Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS GOTONG-ROYONG BULAN


KEMERDEKAAN SK SRI PETALING 2017

SABTU
12 OGOS 2017
DATRAN SKSPSP

1. KATA-KATA ALUAN
yanie Ke Pekan Nilai membeli bingka,

1
Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Yang berusaha,
Puan Hajah Anum Zakiah Binti Haji Gam
Guru Besar
SK Sri Petaling

Encik Bestari Abrar Bin Nasiruddin


Yang Dipertua PIBG
SK Sri Petaling

Puan Roshima
Penolong Kanan HEM

Puan Sharon
Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Che Masni


Penolong Kanan 1,

Guru-guru dan para ibubapa yang dihormati sekalian.

Selamat datang ke Hari Gotong-royong SK Sri Petaling Bagi


Tahun 2017. Saya selaku pengacara majlis mewakili pihak SK
Sri Petaling ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
ibubapa kerana dapat meluangkan masa dan waktu untuk
bersama-sama dengan warga Sekolah SK Sri Petaling bagi
aktiviti memperindah lagi kawasan sekolah tercinta.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, objektif program gotong-


royong perdana ini dijalankan adalah :

2
1. Merapatkan silaturrahim diantara guru dan ibubapa dan
memupuk kerjasama yang jitu antara kedua-dua pihak.

2. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan


sekolah dengan bertemakan bulan kemerderkaan.

3. Mengubah landskap keceriaan sekolah dengan tema hari


kemerdekaan .

2. BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, majlis


dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Fairus bagi
mengetuai bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Wan Baharudin di atas
bacaan doa itu tadi. Semoga segala perjalanan aktivti gotong-
royong kita pada hari ini mendapat berkat dariNya.

3. UCAPAN PENGERUSI PEWARIS


Hadirin sekalian,

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak berkat ilmu tanpa amalannya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Majlis seterusnya dengan segala hormatnya menjemput Yang


Berusaha Puan Hajah Anum Zakiah Binti Haji Gam, Guru Besar
SKSP untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Guru Besar di

3
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya , majlis dengan segala hormatnya meminta Encik


Bestari Abrar Bin Nasiruddin Yang Dipertua PIBG SK Sri
Petaling untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
Hari Gotong-royong SK Sri Petaling Bagi Tahun 2017. Majlis
meminta Encik Bestari untuk kekal berada dihadapan pentas
bagi acara simbolik perasmian dan penyampaian hadiah.
Hadirin sekalian pada 10 Ogos yang lepas, sebuah kempen kitar
semula telah diadakan bagi di SKSP. Pelbagai pihak telah
menyumbangkan bahan kitar semula bagi bersama-sama
menjayakan kempen ini sekaligus memupuk nilai kesedaran dan
cinta akan alam sekitar.

Oleh itu, berikut adalah pemenang bagi aktiviti mengitar semula


bahan terpakai.
Terima Kasih diucapkan kepada Encik Bestari atas kesudian
beliau menyempurnakan acara penyampaian hadiah.

Seterusnya, majlis beralih kepada taklimat gotong-royong yang


bakal dilaksanakan oleh Puan Roshimah. Oleh itu, majlis
menjemput Puan Roshimah untuk menyampaikan taklimat
beliau.
4. PENUTUP
Hadirin sekalian, sebelum bermulanya aktiviti gotong-royong,
adalah lebih afdal sekiranya kita melakukan sedikit regangan
bagi menyediakan diri sebelum bermulanya aktiviti. Oleh itu
dipersilakan Guru Pelatih Praktikum daripada IPGKBA untuk
mengendalikan sesi senam robik.

Anda mungkin juga menyukai