Anda di halaman 1dari 4

SKRIP JURUACARA PERASMIAN KONVOKESYEN PPKI 2017

SEBELUM MAJLIS

MOHON PERHATIAN. Majlis akan bermula sebentar lagi, diharap para hadirin dapat mengambil
tempat masing-masing.Untuk memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, mohon para
hadirin sekalian dapat mematikan telefon bimbit atau menukarkannya dalam mod senyap sepanjang
majlis berlangsung, agar tidak menganggu majlis. Hadirin juga tidak dibenarkan bergerak ke kawasan
hadapan pentas untuk mengambil gambar semasa majlis berlangsung untuk kelancaran majlis.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai, terima kasih.

KETIBAAN VVIP/ PERSEMBAHAN SAMBUT TAMU

- Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Datuk Seri Abdul Rahman bin Dahlan , Menteri di
Jabatan perdana Menteri masuk ke dewan.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU & SABAH TANAH AIRKU

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan lagu “Sabah Tanah Airku”. Mohon
hadirin bersama-sama berdiri dan bersedia menyanyikan lagu dengan penuh semangat.

KATA-KATA ALUAN

Pagi yang indah penuh ceria.


hari yang berbahagia penuh bermakna
kita raikan,
majlis konvokesyen Program Pendidikan Khas Integrasi peringkat daerah kota belud kali ke 2 2017

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berhormat, Datuk Seri Abdul Rahman bin Dahlan , Menteri di Jabatan perdana Menteri.

Yang Berusaha En. Anjan bin Rudin, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Belud

Yang berusaha Puan Zoriffah Mohd Kudin, Pengerusi Majlis Guru Pendidikan Khas, Program
Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kota Belud

Yang Berusaha Tuan Haji Suid bib Haji Hanapi Pengetua SMK Taun Gusi Kota Belud

Yang Berusaha, Encik Mohd Nazri bin Mohd Yaman Guru Besar S.K Pituru Kota Belud
Yang Berusaha Tuan Haji Abas bin Jafar. Guru Besar SK Kuala Abai Kota Belud

Barisan pengetua, Guru-guru besar, Penolong kanan dan penyelaras PPKI daerah Kota Belud,
Jawatankuasa pelaksana,Para graduan, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah
sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke si gadis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria

Ucapan kesyukuran

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapat kita sama-sama berhimpun pada pagi bersempena dengan Majlis KOnvokesyen
Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kota Belud kali ke-2 2017.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini.

BACAAN DOA

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini marilah kita sama-sama menadah tangan
mengaminkan lafaz doa yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizan bin
Zainuddin Dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Faizan atas
pimpinan lafaz doa itu tadi.

Persembahan Nasyid

Sebelum meneruskan aturcara, mari sama-sama kita saksikan persembahan nasyid oleh
murid-murid PPKI SK Sembirai Kota Belud

PENGUMUMAN PERUTUSAN

Majlis diteruskan dengan menjemput yang berusaha Puan Zoriffah Mohd Kudin, Pengerusi Majlis
Guru Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kota Belud untuk menyampaikan
pengumuman perutusan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Puan Zoriffah Mohd Kudin atas
pengumuman perutusan yang telah disampaikan sebentar tadi.
UCAPAN ALU ALUAN

Bagi meneruskan acara, majlis dengan ini menjemput Yang Berusaha En. Anjan bin Rudin, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
************(Ucapan PPD.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN

Sidang dewan sekalian, kini tibalah saat yang kita nanti-nantikan iaitu penyempurnaan
perasmian majlis konvokesyen . Untuk itu, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang
Berhormat Datuk Seri abdul Rahman bin Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk
tampil ke pentas dan seterusnya merasmikan majlis konvokesyen Pendidikan Khas Integrasi
Daerah Kota Belud kali kedua 2017.
Majlis dengan sukacitanya, mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Penyampaian Sijil Konvokesyen

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya majlis konvokesyen merupakan upacara kemuncak yang menjadi detik bersejarah
dalam garis masa murid-murid PPKI kita. Inilah saat paling gemilang untuk kita memberi apresiasi
atas kejayaan hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang mereka menimba ilmu di
peringkat sekolah. Oleh itu, Majlis Guru Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah
Kota Belud dengan kerjasama PPD SK Pituru ,SK Kuala Abai dan SMK Taun Gusi Kota Belud,
mengambil inisiatif untuk mengadakan Majlis Konvokesyen Program Pendidikan Khas Integrasi buat
kali ke dua untuk tahun 2017.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian sijil graduasi, majlis dengan penuh takzim menjemput
Yang berusaha Encik Anjan bin Rudin dan Puan Zoriffah Mohd Kudin untuk mengiringi Yang
Berhormat Datuk Seri Abdul Rahman Bin Dahlan untuk menyampaikan sijil graduasi. Majlis dengan
sukacitanya, mempersilakan.

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berhormat senator atas kesudian
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

PERSEMBAHAN

Hadirin yang budiman,

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, kita tampilkan persembahan Tarian daripada pelajar
SMK Narinang
Mari sama-sama kita saksikan..

Cenderakenangan

Sebagai merakamkan setinggi tinggi penghargaan atas kebersamaan Yang Berhormat Datuk,
majlis mempersilakan yang berusaha Encik Anjan bin Rudin diiringi oleh Puan Zoriffah
Mohd Kudin untuk menyampikan cenderahati kepada yang berhormat Datuk. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha Encik Anjan bin Rudin dan Terima kasih
diucapkan juga kepada yb Datuk atas penyempurnaan majlis perasmian konvokesyen
sebentar tadi.

Sesi bergambar

Sebelum menutup majlis kita pada hari ini, majlis sekali lagi menjemput Yang berhormat Datuk, ,
pengerusi Majlis Guru Pendidikan Khas, tetamu jemputan, barisan pengetua,guru-guru besar,
barisan penolong kanan dan penyelaras pen khas, guru-guru, PPM dan yang diraikan para graduan
untuk mengambil tempat di hadapan dewan bagi sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.
Dipersilakan.

PENUTUP

Dengan berakhirnya acara sebentar tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis
untuk mengundurkan diri. Pihak majlis juga memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

bunga seroja di atas para,


jatuh ditimpa buah berangan,
andai ada tersilap kata,
kemaafan jua kami pohonkan.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT dan kekurangan itu wujudnya dari kelemahan
kami sebagai makhluknya yang bernama insan.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci

WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM


WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Anda mungkin juga menyukai