Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS HARI ANUGERAH

KECEMERLANGAN SKBPH 2019

Masa/ Atur cara Teks


Pembaca
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
8.25 Ketibaan tetamu
Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan
dan puan-puan ke Majlis Hari Anugerah Kemerlangan &
Graduasi Prasekolah SK BUKIT PERAH bagi tahun 2019.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,
diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis tuan-tuan dan puan-puan diingatkan supaya mematikan telefon
bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.

8.30 am

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu jemputan kita Yg Berusaha En Hazian bin Salleh, Pegawai SISCt ,
PPD Pasir Mas (School Improvement Specialsit Coaches) dan En Abd Razak b Salleh, pegawai
ICT PPD Pasir Mas merangkap pegawai pembimbing rakan sekaolah dengan diiringi oleh Tuan Guru
Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan dif-dif jemputan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

8.35

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu selamat sultan. Dif-dif kehormat dan
para hadirin diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.


8.45 am

Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Kompang bergema pusaka bangsa,


Dipalu oleh si anak muda,
Hadir tuan meriah suasana,
Kami menyambut penuh ceria.

Yang Brusaha En Hazian bin Salleh


Pegawai SISCt ( School Improvement Specialsit Coaches)
PPD Pasir Mas

Yang Berusaha En Abd Razak bin Salleh ,


Pegawai ICT
PPD Pasir Mas merangkap pengwai pembimbing rakan sekolah

Yag Breusaha En Khairul Azuwan bin Che Kassim


Guru Besar SK Bukit Perah

Yang Berusaha En Azmi bin Ibrahim


Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Perah

Yang Berusaha Pn. Rozam binti Yusoff


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid SK Bukit Perah

Yang Berusaha En. Roslan bin Ahmad


Penolong Kanan Kokurikulum Sk Bukit Perah

Dif-dif jemputan

Para ibu bapa, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah, SK Bukit Perah bagi tahun 2019.

Izinkan kami/saya mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan anak-
anak kita dalam bidang pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana
sudi menghadirkan diri ke majlis ini terutamanya kepada Yang Berbahagia Tuan Syed Muhammed
@Zaimie bin Syed Idrus kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis kami ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk memberi
sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya
Allah.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad Nazaruddin bin
Muhamed Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

............................

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad
Nazaruddin bin Muhamed atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha tuan guru besar Yang Berusaha En Khairul
Azuwan bin Che Kassim , guru Besar Sk Bukit Perah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

************(Ucapan Guru Besar.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En Khairul Azuwan bin Che Kassim,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Perah atas ucapan di atas ucapan alu aluan tersebu
tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula Yang Berusaha En. Razak bin Salleh, pegawai ICT PPD Pasir Mas
merangkap pegawai pembimbing rakan sekolah untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

************(Ucapan PPD.)
Terima kasih diucapakan kepada En Abd Razak bin Salleh di atas ucapan sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha En Hazian bin Che Hassan, Pegawai SISCt PPD
pasir mas untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis Anugerah
Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah bagi seisi 2019 SK Bukit Perah. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

***********(Ucapan Perasmi)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang berusaha En
Hazian bin Che Hassa atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Diharapkan dengan ucapan beliau sebentar tadi dapat memberi semangat dan dorongan kepada
kita untuk bersama-sama membantu pihak sekolah bagi melahirkan modal insan yang berguna
kepada agama, bangsa dan negara. Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata
kerana muafakat’.

Hadirin yang dihormati,


Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang Berusaha En Hazian b Che Hasaan ,
pegawai sisct dan juga kepada en Abd Razak bin Salleh , pegawai ICT PPD pasir mas, majlis
menjemput Tuan Guru Besar En Khairul Azuwan b Che Kassim, diiringi En Azmi bin Ibrahim, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyampaikan cederahati kepada perasmi.

Sekali lagi dijemput Yang berusaha En Hazain bin Che Hassan, Pegawai SISCt PPD pasir mas
untuk naik ke pentas bagi menerima cenderahati dari pihak sekolah.
Majlis juga menjemput En Abd RAzak b Salleh,pegawai ICT PPD petaling untuk naik ke pentas
bagi menerima cenderahati dari pihaksekolah.

Terima kasih tuan guru besar yang sudi menyampaikan cenderahati.

Dari Kota Setia ke negeri Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu pihak majlis mempersilakan Murid-murid tahun 1 untuk membuat persembahan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************(Persembahan)

Terima kasih kepada murid-murid t tahun 1 yang membuat persebahan sebentar tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian, Kumpulan ini dibawah bimbinganPn Norehan, Pn. Zurina bt Mohd
Nawi dan En Norzhisyam zakaria.

Penyampaian sijil dan hadiah prasekolah

Hadirin yang dihormati,

Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak
mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-murid yang
berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Berkat rimbunnya si pokok jati,


Tempat burung selalu bertemu;
Sekali hidup biarlah bererti,
Isikan akal dengan ilmu

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha En Hazian bin Che Hassan, pegawai SISCt dengan
diiringi oleh Yang Berusaha En Khairul Azuwan bin Che Kassim ,Guru Besar Sk Bukit Perah untuk
menyampaikan sijil graduasi kepada murid-murid Prasekolah.
Dipersilakan.
………………. (Penyampaian hadiah)
1. Sijil tamat Prasekolah 2019

Terima kasih Yang Berbusaha En Hazian bin Che Hassan kerana telah menyempurnakan
penyampaian sijil graduasi kepada murid-murid prasekolah.

Penyampaian hadiah akademik

Acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah akademik kepada murid-murid.

Untuk itu majlis menjemput Yang Berusaha En Abd Razak bin Salleh ,pegawai ICT PPD Pasir Mas
merangkap pegawai pembimbing rakan sekolah diiringi oleh Guru Besar Sk Bukit Yng Berusaha En
Khairul Azuwan bin Che Kassim ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
……………………… (Penyampaian hadiah)

1. Kedudukan tertinggi di dalam kelas


2. Matapelajaran terbaik
3. Kehadiran 100% dalam kelas
4. Kedudukan tertinggi kelas kafa
5. Kehadiran 100% KAFA
6. 8A upkk 2017

Persembahan prasekolah

Terima Kasih kepada Yang Berusaha En Abd Razak bin Salleh, wakil pegawai PPD pasir mas kerana
sudi menyampaikan hadiah.

Majlis penyampaian hadiah dihentikan buat seketika bagi menikmati satu persembahan
iaitu Persembahan murid-murid tahun 6. Dipersilakan...

………………………………….. (Persembahan)

Tepukan yang gemuruh untuk anak-anak kita yang telah membuat persembahan sebentar tadi.
Kumpulan ini juga dibawah bimbinganPn Noreahan, Pn. Zurina bt Nawi dan en Norzhisyam.

Majlis Anugerah Kemerlangan SK Bukit Perah diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada
murid-murid.

Untuk itu dijemput Yg Berusaha En Khairul Azuwan bin Che Kassim, Guru Besar Sk Bukit Perah
sekali lagi diirirngi oleh En Azmi bin Ibrahim , PKP sk Bukit Perah untuk menyampaikan sijil
kepada murid-murid yang banyak membantu pihak sekolah. Dipersilakan.

.......................................... (penyampaian hadiah)


1. Sijil Pengawas sekolah
2. Sijil Pengawas Pusat Sumber
3. Sijil Ketua & penolong ketua kelas
4. Tokoh tokoh murid

Untuk pengetahun hadirin semua juga, pihak sekolah dibawah unit hem telah mengadakan kempen
dating awal ke sekolah setiap hari, murid-murid yang dating awal akan diberikan kupon dan
diletakkan ke dalam kotak yang disediakan. Dalam tempoh tertentu kupon2 itu akan dicabut untuk
menetukan murid yang bernasib baik untuk mendapatkan hadiah.
Pada hari ini, cabutan akan di lakukan sekali lagi untuk kali terkahir pada tahun 2019.kita akan
tengok murid mana yang bertuah yang akan membawa pulang sebuah basikal.
Untuk pengetahuan semua, penyumbang hadiah basikal untuk cabutan hari ini ialah En Khalid bin
Hj Paimon, iaitu seorang konsultan motivatar negeri 9.
Dijemput guru besar sekali lagi, diiringi oleh Puian Rozam bt yusoff untuk membaut cabtuan. Kita
akan tengok anak siapa yang bertuah itu….

Pemenangnya ialah…………………………………………………………….

Tahniah kepada pemenang cabutan pada kali….mengikut PK hem , kempaen ini akan diteruskan
untuk masa masa akan datang. Ayuh ibubapa semua, hantar la anak2 awal ke sekolah, siapa tahu
untuk cabutan akan akan datang, anak kita pula yang bertuah.
Sebelum itu ,
Terima Kasih kepada yang berusaha En Khairul Azuwan bin Che Kassim , Guru Besar SK Bukit
Perah kerana sudi menyampaikan hadiah dan sijil sebenatr tadi.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Majlis Anugerah Kemerlang & Graduasi Prasekolah SK Bukit Perah pada kali
ini....ucapan tahniah buat adik-adik yang telah berjaya...diharapkan kecemerlangan ini akan
diteruskan lagi di tahun yang akan datang....

Buat anak-anak yang berjaya terimalah serangkap pantun dari cikgu...

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat janganlah lupa.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari meja pengacara sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu
datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan kami.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Tahun hadapan kita berjumpa lagi

Sekian, tarima kasih.....


assalammualaikum

Anda mungkin juga menyukai