Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH SK BUKIT RAMBAI 2017

Hadirin yang dimuliakan,


Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan. Dimohon tuan-
tuan dan puan-puan berdiri selepas diumumkan ketibaan Guru Besar Pn Siah
bt Kechut.
Bagi melancarkan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya
mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.
Ketibaan perasmi
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Pn Siah bt Kechut Guru Besar Sk
Bukit Rambai. Dipersilakan mengambil tempat.
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi,
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah berseri.
Sebagai tanda cinta akan negara,
Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, para hadirin diminta
berdiri.
.......................................(Lagu Negaraku)
Terima Kasih, Hadirin dipersilakan duduk.
Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
Kuntum melati tumbuh melata,
Burung merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di atas jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang kemajlis kami.
Yang berusaha, Pn Siah bt Kechut, Guru Besar Sk Bukit Rambai
Yang dihormati,En.Mohd Yusri b Sangat GPK Kokurikulum, En Jahari b Ahmad
GPK Pend.Khas,
Yang dihormati
Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid hadirin dan hadirat yang dirahmati allah
sekalian.
Selamat datang ke:
Majlis Konvokesyen Prasekolah Sk Bukit Rambai tahun 2017.
Saya....................................
Dan saya ................................
Izinkan kami mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulilah kerana dengan
limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun di dewan Sri
Rambai SK Bukit Rambai pada pagi ini untuk meraikan majlis
konvokesyen/garduasi murid-murid prasekolah SK Bukit Rambai bagi tahun
2017.
Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua
hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya
kepada Yang Berbahagia Pn Siah bt Kechut kerana sudi meluangkan masa
menghadirkan diri kemajlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua
ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-
anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Azri b Mohd Fauzi. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
********Doa***********
Amin Amin Ya Rabbal Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al
Fadil Ustaz Mohd Azri b Mohd Fauzi atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian tanpa melengahkan masa majlis pada pagi ini diteruskan
dengan menjemput Pn. Norasyikin bt Abd Samad Penyelaras Prasekolah bagi
menyampaikan ucapannya.
******Ucapan Penyelaras********
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Norasyikin bt Abd Samad
selaku Penyelaras Prasekolah atas ucapan sebentar tadi.
Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami.
Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia Pn Siah bt Kechut Guru
Besar SK Bukit Rambai untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan majlis konvokesyen prasekolah bagi tahun 2017. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
********** ucapan perasmi**********
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada yang berbahagia Guru besar atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.
Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberi semangat dan
dorongan kepada kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi
melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Bak
kata pepatah Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
Hadirin yang dimuliakan,
Dari Kota Setia ke negeri Perlis
Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan menyusul memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.
Dengan segala hormatnya dipersilakan Adik Faiz Iqbal b Abdul Latif akan
melaungkan azan bagi memulakan persembahan.
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan surah-surah pendek dari adik ...............
Terima Kasih diucapkan kepada adik Faiz Iqbal b Abul Latif dan .........................
untuk pengetahuan semua laungan azan dan bacaan surah pendek ini telah
dilatih oleh ustazah Che Mahirah Shazni bt Che Rani .
Majlis diteruskan lagi dengan Persembhan deklamasi Sajak oleh adik
Muhammad Habib b Mohd Nor untuk pengetahuan semua adik Habib baru
berusia 5 tahun.
Persembahan seterusnya pada hari ini adalah persembahan nyanyian duet
dari adik Qayyum Anaqi b Mohd Rizuan dan adik Humairah bt Mohd Azri
dengan lagu yang bertajuk Memori Berkasih.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Aci-aci Buka Pintu dari murid-
murid prasekolah.
Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian tradisional Lodeh
oh Mak Lodeh dari murid-murid prasekolah.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid dengan Lagu Erti Fatihah dari
murid prasekolah.
Bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini Persembahan Tarian Bollywood dari
murid-murid prasekolah.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Nyanyian dan Gerakan dengan
tajuk Putera Katak.
Untuk pengetahuan semua persembahn ini tadi dibawah bimbingan Cikgu
Norasyikin, Cikgu Zahedah Wati, Cikgu Siti Hajar dan dibantu oleh Pembantu
Pengurusan Murid Pn Lily, Pn Azlina dan Pn Najaa.
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan Multimedia yang telah disediakan
oleh Pn Norasyikin bt Abd Samad yang mana tayangan ini menghimpunkan
aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh murid-murid prasekolah sepanjang
tahun 2017 ini.
Hadirin yang dihormati,
Majlis diteruskan lagi dengan perarakan masuk para graduan prasekolah ke
dewan..
****gamelan******
Hadirin yang dihormati
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil konvoksyen kepada murid-murid
prasekolah.
Untuk itu majlis menjemput yang dihormati En.Jahari b Ahmad Guru Penolong
Kanan Pend Khas Sk Bukit Rambai diiringi oleh Pn. Norasyikin bt Abd Samad
untuk menyampaikan sijil konvokesyen kepada murid-murid prasekolah Sk
Bukit Rambai.
Majlis dimulakan dengan Kelas Seri Gemilang
1. ARIANA NATASYA BINTI AGUS

2. AUNI BATRISYIA BINTI MOHD SHAPUL

3. IZZARA IZZATI BINTI ANUAR

4. MUHAMMAD AMERULHADDI BIN MOHD KHAWARI FAZMI

5. MUHAMMAD DANNY YIN BIN WANDY ARIF

6. MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD ZAIDI

7. MUHAMMAD FARISH QHUSAIRY BIN MOHD SHAHRIR


8. MUHAMMAD HASIF BIN ABDUL LATIFF

9. MUHAMMAD KHALILULLAH BIN MOHD AFDHIALLAH

10. MUHAMMAD RAUF DARWISH BIN MOHAMMAD LIZA

11. MUHAMMAD SHAFIQ AZREEN BIN MOHD SHAZREEN

12. MUHAMMAD SUFYAN BIN SAHLAN

13. MUHAMMAD ZHAHRIF FAIQ BIN FAIZAL

14. NOR NAJWA NAFISAH BINTI NORAMIN

15. NUR AZANI DEELIYA BT AHMAD ZAIDI

16. NUR DAMIA FARHANAH BINTI MOHAMMAD ARIF

17. NUR MUHAMMAD KHAIRY BIN KAMALUDDIN

18. MUHAMMAD HABIB BIN MOHD NOR

19. RUHOL ASYRAF BIN ALI

Terima Kasih diucapkan kepada En. Jahari b Ahmad diatas kesudian


menyampaikan Sijil kepada murid-murid Prasekolah
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang dihormati En. Mohd Yusri b
Sangat Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sk Bukit Rambai diiringi oleh Pn.
Norasyikin bt Abd Samad untuk menyampaikan sijil konvokesyen kepada
murid-murid prasekolah bagi kelas Seri Cahaya.
1. AIRISH IRDINA BINTI AZMAN

2. AMIRAH BINTI RIZUANNUDIN

3. HUMAIRAH BINTI MOHD AZRI

4. KHADEEJA AMANI BINTI RIJAL ANWAR

5. MUHAMAD HAFIY BIN MOHD FAIZAL

6. MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMAD RAWAI

7. MUHAMMAD FARIS AZHAR BIN KHAIRUL ANUAR

8. MUHAMMAD FEZZ HAYRRY BIN EZZAIDI


9. MUHAMMAD FIRDAUS BIN RAZALI

10. MUHAMMAD IZZ AZWAR BIN ZULKIFLI

11. MUHAMMAD NAIM BIN MOHD ASYRAN

12. MUHAMMAD NAZRIL BIN AHMAD MUFTI

13. MUHAMMAD QAYYUM ANAQI BIN MOHD RIZUAN

14. MUHAMMAD RIFFAIE BIN NOR WAHIDEY

15. MUHAMMAD SAFWAN BIN SAHLAN

16. NOR LIYANA BINTI NORAMIN

17. NUR AFIQAH HUMAIRA BINTI ALMY

18. NUR BALQIS BINTI MOHD RUDIMAS

19. NUR DANIA BATRISYIA BINTI MOHD FAISAL

20. NUR IMANINA ZAHRA BINTI NAZIRIN

21. NURIN AMANI BINTI RASIDIN

22. SYAKILA NAJWA BINTI SAFIRON

Terima Kasih diucapkan kepada En. Mohd Yusri b Sangat diatas kesudian
menyampaikan Sijil kepada murid-murid Prasekolah
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput yang diberusaha Pn Siah bt Kechut
Guru besar Sk Bukit Rambai diiringi oleh Pn. Norasyikin bt Abd Samad untuk
menyampaikan sijil konvokesyen kepada murid-murid prasekolah bagi kelas
Seri Impian.
Majlis seterusnya adalah Anugerah Khas Prasekolah.
Dipersilakan dari kelas Seri Gemilang bagi
Anugerah Akademik terbaik- MUHAMMAD RAUF DARWISH B MOHD LIZA
Anugerah Sahsiah terbaik- IZZARA IZZATI BT ANUAR
Anugerah Ketrampilan Diri Terbaik- ARIANA NATASYA BT AGUS
Manakala untuk kelas Seri Cahaya pula
Anugerah Akademik terbaik- MUHAMMAD FAIZ B MOHAMMAD RAWAI
Anugerah Sahsiah terbaik- AMIRAH BT RIDZUANUDIN
Anugerah Ketrampilan Diri Terbaik- SYAKILA NAJWA BT SAFIRON

Majlis diteruskan lagi untuk kelas Seri Impian pula


Anugerah Akademik terbaik- MOHD FAIZ IQBAL B ABDUL LATIF
Anugerah Sahsiah terbaik- KHAIRIESYA AISYIKIN BINTI ABDULLAH
Anugerah Ketrampilan Diri Terbaik- NUR SYAKILLA BALQIS BT NORHISHAM

Terima Kasih diucapkan kepada Pn Guru Besar kerana sudi menyempurnakan


penyampaian sijil dan Anugerah Khas Prasekolah sebentar tadi. Syabas dan
tahniah juga buat para penerima anugerah.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Maka sempurnalah sudah majlis konvoksyen prasekolah tahun 2017.
Kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini amat dihargai.
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung.
Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari
tuturkata mahupun lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Wabilah hi taufik
walhidayah asalamualikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai