Anda di halaman 1dari 4

Selamat tengahari dan salam sejahtera .

Saya bagi pihak majlis


mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis
JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JASAMU DIKENANG SK MERLIMAU 1
TAHUN 2017 . Sekali lagi, dijemput semua utk mengambil tempat
bagi melancarkan lagi majlis ini.

BISMILLAH RAHMANNIRAHIM……

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Hari ini menugal jagung,


Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

Yang Berusaha, Puan HJH NORLAILAH BINTI MAERAJ, GURU BESAR


SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU 1

Yang Dihormati,

EN NOR ISMAIL BIN BABA, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,


Puan MAZIAH BINTI MAZLAN, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik ABDUL RASHID BIN ISMAIL, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
EN Khairilshahril bin Minhad, pengerusi Kelab Guru Dan Staf SK
Merlimau 1, Yang diraikan Noor Alfian bin Abu Bakar seterusnya
Guru-guru serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt
Sebelum kita meneruskan acara pada tengahari ini, izinkan saya
bagi pihak jawatankuasa majlis, membingkiskan ucapan selamat
datang dan setinggi-tinggi penghargaan atas sudinya tuan-tuan
dan puan-puan hadir ke majlis JAMUAN AKHIR TAHUN DAN JASAMU
DIKENANG SK MERLIMAU 1 TAHUN 2017.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, Al fadil Ustaz Faizul
Hidayat bin Abdullah untukmemimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Amin…amin ya rabbalamin….majlis merakam ribuan terima kasih


atas bacaan doa itu tadi.

Kalau Tuan pikat cemara


Buatlah bara akar selasih
Sudilah tuan jamu selera
Hidangan mesra pengikat kasih

Hadirin dijemput menjamu selera. Majlis akan diteruskan pada pukul


2 nanti.

Makan sudah
Minum pun sudah
Pembasuh mulut sudah dinikmati
Marilah kita mulakan acara

Hadirin sekelian …majlis diteruskan dengan menjemput En


Khairilshahril bin Minhad Pengerusi Kelab Guru dan Staf 2017 untuk
menyampaikan sepatah dua kata, majlis mempersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.


Besar langit di tepi busut
Besar tak muat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati

Dengan itu majlis menjemput yang diraikan En Noor Alfian b. Abu


Bakar untuk tampil ke hadapan bagi memberikan ucapan untuk
kenang-kenangan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian memberikan


ucapan itu tadi. Segala jasa dan ilmu yang dicurahkan sepanjang
berkhidmat bersama cikgu alfian akan sentiasa menjadi kenangan
kepada kami di sk merlimau 1.

Yang ditunggu telah pun tiba …

Hadirin sekalian, untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan


segala hormatnya menjemput Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Merlimau Satu Puan Hajah Norlailah binti Maeraj, untuk
mengungkap bicara sepatah dua kata.Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hjh Norlailah bt


Maeraj atas ucapan itu tadi.

Makan sudah
Ucapan pun sudah

Kita teruskan majlis dengan penyerahan cendaramata kepada


guru2 dan staf sk merlimau 1 untuk tanda kenangan, majlis sekali lagi
menjemput Guru Besar Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu Puan
Hajah Norlailah binti Maeraj untuk memyampaikan tanda kenangan
kepada guru2 dan staf sk merlimau 1 untuk tahun 2017

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas kesudian Guru Besar


Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu Puan Hajah Norlailah binti
Maeraj menyampaikan cenderamata itu tadi.
Majlis dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah
Sila pastikan nombor-nombor hadirin sekelian dipegang dan dibawa
ke hadapan untuk bukti penerimaan hadiah cabutan
bertuah….semoga Berjaya.

Bunga dedsp di atas para


Anak dusun pasang pelita
Andai tersilap tutur bicara
Jari disusun maaf dipinta

Dari kedah ke pecan sari


Beli suasa di kota tinggi
Selesai sudah tugas diberi
Di lain masa bersua lagi

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga


kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak Ahli
Jawatankuasa Kelab Guru dan Staf SK Merlimau 1 kami menyusun
jari sepuluh, memohon kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan
dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga


kepada semua hadirin yang sudi melapangkan masa untuk hadir
memeriahkan majlis ini.

Wabilahhitaufikwalhidayah wassalam mulaikum wrt…..selamat


bercuti

Anda mungkin juga menyukai