Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI KEMERDEKAAN SK BINUWOU TENGAH

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera, salam damai dan salam madani.

Yang Berusaha, En. Tadias Lasat merangkap Guru Besar SK Binuwou Tengah,
Yang dihormati Encik Stanley Jumin, Penolong Penguasa Penjara Sekolah
Hendy Gurney Keningau Sabah, Yang Dihormati Puan Zailah Abd Karim,
Selaku penolong Kanan Pentadbiran SK Binuwou tengah, Yang Dihormati, En.
Razman Suhailin, Penolong kanan HEM SK Binuwou Tengah, Yang Dihormati,
En. Jiffri Dzulkifli Penolong kanan Kokurikulum SK Binuwou Tengah. Dif-dif
jemputan, Guru-guru, para ibubapa tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Assalamualaikum dan selamat datang ke Program Disiplin Dan Motivasi


Dengan Kerjasama Unit Bimbingan peringkat sek keb Binuwou Tengah
mengkhusus kepada ceramah mengenai kes buli di sekolah.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi yang indah ini, dimohon para hadirin
berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku dan Sabah tanah air ku. Dipersilakan.

Hadirin dijemput duduk.

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah bersama menada tangan
tanda kesyukuran ke hadrat ilahi yang dipimpin oleh_____________________.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada ________________ atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Bukan rumput sebarang rumput,
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Guru Besar SK


Binuwou Tengah En. Tadias Lasat naik ke pentas untuk menyampaikan kata
aluan beliau, Dipersilakan.

Terima kasih tidak terhingga kepada En. Tadias Lasat di atas ucapan sebentar
tadi.

Marilah bersama mendengar, menghayati dan mengambil iktibar ceramah yang


akan disampaikan oleh En. Stanley Jumin Penolong Penguasa Penjara
Sekolah Hendry Gurney Keningau Sabah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih di atas penyampaian ceramah sebentar tadi.

Majlis membuka kepada mana-mana ibubapa yang ingin bertanyakan soalan


kepada penceramah kita Encik Stanley Jumin.

Dijemput Penolong kanan Pentadbiran Puan Zailah Abd Karim mengiringi


Guru Besar SK Binuwou Tengah En.Tadias Lasat untuk naik ke pentas untuk
menyampaikan cenderahati kepada penceramah.

Majlis menjemput En. Stanley Jumin naik ke pentas untuk menerima


cenderahati dari pihak menganjur… Dipersilakan.

Terima kasih kepada Guru Besar SK Binuwou Tengah kerana sudah


menyampaihakn cenderahati kepada pihak penceramah.

Majlis diteruskan dengan acara ikrar murid yang diketuai oleh Ketua murid SK
Binuwou Tengah Adik khaleel Ahmad syahrill. Dipersilakan.

Begitulah tadi acara bacaan ikrar murid yang diketuai oleh adik Khaleel Ahmad
Syarill.

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Program Disiplin dan Motivasi dengan


kerjasama unit bimbingan dan kaunseling sekolah kita pada hari ini. Terima
kasih diucapkan kepada semua pihak sekolah yang telah menjayakan program
ini, Terima kasih tidak terhingga juga kepada Penceramah jemputan En.
Stanley Jumin Penolong Penguasa penjara Henrey Gurney Keningau Sabah
kerana sudi meluangkan bersama-sama kita pada hari ini. Tidak lupa juga
diucapkan kepada ibubapa dan semua tetamu yang sudi bersama-sama kita
pada hari ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dijemput semua hadirin untuk menjamu selera ditempat yang disediakan.


Dipersilakan.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai