Anda di halaman 1dari 9

TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKBK KALI KE-56


Oleh: Mohd Helmi Ahmad

Bil Acara Teks


Umumkan Mengumumkan ketibaan
ketibaan VIP Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, Ahli
Paluan Dewan Undangan Negeri Batang Kali, diiringi oleh
kompang En. Mahmud Bin Karim, Yang Dipertua PIBG SK Batang
Kali, bersama En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru
Penolong Kanan Kokurikulum SK Batang Kali, Guru
Penolong Kanan dan AJK PIBG SK Batang Kali.

Ucapan alu- Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan


aluan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Yang Berhormat
Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali,
Yang Berusaha
En. Mahmud Bin Karim, YDP PIBG SK Batang Kali,
En. Samsul Fadilah Bin Asmara, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum SK Batang Kali,
Yang dihormati
Pn. Hamidah Bt Nipah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Batang Kali,
Pn. Siti Zanariah Bt Jalal, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Batang Kali,

Ahli Jawatankuasa PIBG SK Batang Kali,


Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SK
Batang Kali yang dirahmati Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Semoga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik
semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan beraksi
dalam acara pada hari ini.

Perbarisan Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah


lintas hormat sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat semua
kontinjen yang mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya


menerima tabik mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat Nadzari Bin
hormat dari Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk menerima tabik
peserta hormat daripada peserta perbarisan. Dipersilakan.
perbarisan
- MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


Bendera kejohanan yang diketuai oleh adik Mohd Faiz Izzudin Bin
kejohanan Azhari. Pembawa bendera Malaysia ialah adik Mohd
Shahrulnizam Bin Osman, pembawa bendera Selangor ialah
adik Mohd Ikhmal Hakimi Bin Anuar dan pembawa bendera
sekolah ialah adik Danial Haiqal Bin Azizul Bahari.

Sementara itu, pembawa bendera kejohanan pula terdiri


daripada adik Sutan Bin Sutan Azril, adik Raphael a/l
Dominic, adik Adam Norzailani Zidan Bin Ismail dan adik
Mohd Arif Bin Aris.

Perbarisan Menyusul di belakang adalah kontinjen rumah Biru dengan


Rumah Biru mottonya ‘Biru Boleh’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Izaidiel
Syauqi bin Izlan dan dianggotai seramai 145 orang peserta.
Pembawa sepanduk bagi rumah Biru ialah adik Nurul Anisah bt
Hilmi. Ketua bagi kontinjen rumah Biru ialah Pn Umi Kalsom bt
Zainal Abidin.

Perbarisan Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Merah yang


Rumah Merah dianggotai seramai 135 orang peserta perbarisan dengan
mottonya ‘ Lawan Tetap Lawan’. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Mohd Faiq Taqiuddin bin Azhari. Pembawa sepanduk
bagi rumah Merah ialah adik Adibah Nawal bt Mohd Lokman.
Ketua bagi kontinjen rumah Merah ialah Pn. Idayu bt
Mustakim.

Perbarisan Seterusnya ialah kontinjen daripada rumah Kuning yang


Rumah Kuning dianggotai seramai 130 orang peserta perbarisan dengan
mottonya ‘ Kuning Dipersada’. Kontinjen ini diketuai oleh
adik Mohd Arif Iqbal bin Sha’arani. Pembawa sepanduk
rumah Kuning ialah adik Nurul Asmiza bt Sharkawei. Ketua
kontinjen rumah Kuning ialah Pn. Timah bt Awang.

Perbarisan Kontinjen seterusnya ialah rumah Hijau dengan mottonya ‘Hijau


Rumah Hijau Sapu Habis’. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mohd Idlan
Ikhwan bin Zailan dan disertai seramai 130 orang peserta.
Pembawa sepanduk bagi rumah Hijau ialah adik Amyla Atiqah
bt Zainal Abidin. Ketua kontinjen rumah Hijau ialah Pn
Rohaida bt Md Isa.

Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara


Prasekolah perbarisan pagi ini adalah merupakan murid-murid Prasekolah
yang terdiri daripada Prasekolah 1 seramai 25 orang murid di
bawah bimbingan Pn. Rafiza bt Saad dan Prasekolah 2
seramai 25 orang murid di bawah bimbingan Pn. Siti Hawa bt
Shamsudin.
Parasekolah 1 dan 2 turut dibantu oleh Pn. Zakiah bt Omar dan
Pn. Siti Hawa bt Aziz.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan kerana sudi menerima
tabik hormat daripada kontinjen perbarisan.

Bacaan Doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan


marilah kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan
doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Mohd Irwan Bin Ismail.
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Irwan Bin


Ismail. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan
berjalan dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-
Allah.

Nyanyian Lagu Hadirin yang dihormati sekalian, marilah kita sama-sama berdiri
Negaraku dan seterusnya menyanyikan lagi Negaraku.

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin


dipersilakan duduk.

Ucapan perasm Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berhormat, Tuan Mat


ian Nadzari Bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
……………………
(bunyi dram perasmian)- KOMPANG

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat,


Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di atas ucapan
perasmian itu tadi dan setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-
56.

Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara menaikkan bendera


menaikkan kejohanan. Untuk itu, dipersilakan 4 orang atlet sekolah untuk
bendera menyempurnakan upacara menaikkan bendera kejohanan.
………….. – LAGU THE FINAL COUNTDOWN

Berkibarlah sudah bendera kejohanan Sukan Tahunan SK


Batang Kali kali ke-56 bagi tahun 2014.
Menjemput Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang
pembawa bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi
bendera lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh adik Mohd Faiz
mengiringi Izzudin bin Azhari.
pembaca ikrar ………

Lafaz ikrar Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu
kejohanan tadi.
Persembahan Bagi meredakan debaran atlet yang bakal bertanding pada hari
Silat ini, marilah kita sama-sama saksikan Persembahan Silat
daripada Pasukan Silat SK Batang Kali. Pasukan Silat ini terdiri
daripada adik Mohd Suhael bin Alpian, adik Mohd Izz Dabiel
bin Mohd Izham, adik Mohd Najmirul Aiman bin Jalaludin,
adik Khairul Zharif Haiqal bin Khairul Azhar dan adik
Khairul Zharif Idham bin Khairul Azhar.

Dipersilakan. – MUZIK SILAT

Majlis merakamkan terima kasih pada Pasukan Silat SK


Batang Kali. Untuk makluman semua, Pasukan Silat ini
dibimbing oleh En. Khairul Afrizal bin Ahmad.

Perbarisan Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh


Keluar padang kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah
masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian


Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Majlis
merakamkan terima kasih kepada peserta-peserta yang
mengambil bahagian dalam perbarisan lintas hormat.

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan
acara Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56.

Acara pertama pada hari ini ialah Tarik Tali.

Diminta kepada semua peserta untuk mengambil tempat


masing-masing kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berhormat Tuan Mat


Nadzari bin Ahmad Dahlan untuk ke tengah padang bagi
merasmikan acara pertama. Dipersilakan.
Penyampaian Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan
hadiah (1) mempersilakan tuan guru besar, En. Mohamad Akhwan Bin
Jamil mengiringi yang berbahagia Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Dipersilakan.

Bagi acara…………
Pingat emas dimenangi oleh adik…..daripada rumah......
Pingat perak pula disandang oleh adik…dari rumah….
Pingat gangsa menjadi milik adik…dari rumah...
........................
Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Mat Nadzari Bin
Ahmad Dahlan kerana telah sudi menyempurnakan majlis
penyampaian hadiah itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih daripada kami, dijemput yang


berusaha En. Mohamad Akhwan Bin Jamil bagi menyampaikan
cenderamata kepada Tuan Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan di
atas kesudian merasmikan kejohanan dan menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohamad Akhwan Bin


Jamil kerana sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.
Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
Hadiah(2) Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi
laluan kepada upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi
acara ______________________________

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Emas dimenangi oleh adik...dari rumah...
Perak dimenangi oleh adik...dari rumah...
Gangsa dimenangi oleh adik...dari rumah..

Majlis merakamkan terima kasih kepada yang


berbahagia/berusaha Encik.....(jawatan) kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.
Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan
cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

Seterusnya adalah penyampaian hadiah kepada olahragawan


dan olahragawati sekolah.
Dipersilakan:
Penerima Anugerah Olahragawan kejohanan disandang oleh
adik....................................................................
Penerima Anugerah Olahragawati kejohanan disandang oleh
adik.....................................................................

Bagi kategori Perbarisan terbaik disandang oleh:


rumah.....................................................
Johan Sukantara jatuh kepada rumah
..............................................
Dan Johan keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Tahunan SK
Batang Kali kali ke-56, jatuh
pada: rumah...................................

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis
penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali kali ke-56 kini tiba
kejohanan dan ke penghujungnya.
penyampian
hadiah ketegori Oleh itu, semua murid diminta berhimpun di tengah padang
khas(6) mengikut rumah masing-masing.

(marching song)

Seterusnya, tibalah acara kemuncak Kejohanan Sukan


Tahunan SK Batang Kali kali ke-56. Oleh itu, dijemput En.
Mohamad Akhwan Bin Jamil, Guru Besar SK Batang Kali untuk
menyampaikan ucapan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan
SK Batang Kali.
Dengan hormatnya dipersilakan.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan


terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam membantu menjayakan dan
melicinkan perjalanan Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56 pada tahun ini.
.................................................................
Sekarang kita tampilkan En Samsul Fadilah Bin Asmara ke
tengah padang untuk melaungkan hip-hip hooray sebanyak 3
kali sebagai penutup Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang
Kali kali ke-56. Dipersilakan.

Akhir kata dari kami


Majulah sukan untuk negara. Assalamualaikum w.b.t

Sinopsis Tirani karya Beb Sabariah

Oleh: Rosani Hiplee

Novel Tirani karangan Beb Sabariah tidak sekadar sebuah novel yang sarat dengan
penceritaannya tetapi lebih daripada itu. Pengarang turut menyelitkan warna budaya dan resam
masyarakat setempat khususnya etnik Sarawak. Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh
pengarang menerusi usaha gigih watak utamanya, Waheeda dalam mempromosikan industri
pelancongan negeri Sarawak di mata dunia.

Lumrahnya, kebanyakan novel akan menjalurkan pelbagai permasalahan semasa, terutama


dalam skema hubungan interpersonal, seperti persahabatan, rumah tangga, ukhuwah, agama
dan kekeluargaan. Watak-watak dalam novel Tirani nyata tidak terkecuali mengutarakan
persoalan seumpama itu. Malah, pengarangnya bijak memanipulasikan gaya bahasanya bagi
membangkitkan inti pati penceritaannya walaupun dengan menggunakan frasa daerah dan
istilah saintifik yang sesuai.

Membaca novel Tirani juga persis menaakul dunia kehidupan manusia yang agak luas. Justeru
pengarangnya berupaya membawa pembaca melangkau batas geografi dan budaya setempat.

Watak dan Perwatakan

Malah watak dan perwatakan (walaupun sekadar watak sampingan) turut digarap dengan
pelbagai urna bangsa, selari dengan jalan cerita yang banyak menyorot dalam industri
pelancongan antara Sarawak (Tajau Emas), Singapura (Flamingo Resort), dan berakhir di
Kuala Lumpur (Calet Aya-Sajinah). Selain itu, Tirani juga seperti mencitrakan jati diri
kewanitaan yang mahu diungguli pengarangnya menerusi watak Waheeda.

Kecantikan selalunya disinonimkan dengan wanita. Waheeda, wanita terpelajar dan tersenarai
dalam kelompok wanita korporat masih diasak rasa tidak wajar akan fizikalnya yang yang
bermata kuyu dan berhidung pesek. Imbasan digunjing rakan-rakan semasa zaman kanak-
kanak sering menghantui emosinya. Tetapi keyakinan bahawa setiap kekurangan itu harus
ditangani dengan wajar selalu dipupuknya dalam diri sehingga beroleh kejayaan yang lain.

“Kekurangan yang disedari secara bijaksana dapat menjadi pendorong yang tidak terduga.”
Tiba-tiba Waheeda menyuarakan satu ungkapan kata-kata hikmat daripada diari Muslimah
miliknya, yang sering ditatap, disimpan dan menjadi perangsang kepadanya.
Keterujaannya mahu menjadi wannita tercantik dan sempurna melalui proses pembedahan
plastik sentiasa meluap-luap. Tetapi halangan kedua orang tuanya kerana bimbang
menyanggah tuntutan agama sentiasa menunda niatnya. Oleh itu, novel Tirani dikesani masih
tegar kepada kekuatan dan kebenaran agama Islam yang syumul dalam setiap rungkaian
komplikasi watak-wataknya.

Tirani sebuah novel yang benar-benar mengupas nilai sebuah pemikiran yang kritis dan sinis
dalam mempersoalkan makna sebenar kecantikan seseorang wanita. Kerakusan dan ketaasuban
naluri wang mahu memiliki segala kesempurnaan fizikal nyata tidaklah menjanjikan sebuah
kebahagiaan. Kecantikan wanita mudah menggugah naluri lelaki, malah mengalpakan dirinya.
Lantaran itu, persahabatan Waheeda dengan Bazilah tergugat apabila Dr. Zahid mula prihatin
terhadap Waheeda.

“Betullah kecantikan itu tirani. Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih tertarik pada
kecantikan daripada kebijaksanaan”, Waheeda meraup perasaan serba salah dan muak dan
kesal dengan sikap lelaki, apatah lagi jika yang bermata keranjang.

Begitulah takdir hidup Waheeda, walaupun berjaya "menipu” atau mengubah asal kejadian diri
tetapi kuasa Yang Maha Pencipta (Allah) sukar dibatasi. Rumah tangga yang dibina atas dasar
saling mencintai nyata mudah tergugah kerana cemburu akan suaminya, Zahid, dan akhirnya
menemui kehancuran selepas kelahiran anak pertama (Izzati) mereka.

Tertib kepengarangan juga nyata telus dalam pengolahan ceritanya, justeru kronologi ceritanya
yang bersifat realisme seperti lazimnya kebanyakan novel. Barangkali pengaruh pembawaan
diri pengarang yang tergolong dalam kalangan pendidik. Maka tidak janggal jika ditakrifkan
bahawa pengarang banyak mencorakkan nilai-nilai murni dan memberi impak etika yang baik
dalam Tirani.

Tema dan Persoalan

Tema dan persoalan yang digarap lebih menyeluruh kepada pergolakan dalam diri, terutama
perspektif naluri kewanitaan. Hal ini cukup terkesan dalam watak Waheeda, Raidah (ibu
Waheeda) dan Bazilah (rakan baik Waheeda). Watak dan perwatakannya juga sesuai dengan
jalinan penceritaan sehingga ia berupaya memberi kesan rasa dan pemikiran yang telus dalam
pembacaan.

Gaya Bahasa

Gaya bahasanya biasa tetapi tetap mempunyai nilai-nilai kontemporari. Pemakaian istilah
saintifik dan susuk frasa daerah turut terjalin dalam sintaksisnya. Paling ketara dengan
penggunaan istilah dan susuk frasa seperti rinoplasti, blefaroplasti, rhytidectomy, lidocaine,
ketupat leas, ketupat periuk kera, bubur pedas, pansuh manok, mereya, tekol, tajau, jong sarat
dan banyak lagi.Penyerapan istilah dan frasa tersebut memaknakan lagi olahan penceritaan,
terutama tentang pemvisualan latar budaya dan resam.
Pelukisan flora yang pelbagai turut melatari beberapa bahagian plot penceritaan dalan Tirani.
Misalnya, ru laut (casuarinas), purple bauhinia, weeping willow, orkid merah jambu, Vanda
Miss Joaquim dan lain-lain.

Keseluruhan naskah Tirani nyata berupaya memberi urna dalam memaknakan kehidupan yang
akrab dengan budaya dan resam setempat menerusi proses kreatif prosa yang penuh estetika.
Pengarang sesekali bijak bertamsil tentang keindahan alam.

Membaca naskah Tirani persis menaakul ke dunia psikologi wanita yang mahu mencapai
kecantikan (kesempurnaan) menyeluruh dalam hidupnya. Wanita yang sentiasa gigih
menongkah arus modenisasi dan futuristik. Malah tetap bertekad memelihara dan melindungi
segala peradaban dan susila budaya bangsanya walau berada di mana sahaja. Pengarang
mengaspirasikan suatu nilai yang cukup murni dan berjiwa dalam Tirani, khusus kepada kaum
wanita masa kini.

#sinopsis novel tirani komsas tingkatan 5 2016 #tema dan persoalan novel tirani #gaya bahasa
novel tirani #watak dan perwatakan novel tirani #kupasan lengkap novel tirani komsas
tingkatan 5 2016

Anda mungkin juga menyukai