Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS LAWATAN PENANDA ARAS SMK ALOQ MERAH

PERKARA TEKS
UAPAN ALUAN PENGERUSI Yang Berusaha
Tuan Hj Mohd Noor Rashid bin Kamaridi
Pengetua SMK Doktor Burhanuddin

Yang Berusaha
Puan Shafina binti Abdul Samad
Pengetua SMK Alor Merah

Yang Berusaha
Puan Hjh Baishah binti Mohamad
Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Hjh Noor Ashikin binti Ahmat


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Hairo Rose Sidi bin Ibrahim


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Zalina binti Tahir


Penolong Kanan Petang

Encik Mohd Izam Bin Mohd Ramly


Penolong Kanan Tingkatan 6

Puan Apizah binti HjTaib


Penolong Kanan Pendidikan Khas

Ahli-ahli rombongan SMK Alor Merah, Guru-guru kanan ,guru-guru


serta hadirin hadirat yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan selamat


sejahtera.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke


Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, maka kita
diberi luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa,
dikurniakan kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-
sama berkumpul di dalam dewan yang serba indah ini
bagi menjayakan PROGRAM LAWATAN PENANDA
ARAS SMK ALOR MERAH, KEDAH Ke SMK DOKTOR
BURHANUDDIN ini.
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-
tuan dan puan-puan ke sekolah ini. Semoga program
lawatan penanda aras ini bukan sahaja dapat
mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah
pihak malah turut menjadi platform lebih banyak
perkongsian amalan terbaik pada masa hadapan.

BACAAN DOA Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
dengan limpah Kurnianya, marilah bersama-sama memohon taufik
dan hidayah memohon restu agar perkongsian ilmu antara kita pada
hari ini diberkati

Untuk itu, majlis menjemput saudara Mohd Fawwaz untuk


membacakan doa. Dipersilakan.

-BACAAN DOA-

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd Fawwaz atas bacaan


doa itu tadi. Semoga program kita pada hari ini mendapat
keberkatan rabbul izzati.

UCAPAN DAN TAKLIMAT Hadirin dan hadirat yang dihormati,


PENGETUA
Di sini ada guru yang tekun berusaha,
Di sini ada ketua yang tidak pernah kenal erti putus asa,
Di sini ada pendidik yang berjasa,
Di sini ada pemimpin yang berjiwa mulia.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, majlis dengan segala


hormatnya menjemput Tuan Haji Mohd Noor Rashid bin Kamaridi ,
Pengetua SMK Doktor Burhanuddin untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya memberikan taklimat . Dipersilakan.

-UCAPAN PENGETUA DAN TAKLIMAT-

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Mohd Noor Rashid Bin


Kamaridi atas ucapan itu tadi.
TAYANGAN VIDEO Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Untuk upacara yang seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan


tayangan video Amalan terbaik TS25 STREMAQ 2022,
Tayangan Video PBL-KMR 2018-2021, dan
Pengantarabangsaan DB Juara /303.

-TAYANGAN VIDEO –

Demikian tadi persembahan tayangan video yang telah


disediakan. Semoga tayangan video itu tadi dapat
memberi gambaran tentang aktiviti yang telah dijalankan
di sekolah ini.

UCAPAN WAKIL DARI SMK Hadirin dan hadirat yang dihormati,


ALOR MERAH KEDAH
Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Puan Shafina binti Abdul Samad,
Pengetua SMK Alor Merah Untuk menyampaikan
ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

-UCAPAN -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Puan Shafina binti Abdul Samad atas ucapan sebentar
tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan Hadirat sekalian,


CENDERAMATA
Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati
sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak kami.

Oleh itu, majlis menjemput Tuan Hj Mohd Noor Rashid bin


Kamaridi, Pengetua SMK Doktor Burhanuddin, dan diiringi oleh
Puan Hjh Baishah, Penolong Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan cenderamata.

Dijemput sekali lagi Puan Shafina binti Abdul Samad, Pengetua SMK
Alor Merah untuk menerima cenderamata tersebut.

-CENDERAMATA-
Terima kasih diucapkan kepada Tuan hj Mohd Noor Rashid bin
Kamaridi dan Puan Hjh Baishah kerana sudi menyampaikan
cenderamata itu tadi.

LAWATAN PERSEKITARAN Hadirin sekalian,


SEKOLAH
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput
kesemua ahli rombongan untuk melawat ke tempat-
tempat pameran yang telah disediakan oleh pihak
sekolah.

Delima selasih indah tersingkap


Hantaran bengkalis seri cahaya
Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Akhir kata, mewakili pihak jawatankuasa , sekali lagi


pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua atas kerjasama yang diberikan.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini


berlangsung ,kami memohon ampun dan maaf .

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah..assalamualaikum
w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai