Anda di halaman 1dari 12

1

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN


ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH KUALA MUDA/YAN TAHUN 2020
PPDKMY (22 RABIULAKHIR 1442/06 DISEMBER 2020)

Tarikh : 22 RABIULAKHIR 1442/06 DISEMBER 2020 (Ahad)


Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Kayangan,PPD Kuala Muda/Yan

Teks Catatan

INGATAN SEBELUM MAJLIS BERMULA


*Mohon perhatian
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin dan hadirat
disarankan supaya
1. Mematikan talian telefon bimbit atau meletakkan telefon bimbit
anda didalam mode senyap.
2. Berada didalam dewan Seri Kayangan sehingga ke akhir majlis
3. Berdiri semasa ketibaan tetamu kehormat dan juga nyanyian lagu
NEGARAKU.
Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.
MENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Abdul Hamid Bin


Hashim,
Pengarah, Yayasan Telekom Malaysia. Diiringi oleh tuan PPD dan
Barisan Pengurusan Tertinggi, Pejabat Pendidikan daerah Kuala
Muda/Yan
NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin semua diminta terus berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku


-LAGU NEGARAKU-
Hadirin dijemput duduk.

Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah hirabbil alamin. Wassola tu wassalam, aala asyrafil anbia
2

iwal mursalin.. saidina Muhammad.. waala aalihi wasohbihi ajmain...


KATA-KATA ALUAN

Negeri Kedah aman sentosa,


Pendidikan Gemilang Misi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Selamat datang untuk semua.

Yang Berbahagia En. Abdul Hamid Bin Hashim,


Pengarah Yayasan Telekom Malaysia.

Yang Berusaha En. Mukhtar bin Mansor,


Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan daerah Kuala Muda/Yan.

Yang Berusaha Encik Azizan bin Ahamad


Timbalan PPD Sektor Pembelajaran,

Yang Berusaha Puan Najah binti Abdul Wahab


Timbalan PPD Sektor Perancangan,

Yang Berusaha Encik Mansor bin Shahbudin


Timbalan PPD Sektor Pengurusan Sekolah,

Yang Berusaha Encik Yusof bin Ismail


Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid,

Yang dihormati Encik Naim bin Mahamud


Pegawai Perhubungan,Pengarah Yayasan Telekom Malaysia

Barisan SISC+ selaku hakim yang arif lagi bijaksana,Pegawai-pegawai


Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPDKMY, serta barisan
Pengetua dan Guru besar yang dirahmati sekalian
3

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang saya ucapkan,
Moga diiring restu Ilah

Mewakili majlis sekalung penghargaan diucapkan kepada...


Yang berbahagia En. Abdul Hamid Bin Hashim,

di atas kesudian tuan meluangkan masa untuk hadir merasmikan majlis


Penyampaian Anugerah tokoh NILAM Peringkat Daerah Kuala
Muda/Yan Tahun 2020.
BACAAN DOA
Warga dewan yang dimuliakan sekalian,
Majlis kita pada pagi yang indah ini dimulakan dengan munajat doa
memohon restu berkat dari Yang Maha Esa. Untuk itu, majlis dengan
segala hormatnya menjemput
Yang Berusaha En. Mohd Tarmizi bin Yusof
Pen. PPD Sumber danTeknologi Pendidikan
bagi memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan...
-BACAAN DOA-
Semoga dengan bacaan doa itu tadi akan dapat melancarkan lagi
program kita pada hari ini.

PENGENALAN PROGRAM
Nadi Ilmu Amalan Membaca atau NILAM, merupakan penggabungan
atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di
sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
Hasrat, niat serta matlamatnya adalah begitu murni sekali iaitu untuk
membudayakan amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah dan
seterusnya melahirkan generasi pelajar yang suka membaca dan
cintakan ilmu pengetahuan.

Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan


sepanjang tahun. Program ini telah mula dilaksanakan kepada murid-
murid tahun 1 di sekolah rendah dan tingkatan 1 dan peralihan di
4

sekolah menengah pada tahun 1999.

Untuk makluman para hadirin, disebabkan negara kita dilanda pandemic


COVID-19, pertandingan NILAM peringkat daerah pada tahun ini
dilaksanakan secara rakaman dan pertandingan akhir dilaksanakan
secara atas talian dan dihakimi oleh para juri yang arif lagi bijaksana.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini di semua peringkat akan


dapat melahirkan generasi anak-anak Ulul-Albab. In Shaa Allah...

UCAPAN HAKIM
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi;
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.

Bagi meneruskan acara, dengan segala hormat dan sukacitanya majlis


dengan ini menjemput…

Yang berusaha En. Mohd Nizar bin Yusof@Abdul Rahman


Pegawai SISC+ Bahasa
selaku Ketua juri kategori Bahasa Melayu, Anugerah NILAM Peringkat
Daerah Kuala Muda/Yan Tahun 2020 untuk memberikan ulasan bagi
kategori bahasa melayu. Dipersilakan...

KETUA HAKIM MEMBERIKAN ULASAN

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput....

Yang berusaha Pn. T. Indrani Chitty a/p V. TaivenaigumChitty


Pegawai SISC+ Bahasa
selaku Ketua juri kategori Bahasa Inggeris, Anugerah NILAM Peringkat
Daerah Kuala Muda/Yan Tahun 2020 untuk memberikan ulasan bagi
5

kategori bahasa inggeris. Dipersilakan...

Demikian tadi ulasan dan kritikan membina yang telah disampaikan oleh
ketua juri dan diharapkan segala kritikan dan pandangan dapat dijadikan
pedoman kepada semua peserta dalam membuat penilaian terhadap
nilai persembahan masing-masing.

UCAPAN ALUAN TUAN PPD


Kalau tuan mudik duluan,
Carikan saya buah berangan,
Ucapan sebagai alu-aluan,
Mari bersama kita dengarkan.

Meneruskan majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan
Yang Berusaha En. Mukhtar bin Mansor,
Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan daerah Kuala Muda/Yan.

bagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya,


dipersilakan…

-UCAPAN ALUAN TUAN PPD-


Demikianlah ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh yang
berusaha En. Mokhtar bin Mansor. Majlis merakamkan ribuan terima
kasih.
MONTAJ MULTIMEDIA PEMILIHAN TOKOH NILAM

Dari Kedah ke Kuala Perlis


Singgah bersantai ditepi jeti
Persembahan multimedia memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur dihati.

Justeru itu bagi menyerikan majlis marilah bersama-sama, kita saksikan


persembahan multimedia pemilihan tokoh NILAM yang disediakan oleh
6

Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan,PPDKMY.mari kita saksikan


montaj tersebut.
UCAPAN PERASMI
Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Hadirin hadirat Yang Berbahagia sekalian,


Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput dan
mempersilakan
Yang Berbahagia En. Abdul Hamid Bin Hashim,
Pengarah,Yayasan Telekom Malaysia.
Untuk menyampaikan bingkisan ucapan sekaligus merasmikan majlis
penyampaian Anugerah Tokoh NILAM peringkat Daerah Kuala
Muda/Yan Tahun 2020.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan...


UCAPAN PERASMI
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada

Yang Berbahagia En. Abdul Hamid Bin Hashim,


Pengarah,Yayasan Telekom Malaysia.
Di atas ucapan itu tadi.
PENGUMUMAN PEMENANG
Pergi kesekolah awal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah akan diberi,
Para penerima sabarlah menanti.

Sidang hadirin sekalian,


Kini tibalah kita ke upacara yang dinanti-nantikan, pengumumun
pemenang bagi setiap kategori. Untuk makluman para hadiran segmen
7

ini akan dipecahkan kepada 4 bahagian-


1. Pengumuman TOKOH NILAM bagi setiap kategori.
2. Video resensi buku oleh TOKOH NILAM bagi setiap ketegori.
3. Penyampaian sijil penghargaan kepada para hakim pertandingan
serta penyampaian hadiah dan sijil kepada semua pemenang
dan
4. Penyampaian mock cek pertandingan NILAM peringkat daerah oleh
tetamu kehormat kepada Tuan PPD.

PENGUMUMAN TOKOH NILAM

Kita mulakan dengan pengumuman TOKOH NILAM bagi kategori


Bahasa Melayu

Diumumkan TOKOH NILAM bagi kategori Bahasa Melayu sekolah


rendah

ALEESYA AMALIA BT ASRUL NIZAM dari SK Bandar Laguna Merbok

Diumumkan TOKOH NILAM bagi kategori Bahasa Melayu sekolah


menengah

INTAN ALEESYA SYAFIAH BT PADZIL dari SMK Ibrahim


Kita teruskan dengan kategori Bahasa Inggeris

DiumumkanTOKOH NILAM bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah


rendah

DIVYASHRI MOGANDAS dari SK Convent Father Bare

Diumumkan TOKOH NILAM bagi kategori Bahasa Inggeris sekolah


menengah
8

NURIN BATRISYIA BT AHMAD GUNAWAN dari SMK Pengkalan


Lebai Man

tahniah dan syabas diucapkan kepada TOKOH NILAM bagi setiap


kategori. Mereka ini akan mewakili daerah bagi pertandingan NILAM
peringkat negeri yang akan diadakan pada tahun hadapan.

PERSEMBAHAN MULTIMEDIA TOKOH NILAM

Pakaian dipakai cantik berseri,


Majlis keraian kita bertandang
Majlis kita takkan berseri
Tanpa persembahan para pemenang.

Kita teruskan majlis dengan persembahan multimedia resensi buku oleh


TOKOH NILAM bagi setiap kategori. Sama-samakan kita saksikan
persembahan tersebut.
PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA HAKIM DAN PEMENANG
Kita teruskan majlis kita dengan acara penyampaian sijil penghargaan
kepada para juri pertandingan serta penyampaian hadiah dan sijil
kepada semua pemenang

Majlis berbesar hati menjemput Yang berusaha Encik Mokhtar bin


Mansor bagi mengiringi yang berbahagia Encik Abdul Hamid bin Hashim
untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada para hakim
pertandingan serta penyampaian hadiah dan sijil kepada semua
pemenang

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA HAKIM PERTANDINGAN


9

mendahului senarai... Dipersilakan...

1.En. Mohd Nizar bin Yusof@Abdul Rahman- Pegawai SISC+ Bahasa


2.En. Izham Iskandar bin Ibahim-Pegawai SISC+ Sains Sosial
3.Pn.Mariana binti Yaacob-Pegawai SISC+ Sains Sosial
4.Cik Azila Binti Mohd Saad-Pegawai SISC+ Sains Sosial
5.Pn.Indrani Chitty a/p V. Taivenaigum Chitty-Pegawai SISC+ Bahasa
6.En. Willam Mark A/l Joseph Raj-Pegawai SISC+Bahasa
7.Pn.Nur Azrin binti Abdullah-Pegawai SISC+ Bahasa
8.Cik Norjah binti Ismail-Pegawai SISC+ Bahasa
Seterusnya...Pegawai-Pegawai unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
Dipersilakan.........
9. En. Che Kamal bin Omar
10.En.Wan Ahmad Anuar Sukri bin Wan Yusoff
11.En. Zeri Hisham bin Razali
12.En. Mohd Tarmizi bin Yusof
13.En. Meskor bin Tulka
14.Cik Farha binti Sobry
15.En. Khairul Afifi bin Abdullah

Makluman
PENYAMPAIAN SIJIL DAN HADIAH KEPADA PEMENANG Johan akan membawa
pulang:
Kita terusnya majlis dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada 1.wang tunai yang akan
pemenang bagi setiap kategori. Dikreditkan ke akaun
Sekolah.
Kita mulakan dengan kategori bahasa melayu sekolah rendah. 2. Plak pemenang
3.Buku
Tempat pertama: dijemput guru besar SK Bandar Laguna Merbok bagi 4.Sijil penyertaan
mewakili Aleesya Amalia bt Asrul Nizam Naib Johan akanmembawa
Tempat kedua : dijemput guru besar SK Convent Father Bare bagi pulang:
mewakili Alesya Sofea binti Abdullah 1.Plak pemenang
10

Tempat ketiga: dijemput guru besar SK Padang Lumat bagi mewakili 2.Buku
Ainur Hana Annisa binti Ayob 3.sijil penyertaan
saguhati: dijemput guru besar SK Pinang Tunggal bagi mewakili Nur Tempat ketiga akan
Alisha Zulaikha binti Mansor Membawa pulang:
saguhati dijemput guru besar SK Semeling bagi mewakili Nur Farihah 1.Plak pemenang
binti Ahmad Affendy 2.Buku
3.sijil penyertaan
Tempat keempat/saguhati
Kita teruskan bagi kategori bahasa inggeris sekolah rendah. akan membawa pulang:
1.Plak pemenang
Tempat pertama: dijemput guru besar SK Convent Father Barre bagi 2.Buku
mewakili Divyashri Moganadass 3.sijil penyertaan
Tempat kedua : dijemput guru besar SJKT Arumugam Pillai bagi Tempat kelima/saguhati
mewakili Alysha binti Mohd Ali akan membawa pulang:
Tempat ketiga: dijemput guru besar SK Ambangan Height bagi mewakili 1.Plak pemenang
Abyan rizq bin Abdul Halim 2.Buku
saguhati dijemput guru besar SK Bandar Puteri Jaya bagi mewakili 3.sijil penyertaan
Archanaa a/p Vijayram
saguhati dijemput guru besar SK Sungai Limau bagi mewakili Sofea
Amani binti Mohamad Fakrul Azizi

Seterusnya bagi kategori bahasa melayu sekolah menengah

Tempat pertama: dijemput pengetua SMK Ibrahim bagi mewakili Intan


Aleesya Syafiah binti Padzil
Tempat kedua : dijemput pengetua SMK Tunku Sulong bagi mewakili
Ng Cheng Ye
Tempat ketiga: dijemput pengetua SMS Sultan Muhammad Jiwa bagi
mewakili Siti Nuraqilah binti Azmi
saguhati dijemput pengetua SMK Agama Yan bagi mewakili Nurul
Nabihah binti Mukti
saguhati dijemput pengetua SMK Yan bagi mewakili Siti Aina Fatini binti
ahmad Rithauddeen
11

Seterusnya bagi kategori bahasa inggeris sekolah menengah

Tempat pertama: dijemput pengetua SMK Pengkalan Lebai Man bagi


mewakiliNurin Batrisya binti Ahmad Gunawan
Tempat kedua : dijemput pengetua SMK Agama Yan bagi mewakili
Muhammad aminuddin bin Che Omar
Tempat ketiga: dijemput pengetua SMK Tunku Sulong bagi mewakili Ooi
Shi Mei
saguhati dijemput pengetua SMK Merbok bagi mewakili Nur Aqilah binti
Mohd Fuad
saguhati dijemput pengetua SMK Aman Jaya bagi mewakili Finoosha
a/p Nanthakumar

PENYERAHAN MOCK CEK KPD PPD


Kita teruskan majlis dengan acara kemuncak iaitu penyerahan mock
cheque PERTANDINGAN NILAM PERINGKAT DAERAH..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berusaha Encik
Mokhtar bin Mansor bagi menerima mock cheque daripada yang
berbahagia Encik Abdul Hamid bin Hashim.
Majlis mempersilakan....
PENYERAHAN CENDERAHATI KEPADA TETAMU

Orang berbudi kita berbahasa


Pihak majlis berbesar hati ingin menyampaikan sedikit cenderahati
kenang-kenangan bagi menghargai kesudian

yang berbahagia Encik Hamid bin Hashim menghadiri majlis pada hari
ini..

Majlis dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Encik


Mokhtar bin Mansor bagi menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada yang berbahagia Encik Abdul Hamid bin Hashim.
12

Majlis mempersilakan...

terima kasih diucapkan kepada tuan PPD dan yang berbahagia Encik
Abdul Hamid bin Hashim

PENUTUP

Tanam laguna tumbuh kelapa,


Terbit bunga pucuk mati,
Budi tuan kami tak lupa,
Sudah terpaku didalam hati.

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi, maka


berakhirlah sudah program kita pada hari ini.

Sekali lagi, pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan


penghargaan dan terima kasih kepada perasmi dan semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan MAJLIS ANUGERAH NILAM DAERAH
KUALA MUDA/YAN TAHUN 2020.

Tiada benda seindah bahasa


Terus menghiasi budaya berzaman
Jumpa lagi di lain masa
Disusun jari mohon kemaafan

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sehingga kita berjumpa lagi di lain waktu. Saya sudahi majlis dengan
wabillah...............

Anda mungkin juga menyukai