Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

BICARA AWAL REMAJA


SK PALONG 14 ( F ) 2019

1. PENDAHULUAN

Remaja merupakan individu yang berumur antara 13 hingga 20 tahun. Ia merupakan


peringkat antara alam kanak-kanak dengan alam dewasa. Pada ketika ini, berlaku proses
perubahan besar dari aspek fizikal, kognitif dan sosial selain kematangan seksual lebih
ketara dan mencabar dalam peringkat peralihan ini.

Menurut Islam, zaman remaja dikaitkan dengan istilah baligh dan apabila seseorang itu
baligh, wajib ke atasnya melakukan segala hukum syarak dan meninggalkan perkara yang
dilarang. Biasanya tanda baligh bagi kanak-kanak lelaki apabila bermimpi, manakala bagi
kanak-kanak perempuan apabila keluar haid. Semua tanda itu menjadi penanda aras
kepada pertukaran zaman daripada alam kanak-kanak ke alam remaja. Tugas mendidik
golongan yang baru masuk ke alam remaja ini adalah tanggungjawab ibu dan bapa, guru-
guru, masyarakat dan pihak kerajaan. Ringkasnya tugas mendidik remaja adalah tugas
semua pihak.

Maka, bertitik tolak dari itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama
Jawatankuasa Program Pasca UPSR menggalas tanggungjawab untuk mengadakan bicara
berkaitan awal remaja.

2. OBJEKTIF

a) Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang perubahan fizikal bagi seorang


remaja.

b) Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja
dengan penuh yakin.

c) Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri
dengan sebaik mungkin.

d) Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan.

e) Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.

3. TARIKH
15 November 2019 ( Jumaat )
4. TEMPAT
SK Palong 14 ( F )

5. SASARAN
Seramai 60 orang ( Murid tahun 4 hingga 6 )

6. JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Pengerusi : En. Ahmad Bin Mokhtar ( Guru Besar )


Timbalan Pengerusi : En. Abdul Latif Bin Sanusi ( GPK HEM )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Waromlah bt. Abdul Rasid ( GPK 1 )
Naib Pengerusi 2 : Pn. Azizah bt. Sanin ( GPK Koko )
Penyelaras : Pn. Nor Suraya bt. Ayob ( Unit Bimbingan dan Kaunseling )
Setiausaha : Pn. Zanariah Binti abu Zarin ( Penyelaras Program Pasca UPSR )

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Siaraya / LCD : En. Rosahdan Bin Md. Aziz


Persiapan Tempat : En. Adnan Bin Zakaria
: Pn. Noor Rani Binti Mahat
Buku Program : Pn. Fadilah Binti Umar
Kawalan Murid : En. Muhammad Efan Fazril Bin Zahari
: Pn. Syafiqah Binti Muhamad Zuki
Pengerusi Majlis : Cik Annisa Binti Basir
Cenderamata / Sijil : Pn. Siti Noor Binti Mamat
Jamuan : Pn. Marliza Binti Sabri
Dokumentasi : Pn. Nagavenny A/P Subramaniam

7. TENTATIF PROGRAM

MASA PENGISIAN
8.45 pagi Murid berkumpul di Dewan Aminuddin Baki
Bicara bermula dan Sesi soal jawab
9.00 pagi
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Sesi Penutupan
Ucapan Guru Besar
11.00 tengah hari
Penyampaian Cenderamata
Jamuan / bersurai

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1. BAYARAN PENCERAMAH RM 300.00
JUMLAH RM300.00
9. SUMBER DANA

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

10. PENUTUP

Semoga Bicara Bimbingan Awal Remaja yang diadakan mendapat kerjasama daripada
semua pihak. Harapan Unit Bimbingan & Kaunseling agar murid dapat mengaplikasikan
ilmu yang diperolehi daripada program ini dalam kehidupan seharian kelak.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

............................................ ....................................................
( NOR SURAYA BT. AYOB ) ( ABDUL LATIF BIN SANUSI )
Guru Bimbingan dan Kaunseling GPK HEM

Disahkan oleh;

...............................................
( AHMAD BIN MOKHTAR )
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai