Anda di halaman 1dari 15

1

SKRIP PENGACARA

MAJLIS PELANCARAN GERAKAN MASSA


#terimakasihcikgu
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT NEGERI PERAK
TAHUN 2022

TARIKH:
5 APRIL 2022 ( SELASA )

MASA:
5.00 PETANG

TEMPAT:
DEWAN SITC, UPSI

EFFA RINA BINTI MOHD MATORE


MOHAMAD FADZRIL BIN WAN JUNIT
2

Hadirin yang dihormati.

Izinkan saya untuk memaklumkan beberapa pengumuman penting


kepada semua yang hadir

1. Bagi mencegah penularan Covid-19, pastikan tuan-tuan dan


puan-puan sentiasa memakai pelitup muka, elakkan
sembang dekat, berada di tempat duduk masing-masing dan
mengamalkan penjarakan fizikal

2. Untuk memastikan majlis kita berjalan dengan harmoni,


mohon kerjasama semua agar telefon bimbit berada dalam
keadaan nada senyap atau nada gegar

3. Tetamu kehormat akan berada di holding room terlebih


dahulu dan kemudiannya sesi bergambar bersama-sama dif
kehormat

4. Apabila diumumkan ketibaan tetamu kehormat masuk ke


dewan, hadirin dipersilakan berdiri dan bersiap sedia untuk
menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu kebesaran Negeri
Perak

5. Selesai berbuka puasa, majlis akan bersurai pada


jam ............................ untuk menunaikan Solat Maghrib.
Dewan Sri Tanjung bersebelahan Dewan SITC ini telah
disediakan sekiranya Tuan-tuan ingin menunaikan solat
Solat Maghrib. Manakala bagi jemaah wanita, boleh ke
surau An Nur berdekatan. Segala kerjasama diucapkan
terima kasih

DATO TIBA
1. KE HOLDING ROOM
2. SESI BERGAMBAR DAHULU
3

Tunggu signal………………
Mengumumkan ketibaan
Yang Berhormat DATO’ DR MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN
Diiringi dif-dif kehormat masuk ke dewan

LAGU Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan


NEGARAKU DAN Lagu Kebesaran Negeri Perak
PERAK
NYANYIAN

Hadirin dipersilakan duduk

SHOW Auto Persembahan Pembukaan


PERMBUKAAN 2 Lagu UPSI

SALUTASI
4

Alhamdulillah, pada petang Ramadhan yang


berbahagia ini, dengan izinNya jua, dapat kita
bersama-sama berkumpul di dewan SITC, Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang tersergam indah ini
untuk menyempurnakan sebuah majlis yang gilang-
ALUAN MC gemilang iaitu Majlis Pelancaran Gerakan Massa
Terima Kasih Cikgu bagi tahun 2022

Saya mewakili seluruh warga kerja terlebih dahulu


mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga atas kehadiran
Yang Berhormat DATO’ DR MAH HANG SOON
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
yang sudi meluangkan masa untuk berbuka puasa
bersama-sama kami.

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ini juga


ditujukan kepada semua tetamu kehormat yang turut
bersama-sama, semoga bertambahlah seri majlis
pada petang ini
5

Untuk pengetahuan semua,

Pada awal majlis sebentar tadi, kita telahpun


dihiburkan oleh kumpulan KESAKTI UPSI (Kelab
Keseniaan Kebudayaan Kakitangan) dengan dua
ALUAN MC buah lagunya iaitu
-Ainul Mardiah dan
-Suci Sekeping Hati

dan apa yang lebih mengagumkan kumpulan ini terdiri


daripada Kakitangan UPSI sendiri yang begitu
berbakat dan profesional

Ternyata kumpulan KESAKTI UPSI bukan calang-


calang kerana mereka pernah membuat
-Persembahan di Forum Perdana Hal Ehwal Islam
RTM
- Persembahan bersama Penyanyi Lah Ahmad
Program Sambutan Maulidul Rasul UPSI

Tepukan gemuruh kita berikan kepada mereka


6

Yang berhormat Dato dan hadirin yg dihormati

Dari segi sejarahnya, Gerakan Massa #Terima kasih


Cikgu sebenarnya telah bermula pada tahun 2018
lagi. Ini adalah salah satu mekanisme untuk
membawa masyarakat bersama-sama menginsafi
segala pengorbanan yang dicurahkan oleh semua
ALUAN MC
guru di seluruh Malaysia. Selaras dengan moto
sambutan Hari Guru tahun ini iaitu Guru Tunjang
sekolah SEJAHTERA

Untuk pengetahuan semua, Majlis Pelancaran


peringkat kebangsaan telahpun dilaksanakan pada
30 Mac 2022 oleh Menteri Kanan Pendidikan iaitu
Yang Berhormat Datuk Dr Radzi bin Jidin di
Terengganu

Manakala bagi Majlis Pelancaran Gerakan Massa


#Terima kasih Cikgu peringkat negeri Perak, Pejabat
Pendidikan Daerah Muallim telah diberi kepercayaan
sebagai tuan rumah.

Sudah terang lagi bersuluh, sesuailah dengan motto


PPD Muallim iaitu Muallim Daerah ilmu, maka sudah
tentulah universiti pendidikan nombor satu negara
iaitu UPSI menjadi pilihan sebagai lokasi paling tepat
pelancaran majlis ini
7

DOA Yang berhormat Dato dan hadirin yg dihormati

Bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah kita


bersama-sama memohon restu Illahi dengan
mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Naim bin
Muhammad, Penolong PPD Pendidikan Islam PPD
Muallim bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-
Fadhil Ustaz Mohd Naim bin Muhammad atas bacaan
doa sebentar tadi

UCAPAN Yang berhormat Dato dan hadirin yg dihormati


FOCAL PERSON
PIBKS Melalui Gerakan Massa #Terima kasih Cikgu ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia amat menghargai
dan mengalu-alukan pelbagai pihak temasuk ibu
bapa, komuniti dan pihak swasta untuk menzahirkan
secara terbuka ucapan Terima kasih cikgu kepada
warga pendidik bersempena dengan sambutan hari
guru tahun 2022

Maka, di sinilah Pelibatan ibu bapa komuniti dan


swasta di seluruh Negara dapat dilihat dengan jelas
8

Untuk itu, majlis mempersilakan


Yang berusaha Tn Hj Ramli bin Abd Rashid
Focal Person Pelibatan ibu bapa komuniti dan swasta
(PIBKS) Negeri Perak
Untuk menyampaikan ucapan ALUAN. Dipersilakan

UCAPAN ALUAN PIBKS

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang


berusaha Tn Hj Ramli bin Abd Rashid
atas ucapan ALUAN beliau sebentar tadi.

UCAPAN Besi khursani di atas dulang


Bentuk berliku bersapu damar
PERASMI
Majlis ini tambah gemilang
Hadinya tuan bak bintang menyinar

Oleh itu, tanpa membuang masa, saya


mempersilakan

Yang berhormat DATO’ DR MAH HANG SOON


TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Pelancaran Gerakan Massa Terima
Kasih Cikgu bersempena Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Perak tahun 2022
Dipersilakan

-----------UCAPAN DATO’ DR MAH HANG SOON -----


9

(BILA YB SELESAI SEBUT DENGAN INI SAYA


GIMIK MERASMIKAN….)
PELANCARAN
Mohon Yang berhormat Dato untuk terus kekal
berada di atas pentas untuk upacara GIMIK
PELANCARAN.

Untuk itu, majlis mempersilakan


1. Yang berusaha Encik Azmi bin Dahali

2. Yang berhormat Encik Mohd Zaidi bin Aziz

3. Yang berhabagia Prof. Dato’ Dr Md Amin bin


Md Taff

4. Yang berusaha Tn Hj Ramli bin Abd Rashid

5. Yang berusaha Encik Norazam bin Mat Isa,

NAIK KE PENTAS Untuk bersama-sama

Yang berhormat DATO’ DR MAH HANG SOON

bagi menyempurnakan upacara GIMIK Pelancaran

Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu Tahun 2022

GIMIK PELANCARAN
TENGOK SAMPAI HABIS DULU!!!
PENYAMPAIAN Yang berhormat Dato dan hadirin sekalian
10

SIJIL,
CENDERAMATA Kita baharu sahaja menyaksikan ucapan Terima kasih
DAN Cikgu yang dizahirkan oleh ibu bapa, komuniti dan
GEGANTUNG pihak swasta kepada semua guru dalam gimik
Pelancaran Gerakan Massa Terima Kasih Cikgu
Tahun 2022 sebentar tadi.

Untuk itu, apa kata, Ayuh, kita laungkan bersama-


sama dalam dewan penuh prestij ini
Terima kasih Cikgu!

Terima kasih.

Mohon agar Yang berhormat Dato dan tetamu


kehormat untuk terus kekal di atas pentas kerana kita
akan beralih ke upacara penyampaian sijil,
cenderamata dan gegantung Aktiviti sambutan Hari
Guru Negeri Perak 2022

Gegantung tersebut akan disampaikan kepada semua


Pegawai Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan
Negeri Perak
11

Untuk itu, Majlis menjemput


PENYAMPAIAN Yang berhormat DATO’ DR MAH HANG SOON
Untuk menyempurnakan acara
GEGANTUNG

Dipersilakan
1. Jabatan Pendidikan Negeri Perak
2. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Muallim
3. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kinta Selatan
4. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kinta Utara
5. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Manjung
6. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kuala
Kangsar
7. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Perak
Tengah
8. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Hulu Perak
9. Pegawai Pendidikan Daerah PPD Larut Matang
dan Selama
10 Pegawai Pendidikan Daerah PPD Batang
Badang
11 Pegawai Pendidikan Daerah PPD Bagan Datuk
12 Pegawai Pendidikan Daerah PPD Hilir Perak
13 Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kerian

Seterusnya ialah penyampaian sijil watikah dan


12

PENYAMPAIAN cenderamata kepada 4 rakan strategik PIBKS.


SIJIL WATIKAH
PELANTIKAN Untuk pengetahuan semua, JPN Perak dan PIBKS
DAN Negeri Perak telah memilih 4 Rakan Strategik iaitu
CENDERAMATA daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bank
Islam, Imperial Asia International Sdn Bhd dan
Multimedia University bagi tujuan Program Jalinan
dan Jaringan

Untuk itu, Majlis menjemput


Yang berusaha Tn Hj Ramli bin Abd Rashid
Focal Person Pelibatan ibu bapa komuniti dan swasta
(PIBKS) Negeri Perak
Untuk menyampaikan sijil watikah pelantikan dan
cenderamata kepada Rakan Strategik PIBKS

Pertama
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Bank Islam.
Dipersilakan
YANG BERBAHAGIA, PROF. DATO’ DR. MD. AMIN
BIN MD. TAFF
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
13

Kedua Imperial Asia International Sdn Bhd

Ketiga Multimedia University

Keempat Bank Islam,

PENYAMPAIAN
CEDERAMATA Sebagai tanda terima kasih, pihak PIBKS akan
menyampaikan cenderamata.

Untuk itu Majlis mempersilakan

1. Yang berusaha Encik Azmi bin Dahali Timbalan


Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan
Sekolah JPN Perak yang menjalankan tugas
Pengerah Pendidikan Negeri Perak.

2. Yang Berbahagia
PROF. DATO’ DR. MD. AMIN BIN MD. TAFF
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
yang sentiasa bersedia menghulurkan
kerjasama demi kecemerlangan pendidikan di
negeri Perak ini
14

3. Yang berusaha En Norazam bin Mat Isa,


Timbalan PPD Perancangan PPD Muallim.
Yang menjalankan tugas sebagai Pegawai
Pendidikan Daerah Muallim

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


semua tetamu kehormat atas penyempurnaan acara
penyampaian cenderamata sebentar tadi

SEMUA VIP TURUN

SELINGAN Yang berhormat Dato dan hadirin yg dihormati

Selesailah sudah Majlis Pelancaran Gerakan Massa


Terima Kasih Cikgu bersempena Sambutan Hari Guru
Peringkat Negeri Perak tahun 2022.

Jadi sementara kita menunggu waktu berbuka puasa,


kita akan dihiburkan pula oleh kumpulan IsOne Voice.

Kumpulan ini Ditubuhkan pada tahun 2010 secara tak


rasmi dan Dianggotai warga pendidik di sekitar
daerah muallim.

Sehingga ini, IsOne Voice telah merakamkan 3 buah


single album dan lagu yang akan dipersembahkan
ialah
15

1. Azzahra
2. Musafir Teragung

Ayuh, sama-sama kita saksikan

DOA MAKAN Majlis mempersilakan


Al Fadhil Ustaz Solehudin ,
untuk membacakan doa berbuka puasa

PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai