________________ atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PENTADBIR
Seterusnya,  majlis mempersilakan

Pengetua Cemerlang SMK Dato’ Sheikh Ahmad


untuk menyampaikan ucapan.

Habis Ucapan
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang
disampaikan oleh  Cemerlang  sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu
dapat kita jadikan panduan untuk ke arah kecemerlangan.

BERSURAI.
Majlis Penutup program orientasi tingkatan satu kita sampai
dipenghujungnya,   Semua rakan murid boleh beredar ke kelas masing-masing
mengikut SOP .

Sekian, Wabilah hi taufik, wal hidayah, Wasalamualaikum waraoh matullah hi


wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai