Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITRI

2021 DEWAN DATO’ HAJI WAN AHMAD,SMKDSA


6 MEI 2021 (KHAMIS)

BIL PERISTIWA/ BUTIRAN PERISTIWA CATATAN


ATURCARA
PROGRAM

1 ALUAN VIP Hadirin sekalian

Assalamualaikum Wth Dan Salam Sejahtera

Guru-Guru Kanan, Guru-Guru Serta Pelajar-Pelajar Yang Dikasihi


Sekalian

Bertemu Kita Di Pagi Ceria


Jalin Ikatan Menjelang  Aidilfitri
Program Sumbangan Penuh Mulia
Bina Perpaduan Dan Jatidiri.

Berbilang Kaum Hidup Bersama


Bersopan Santun Amatlah Mesra
Tak Kira Bangsa Juga Agama
Syawal Di Sambut Dengan Gembira

Alhamdulillah, Dengan Limpah Kurnia Dan Inayahnya Dapat Kita


Bertemu Lagi Dalam Bulan Ramadhan Al Mubarak Tahun Ini Iaitu
Bulan Yang Mulia Dan Tersirat Di Dalamnya Rahmat Dan
Keampunan. Marilah Sama-

Sama Kita  Panjatkan Setinggi-Tinggi Kesyukuran Ke Hadrat Ilahi


Kerana Telah Dikurniakan Kesihatan Tubuh Badan Yang
Membolehkan Kita Hadir Dalam Majlis Ini. Sememangnya Hasrat
Pihak Urusetia Program Untuk Menjadikan Majlis Penyampaian
Sumbangan Sempena Hari Raya Ini  Salah Satu Program Tahunannya
Yang Tetap Pada Saban Tahun Dalam Bulan Ramadhan Sebagai
Tanggungjawab Sosial Pihak Sekolah. Semoga Allah Swt Akan
Menaungi, Merahmati Dan Melindungi Kita Semua Dalam Melalui
Kehidupan Ini.

2 BACAAN DOA Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Bagi mendapatkan lebih keberkatan,


Marilah bersama menadah tangan,
Kehadrat Ilahi kita pohonkan.
Doa dibaca penuh keikhlasan.
SKRIP PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITRI
2021 DEWAN DATO’ HAJI WAN AHMAD,SMKDSA
6 MEI 2021 (KHAMIS)
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Saudara
______________________________
untuk mengetuai bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

3 UCAPAN TERIMA Majlis mengucapkan terima kasih kepada Saudara


KASIH ______________________________________ atas bacaan doa
sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis kita akan berjalan dengan
lancar.

4
UCAPAN Hadirin sekaliam
PENGETUA
Seterusnya kita beralih arah ke atur cara seterusnya ,

marilah sama-sama kita mendengar ucapan yang akan disampaikan


oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua. Untuk itu,majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN TUAN PENGETUA)

5
UCAPAN TERIMA Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha,
KASIH Pengetua Cemerlang SMKDSA

6 PENYAMPAIAN
SUMBANGAN Hadirin sekalian
KUOK
Dalam kita menjalani ibadah puasa dan kesibukan membuat
persiapan aidilfitri, kita seharusnya tidak melupakan golongan yang
perlukan sokongan sosial dan kewangan  untuk meneruskan hidup.

Untuk makluman para hadirin sekalian,terdapat 3 kategori


sumbangan iaitu daripada Yayasan KUOK, sumbangan daripada
guru-guru dan orang perseorangan serta staff sokongan yang akan
disampaikan pada hari ini kepada 131 orang pelajar .

Bagi penyampaian sumbangan tersebut , majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang Berusaha untuk menyempurnakan
upacara penyampaian sumbangan tersebut.

Bagi penyerahan sumbangan yang pertama iaitu daripada


YAYASAN KUOK . Seramai 80 orang akan menerima sumbangan

1.
(BACA NAMA PENERIMA SEPERTI YANG DIBERIKAN)

Bagi penyerahan sumbangan yang pertama iaitu daripada staff .


Seramai___________ orang akan menerima sumbangan berbentuk
baucer yang perlu ditukarkan di pejabat mulai ___________
sehingga ______________________.
SKRIP PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITRI
2021 DEWAN DATO’ HAJI WAN AHMAD,SMKDSA
6 MEI 2021 (KHAMIS)

Untuk itu , majlis mempersilakan :


1.
(BACA NAMA PENERIMA SEPERTI YANG DIBERIKAN)

7 PENYAMPAIAN Seterusnya penyerahan sumbangan duit raya untuk 131 orang


SUMBANGAN pelajar.
KE 2
Untuk itu , majlis mempersilakan :

1.
(BACA NAMA PENERIMA SEPERTI YANG DIBERIKAN)
~ mula sebut dulu nama bertanda merah ( 71
orang) diikuti bertanda hitam

8 PENYAMPAIAN
SUMBANGAN KE Bagi penyerahan sumbangan yang terakhir iaitu Seramai 51 orang
3 pelajar akan menerima sumbangan berbentuk baucer yang perlu
ditukarkan di pejabat mulai ___________ sehingga
______________________.

Untuk itu , majlis mempersilakan :

1.
(BACA NAMA PENERIMA SEPERTI YANG DIBERIKAN)
~ senarai nama yang bertanda biru

9 UCAPAN TERIMA Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada
KASIH yang berusaha tuan pengetua atas penyampaian sumbangan itu tadi.

10 PENUTUP
Hadirin sekalian

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa


syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas
kesudian hadir dan memeriahkan majlis kita pada hari ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua yang telah menjayakan majlis
penyampaian sumbangn aidil fitri terutamanya pihak pengurusan
smkdsa, semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung.dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Para hadirin sekalian

Bunga seroja di atas para


Jatuh di timpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua saya pohonkan
SKRIP PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA AIDIL FITRI
2021 DEWAN DATO’ HAJI WAN AHMAD,SMKDSA
6 MEI 2021 (KHAMIS)
Oleh itu, majlis kita tamat disini…. .

Sekian ……..saya sudahi majlis dengan wassalamualaikum


warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera

Disediakan oleh.

………………………..
(ZUMIRA BINTI SAIDIN)
Ajk Pengacara Majlis Penyerahan Sumbangan Aidil Fitri 2021
SMK Dato’ Sheikh Ahmad
02600 Arau
Perlis .

6 MEI 2021

Anda mungkin juga menyukai