Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25) TAHUN 2023

QUE 1 Bismillahirrahmanirrahim.
KATA ALUAN
Selamat datang kami ucapkan,
Kepada rombongan tuan Budiman,
Di SK Convent (1) kita dipertemukan,
Semoga silaturahim dapat dieratkan

Yang Berusaha,
Puan R. Thilagavathi a/p G. Ramasamy,
Guru Besar SK Convent (1) Klang

Yang Dihormati,
Encik _______________________
Pegawai JPN Terengganu

Encik _______________________
Pegawai JPN Selangor

Encik _______________________
Pegawai PPD Klang.

Encik _______________________
SLT SK Taman Klang Utama

Puan________________________
SLT SK Convent 2 Klang

Puan Zuraina binti Mohamed Sabri


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Sara’yah binti Rasadi,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cik Hajah Farah Hanan binti Arifin


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Pegawai JPN Terengganu, Pegawai JPN


Selangor, Pegawai PPD Klang,
Barisan guru serta hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Assalamualaikum wbt, dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi, kerana


dengan limpah dan kurnianya, kita diberi luangan
waktu, dikurniakan kesihatan dan kecerdasan fizikal
mental untuk sama-sama kita berada dalam
PROGRAM PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi ucapan


terima kasih kepada semua ahli rombongan kerana
kesudian tuan puan ke SK Convent (1).

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian,


QUE 2
Lebat kemiri pohonnya rendah
BACAAN DOA
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat Yang Maha Esa

Majlis dengan segala hormatnya menjemput


Ustaz_____________________untuk memimpin
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(BACAAN DOA )

Amin. Amin Ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
_____________________ atas pimpinan bacaan doa
itu tadi. Semoga majlis kita ini mendapat keberkatan
Ilahi.

QUE 3 Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Bacaan doa selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula
Maka dengan itu, pihak majlis mempersilakan
________________________ SK CONVENT 1 untuk
mempersembahkan tarian.

Dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.


QUE 4
Seterusnya para hadirin dijemput untuk menyaksikan
TAYANGAN
tayangan video korporat SK Convent 1 yang telah
VIDEO
disediakan.

(Tayangan Video)

QUE 5 Emas tempawan buatmu puteri, Busana indah buat


rupawan; Sudilah tuan tampilkan diri, Bersama madah
UCAPAN GURU kata aluan.
BESAR
© Sumber Asal Informasi
Dari : https://www.irujukan.my/pantun-pengacara-
majlis/#pantun-persembahan-selingan
Seterusnya, Pihak majlis menjemput Puan Guru
Besar, Puan Puan R. Thilagavathi a/p G.
Ramasamy
QUE 5 Untuk makluman para hadirin sekalian, sekarang kita
berada di Laman Jalinan Kasih.
INFO LAMAN
JALINAN KASIH
Laman ini dahulunya adalah laman yang terbiar yang
menempatkan parkir kenderaan guru. Ianya adalah
hasil gabungan idea dan kerjasama daripada 2 buah
sekolah SK Convent (1) dan SK Convent (2). Laman
ini dirasmikan oleh Puan Yeo Mee Eee. mantan guru
besar SK Convent (1)

Pentas ini pula diberi nama Pentas Cakna Apresiasi.


Ianya dibina selepas laman Jalinan Kasih disiapkan.
Untuk lebih keselesaan, pentas ini dibina dan
dirasmikan oleh Puan Chia Siew Lee mantan Guru
besar SK Convent (1) dan Puan Abidah Yahya,
mantan Guru Besar SK Convent (2).
Pentas ini diberi nama Pentas Cakna Apresiasi,
gabungan nama Guru Besar SK Convent (1) dan SK
Convent (2),
(Cakna untuk Puan Chia, dan Apresiasi untuk
Puan Abidah).
Pentas ini dirasmikan pada 23 Februari 2018.

Laman Herba di sebelah tuan-tuan puan-puan pula


ditaja penuh oleh mantan Penolong Kanan
Pentadbiran SK Convent (1) Klang Puan Hajah
Raba’iyah Noor binti Mohd Nazri. Laman ini diberi
nama Taman Herba Ribuan Nilai, bersempena huruf
pada namanya H,R, N (Hajah Raba’iyah Noor dan
Herba Ribuan Nilai). Laman ini telah dirasmikan
sendiri oleh beliau pada hari persaraannya bertarikh 8
Oktober 2013.

Untuk makluman para hadirin, laman ini akan


dinaiktaraf kepada MultiKnowledge Centre (MKC @
SKC). Kawasan MKC ini bertujuan untuk menjadikan
murid berpengetahuan dan berpengalaman sekaligus
untuk memotivasikan serta menarik minat murid
melalui pembelajaran yang menyeronokkan.

Begitulah serba sedikit tentang sejarah laman tempat


kita berdiri sekarang. Semoga segala perencanaan
yang dirancangkan dapat dilaksanakan untuk
dimanfaatkan oleh murid SK Convent 1.

QUE 6 Hadirin sekalian,


TAYANGAN
Untuk meneruskan aturcara kita pagi ini, marilah kita
VIDEO
KORPORAT sama-sama saksikan video korporat tentang SK
Convent (1) Klang.

(TAYANGAN VIDEO)

Begitulah perkongsian video korporat sekolah kami.


Semoga ianya dapat memberikan serba sedikit
gambaran awal tentang sekolah kami yang tercinta.

QUE 7 Hadirin dan hadirat sekalian,


SESI
Seterusnya majlis ingin menjemput kepada semua
BERGAMBAR
hadirin untuk berkumpul di atas pentas untuk acara
sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
QUE 8
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
TINJAU-
TINJAU,
JELING-JELING Seterusnya kami menjemput semua tetamu ke Bilik
Gerakan untuk kita menyaksikan pelbagai aktiviti
Kokurikulum yang sedang dijalankan sebelum kita
bergerak ke Bilik Gerakan. Rombongan kita akan
diketuai oleh Cik Hajah Farah Hanan binti Arifin,
Penolong Kanan Kokurikulum.

Dipersilakan.

(Tinjau2 - CIK FARAH)

QUE 9 Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Puan Norfazilah binti Baharum,
GB
Guru Besar SK Convent (1) Klang untuk
PERKONGSIAN
TS25 membentangkan perkongsian tentang Transformasi
Sekolah (TS25).
Dipersilakan.

(TAKLIMAT TS 25 – GB)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Norfazilah binti Baharum Guru Besar SK Convent
(1) di atas perkongsian itu tadi.

QUE 10
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan
PUAN ZURAINA
pembentangan yang akan disampaikan oleh Puan
(AMALAN KBAT
KITA HEBAT) Zuraina binti Mohamed Sabri, Penolong Kanan
Pentadbiran SK Convent (1) Klang. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

(TAKLIMAT PUAN ZU)

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Puan


Zuraina binti Mohamed Sabri atas pembentangan
yang disampaikan sebentar tadi.

QUE 11 Seterusnya majlis menjemput Yang Dihormati Encik


Abu Hassan bin Dollah, Guru Besar SK Sapintas,
Sabak Bernam untuk memberikan ucapan.

(UCAPAN GB SK SAPINTAS)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Abu Hassan


bin Dollah di atas ucapan yang diberikan.

QUE 12 Seterusnya majlis menjemput Encik Shawira bin


Sulaiman
Pensyarah Kanan Jabatan Kepimpinan Hal Ehwal
Murid dan Kaunseling, Institut Aminuddin Baki,
Genting Highland merangkap Rakan Elit TS25
untuk memberikan rumusan daripada sesi lawatan kali
ini.

(UCAPAN EN SHAWIRA)

Majlis merakam ribuan terima kasih kepada En


Shawira bin Sulaiman di atas ulasan yang telah
disampaikan.

QUE 13 Hadirin sekalian,


TANDATANGAN
Majlis diteruskan lagi dengan upacara
MEMORANDUM
menandatangani memorandum jaringan sekolah
antara SK Convent (1) Klang dan SK Sapintas, Sabak
Bernam.
Dengan ini menjemput Puan Norfazilah binti
Baharum, Guru Besar SK Convent (1) serta Encik
Abu Hassan bin Dollah, Guru Besar SK Sapintas
untuk menandatangani surat memorandum.
Dipersilakan.

(TANDATANGAN MEMORANDUM)

Seterusnya dipersilakan Puan Norfazilah binti


Baharum untuk menyampaikan cenderahati kepada
Encik Abu Hassan bin Dollah sebagai tanda
kenang-kenangan.

(PENYAMPAIAN CENDERAHATI)

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Puan


Norfazilah binti Baharum dan Encik Abu Hassan
bin Dollah di atas penyempurnaan tandatangan
memorandum dan penyampaian cenderahati itu tadi.

QUE 14 Sebelum saya menutup majlis pada pagi ini, suka


saya mengingatkan para tetamu untuk mengisi ‘Exit
PENUTUP
Ticket’ yang telah disediakan.

………………………………..

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan jutaan terima kasih di atas
kesudian rombongan dari SK Sapintas, Sabak
Bernam,
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua
yang terlibat di atas kerjasama, sumbangan, tenaga
serta buah fikiran yang telah diberikan bagi
menjayakan majlis pada hari ini.

Selaku perantara majlis, saya Nurul Farissa binti


Muhamad Anis dengan rendah hati ingin menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf, andainya
ada terkasar bahasa dan tersilap bicara yang tidak di
sengajakan sepanjang mengemudikan majlis pada
hari ini.
Buat akhirnya, saya sudahi majlis ini dengan
serangkap pantun

Nasi lemak buah bidara,


Sayang selasih hamba turutkan,
Andai ada tersilap bicara,
Ampun maaf kami pohonkan.

Sekian Wabillahi taufiq walhidayah.


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai