Anda di halaman 1dari 6

Cue/acara skrip Penyampai

Aluan Bismillahirahmanirrahim
pengacara

Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah,

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal basmalah pembuka bicara.

Asalamualaikum wbt

SELAMAT DATANG KE

MAJLIS APRESIASI DIGITAL

SEKOLAH KEBANGSAAN RINGLET

CAMERON HIGHLANDS

2020

Yang berusaha

Pn. Rosnani binti Ghazali

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Ringlet

Barisan penolong kanan,

Pn. Roslizawati binti Muhamad Rapien,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Noorhamiza binti Abdul Hamid

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Azis bin Ismail

Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Rakan-rakan guru transformasi, ibu bapa serta


murid-murid sekalian.

Aluan Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T atas izinNya


pengacara dapat kita berhimpun dalam majlis yang penuh
& doa meriah dan berprestij ini.

Majlis dengan sukacitanya mengalu-alukan


kehadiran hadirin-hadirat sekalian ke Majlis
Apresiasi Digital Peringkat Sekolah Kebangsaan
Ringlet Tahun 2020.

Lebat kemiri pohonnya rendah,

Dahan terikat tali perkasa,

Sepuluh jari kami menadah,

Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memohon keberkatan dan memuliakan majlis


pada hari ini, dipersilakan;

Ustaz. Muhammad Hisyamuddin bin Kamaruddin,


Bagi memimpin bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Amin Ya Rabb al-Alamin.


Aluan Guru
Besar Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Ustaz Muhammad Hisyamuddin atas pimpinan doa
itu tadi.

Kalau dilipat sebesar kuku,

Kalau dibentang seluas alam,

Yang jauh diimbau,

Yang dekat digamit,

Seuntai salam sejambak rasa,

Degup biacara, merisik rasa.

Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka tirai pada pagi ini,majlis dengan


ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Pn. Rosnani binti Ghazali, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Ringlet, untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan dan seterusnya merasmikan Majlis
Apresiasi Digital Sekolah Kebangsaan Ringlet
Tahun 2020.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Persembaha Majlis menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan


n montaj dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha,
Pn. Rosnani binti Ghazali, atas ucapan dan
penyempurnaan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sepanjang 2020, pelbagai program dan aktiviti


telah dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan
Ringlet.

Marilah sama-sama kita saksikan Persembahan


Multimedia Kejayaan SK Ringlet Tahun 2020.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas


tayangan montaj itu tadi. Untuk makluman hadirin
sekalian, montaj itu tadi ialah hasil garapan dan
suntingan En. Muhammad Haikal Amzar.

SIDANG
HADIAH 1 Hadirin sekalian,
Hari Apresiasi Digital SK Ringlet Tahun 2020 ini
Penyampaia dianjurkan bertujuan untuk mengiktiraf dan
n hadiah/ menghargai usaha dan pencapaian murid-murid
SK Ringlet yang telah berusaha untuk
sijil ,
meningkatkan pencapaian akademik, kokurikulum
pendidikan dan sahsiah sepanjang tahun 2020.
khas,
pengawas Dengan adanya pengiktirafan dan penghargaan
sekolah seperti ini akan membantu memotivasikan dan
Tahun 6, memberi inspirasi kepada murid-murid SK Ringlet
untuk memacu kejayaan yang lebih baik pada
pengawas
tahun hadapan.
pusat
sumber thn Kita mulakan dengan anugerah yang pertama,
6, ketua dan
1. Graduasi Tahun 6
penolong
2. Pengawas Sekolah, Pengawas PSS dan
ketua, Pengawas SPBT.
prasekolahk 3. Kita teruskan lagi HAD pada tahun ini
elas dengan penyampaian sijil kepada
Anugerah Kehadiran Penuh.
4. Seterusnya, Anugerah Cemerlang j-Qaf.
5. Anugerah Sahsiah Terpuji.

(RUJUK SENARAI PENERIMA)

Sidang Berkebaya batik berwarna merah,


Hadiah 2 Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Baiklah, tanpa melengahkan masa. Kita teruskan majlis


dengan penyampaian sijil dan hadiah yang berikutnya.

Kita mulakan dengan


1. Anugerah Pelajar Terbaik MP KSSR
2. Seterusnya, Anugerah Keseluruhan Terbaik
MP/PKI/PRA
3. Anugerah Pelajar Potensi
4. Anugerah Pelajar Potensi Pemulihan
5. Anugerah PdPc Online Paling Aktif
6. Anugerah Nilam

Terbang tinggi si burung helang,


Berkicau kenari sambil berterbangan,
Insan cemerlang negara terbilang,
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Hadirin yang dihormati,

Tibalah saat yang ditunggu untuk kita umumkan anugerah


Sidang tertinggi pada hari ini.
Hadiah 3
1. Anugerah Tokoh Kurikulum
2. Anugerah Tokoh Kurikulum Harapan
3. Anugerah Tokoh Kokurikulum
4. Anugerah Tokoh Kokurikulum Harapan
5. Anugerah Khas Kokurikulum: Anugerah DST,
Anugerah Sukan & Anugerah Fotografi
6. Anugerah Tokoh Pelajar.

Demikianlah tadi upacara penganugerahan tokoh-tokoh


murid SK Ringlet 2020.
Hadiah
Perasmi Dengan berakhirnya upacara penyampaian ANUGERAH
TOKOH itu tadi, maka majlis kita telah sampai ke
penghujungnya.

Aluan
Penutup
Majlis sekali lagi merakamkan ribuan terima kasih kepada
Yang Berusaha GB, GPK, tuan-tuan dan puan-puan yang
turut hadir dalam menjayakan HAD SK Ringlet 2020.

Bersinar mentari memberi cahaya,


Cahaya bersinar panas terasa,
Adat majlis ada pincangnya,
Maafkan kami insan biasa.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala
yang buruk itu datangnya daripada kelemahan pihak kami
sendiri.

Akhir kalam, kami mohon mengundur diri dengan lafaz


kalimat;
Penutup Wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum wbt.

Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai