Anda di halaman 1dari 7

Teks Pengacara Majlis- Majlis Hari Anugerah Kurikulum 2022

Cue Ann
Untuk Untuk Melicinkan Perjalanan Majlis Kita Pada Pagi Ini, Saya Memohon
Pengumuma Kerjasama Daripada Pihak Sidang Hadirin Untuk Untuk Mematuhi Beberapa
n
Perkara Berikut:

Di Sepanjang Majlis Ini Berlangsung Kerjasama Tuan-Tuan/Puan-Puan Di


Pohon Untuk Mematikan (Switch-Off) Telefon Bimbit Masing-Masing Atau
Menukar Kepada Mod Getaran Sebagai Tanda Menghormati Majlis. Majlis
Akan Dimulakan Dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Oleh Itu Hadirin Diminta
Berdiri Sehingga Lagu Selesai Di Nyanyikan.

Hadirin Juga Diharapkan Dapat Berada Di Dalam Dewan Sehingga Tamat


Majlis.

Segala Kerjasama Yang Pihak Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Berikan Saya


Dahului Dengan Ucapan Setinggi-Tinggi Terima Kasih.
Ketibaan Vip Seiring Madah Pantun Bersambut, Adibah
Dalam Senyum Penghidang Tamu,
Mesra Berdakap Kasih Terpaut,
Persilakan Tamu Sambut Dipintu.

Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Datin Rosnah Binti Mohd Isa, Naib
Yang Dipertua PIBG, SMK Bukit Jalil, Dengan Diiringi Oleh Dr. Rosnani Binti
Kaman , Pengetua SMK Bukit Jalil Serta Barisan Pentadbir SMK Bukit Jalil
Masuk Ke Dewan Baiduri.
Negaraku Hadirin Diminta Berdiri. Adibah
Nyanyian Lagu Negaraku.
##Selesai Lagu##
Hadirin Dipersilakan Duduk.
Setelah Vip Mencari Timba Si Anak Dara, Helmi
Duduk Di Bawah Sarang Burung Tempua,
Salam Sembah Pembuka Bicara,
Selamat Datang Buat Semua.

Cahaya Matahari Menyilau Mata,


Rasa Pedih Tidak Tertahan,
Lafaz Bismillah Pembuka Kata,
Majlis Hari Anugerah Saya Mulakan.

CT Adibah’2022 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Helmi
Salam Sejahtera, Dan Salam Keluarga Malaysia ,
Yang Berbahagia Datin Rosnah Binti Mohd Isa, Naib Yang Dipertua PIBG,
SMK Bukit Jalil
Yang Berusaha, Dr Rosnani Binti Kaman, Pengetua SMK Bukit Jalil,
Yang Dihormati Pn. Maznah Binti Musa, Penolong Kanan Tadbir Dan
Kurikulum,
Yang Dihormati En. Sinnathamby a/l Muthusally,Penolong Kanan
Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,
Guru-Guru Bimbingan Dan Kaunseling,
Barisan Guru, Ajk-Ajk PIBG, Para Ibu Bapa
Murid-Murid Yang Diraikan Serta Hadirin Hadirat Yang Dirahmati Allah
Sekalian.

Sayang Kumbang Mencari Makan,


Terbang Seiring Di Tepi Kali;
Selamat Datang Kami Ucapkan,
Moga Diiring Restu Ilahi.
Kata-Kata Buat Kesekian Kalinya, Bertemu Kita Lagi Di Bawah Bumbung Dewan Yang Adibah
Aluan Indah, Membawa Bersama, Satu Hajat, Sebuah Hasrat, Iaitu Bagi Sama- Sama
Menjayakan Majlis Anugerah Kurikulum

Kami Selaku Wakil Pihak Majlis Pada Pagi Ini, Turut Sama Merakamkan
Ucapan Jutaan Terima Kasih Yang Tidak Terhingga Kepada Seluruh Hadirin
Warga Dewan Kerana Telah Sudi Meluangkan Masa Bagi Bersama-Sama
Menjayakan Majlis Yang Kita Rencanakan Pada Hari Ini. Hari Ini, Tanggal 3
Ogos Dua Ribu Dua Puluh Dua, Warga Dewan Akan Bersama-Sama
Menyaksikan Catatan Kenangan Manis Buat Para Penerima Anugerah Tahun
Ini.

Majlis Yang Menjadi Agenda Wajib Dalam Takwim Tahunan Sekolah Ini,
Antara Lain Mengundang Objektif Untuk Menjadi Paksi Kepada Para Murid
Bagi Mengukir Kecemerlangan Dalam Segenap Bidang Pendidikan
Terutamanya Dalam Peperiksaan Awam Waimma Peperiksaan Dalaman.
Justeru, Adalah Menjadi Harapan Kami Warga Pendidik Agar Ianya Menjadi
Tonggak Bagi Memulakan Anjakan Paradigma Dan Pencetus Revolusi Dalam
Diri Para Murid Ini.

CT Adibah’2022 2
Bacaan Doa Lebat Kemiri Pohonnya Rendah, Helmi
Dahan Terikat Tali Perkasa;
Sepuluh Jari Kami Menadah,
Mohon Berkat Yang Maha Esa.

Sebelum Tirai Dibuka, Sebelum Majlis Bermula, Moleklah Kiranya Bersama-


Sama Kita Menadah Tangan Memohon Limpah Rahmat Dan Barakah Kepada
Yang Maha Esa Bersama Wakil Kita Pada Hari Ini Iaitu En. Rozali Bin Lebai
Awang, Dengan Limpah Takzimnya, Majlis Mempersilakan.

*****Bacaan Doa******

Selepas Doa Amin amin YRA


Jutaan Terima Kasih Kami Rakamkan Kepada En. Rozali Bin Lebai Awang.
Semoga Dengan Kalimah Doa Ini Diberkati Hendaknya Segala Hasrat Yang
Direncana...Insyaallah.
Ucapan Hadirin Warga Dewan Yang Saya Hormati Sekalian, Adibah
Aluan
Pengetua Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Agenda Majlis Pada Hari Ini Diteruskan Dengan Ucaptama Daripada Yang
Berusaha, Dr. Rosnani Binti Kaman, Pengetua SMK Bukit Jalil. Majlis Dengan
Ini Mempersilakan.

****Ucapan Pengetua****

Selepas Begitulah Bait-Bait Ucapan Daripada Yang Berusaha, Dr. Rosnani Binti Helmi
Ucapan Kaman, Pengetua SMK Bukit Jalil. Adalah Menjadi Harapan Kami Agar Kata-
Pengetua Kata Yang Telah Diluahkan Tadi Menjadi Renungan Dan Panduan Untuk Kita
Bersama. Insyaallah. Sekali Lagi Pihak Majlis Mengucapkan Jutaan Terima
Kasih.

CT Adibah’2022 3
Ucapan Vip Cempaka sari warisan sejati, Adibah
Menjadi kebanggaan seisi negeri,
Ucapan perasmi memang dinanti,
Berilmu tinggi bijak bestari

Aturcara Majlis Seterusnya Berbesar Hati Mempersilakan Yang Berbahagia


Datin Rosnah Binti Mohd Isa, Naib Yang Dipertua PIBG, SMK Bukit Jalil
Bagi Menyampaikan Ucapannya Dan Seterusnya Menyempurnakan Perasmian
Majlis Anugerah Kurikulum Pada Kali Ini. Dengan Segala Hormatnya
Dipersilakan.

***Ucapan Vip*****

Selepas Setanggi Mawar Sekapur Sireh,


Ucapan Vip Dalam Acuan Direnjis-Renjis,
Setinggi Ucapan Terima Kasih,
Buat Tuan Perasmi Majlis,

Hadirin Yang Dihormati Sekalian, Rasmilah Sudah Majlis Kita Pada Pagi Ini.
Setinggi Penghargaan Yang Tidak Terhingga Dihulurkan Kepada Yang
Berbahagia Datin Rosnah Binti Mohd Isa Di Atas Kesudian Datin Merasmikan
Majlis Kami Pada Pagi Ini.

Penyampaian Hadirin Dan Hadirat Yang Dimuliakan, Helmi


Anugerah 1
Berkebaya Batik Berwarna Merah,
Diserikan Dengan Permata Berlian,
Tibalah Masa Penyampaian Anugerah,
Penerima Teruja Menunggu Giliran.

Kini Tibalah Masanya Yang Dinantikan Oleh Semua Calon Yang Telah Berjaya
Mencatat Kecemerlangan Saban Tahun Ini Untuk Menerima Anugerah Masing-
Masing. Bagi Memenuhi Impian Calon-Calon Ini, Pihak Majlis Sukacitanya
Mempersilakan Pn Maznah Binti Musa, Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
Dengan Diiringi Oleh En Sinnathamby a/l Muthusallay, Penolong Kanan
Kokurikulum bagi Menyempurnakan Acara Penyampaian Hadiah Sesi 1.
Dimulakan Dengan

1) Anugerah Murid Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 2021


2) Anugerah Murid Cemerlang SPM Tahun 2021
3) Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Sains Tulen
4) Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Sains Sosial

CT Adibah’2022 4
Dijemput Naik Ke Pentas.........

-Rujuk Lampiran-

Pihak Majlis Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Kepada Pn Maznah Adibah


Binti Musa Di Atas Kesudian Naik Ke Pentas Bagi Menyampaikan Anugerah
Kepada Para Murid Dan Terima Kasih Juga Kepada Oleh En Sinnathamby a/l
Muthusallay Selaku Pengiring.

Selepas Hadirin Sekalian, Helmi


Penyampaian
Anugerah 1 Bagi Meneruskan Acara Kita Pada Hari Ini, Marilah Sama-Sama Kita
Menghayati persembahan nyanyian yang akan dipersembahkan oleh Saudari
Ainy Sofiya dengan lagunya Cindai.
****Persembahan Nyanyian****

Begitulah Persembahan yang sungguh istimewa sekali, Untuk Makluman Para


Hadirin, Persembahan Itu Tadi Adalah Di Bawah Bimbingan En. Mohd Syafiq
Aizat.Syabas Diucapkan.

Penyampaian Hadirin sekalian, Adibah


Anugerah 2 Kini majlis kita teruskan lagi dengan sesi penyampaian anugerah seterusnya
yang melibatkan penganugerahan dan pengiktirafan kepada Panitia dan Guru-
guru yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan hasrat dan impian sekolah
bagi menurunkan GPS Tercapai. Alhamdulillah, usaha guru-guru ini berhasil.

Untuk itu majlis mempersilakan Dr Rosnani Binti Kaman, Pengetua SMK Bukit
Jalil, Dengan Diiringi Oleh Pn. Maznah Binti Musa, Penolong Kanan Tadbir
Dan Kurikulum, untuk Menyempurnakan penyampaian anugerah berikutnya.

Dimulakan dengan ....... Dipersilakan


1) Anugerah Peningkatan GPMP SPM 2021
2) Anugerah Peningkatan Peratusan SPM 2021
3) Anugerah 100% Lulus SPM 2021
4) Anugerah Peningkatan GPMP & 100% Lulus SPM 2021
5) Anugerah Peningkatan GPMP & Peratusan Lulus SPM 2021
Selepas Ucapan tahniah dan syabas sekali lagi kepada semua guru dan panitia yang Helmi
Penyampaian terlibat.
Anugerah 2
Pihak Majlis juga Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Kepada Dr
Rosnani Binti Kaman Di Atas Kesudian Naik Ke Pentas Bagi Menyampaikan
Anugerah Kepada Para Murid Dan Terima Kasih Juga Kepada Pn. Maznah
Binti Musa Selaku Pengiring.
Persembahan Hadirin sekalian, Adibah
2 Apa lauk bernasi rendam
CT Adibah’2022 5
Sayur petola dinihari
Mengapa duduk berhati redam
Tiupan Saxaphone menceria hari

Majlis Kita Ketika Ini Akan Diserikan Dengan Persembahan Intrumental Alto
Sexophone Dari Saudari Jannatul dengan lagu Besame Mucho.
Sama – Samalah Kita Perdengarkan. Majlis mempersilakan Jannatul ke pentas.
Selepas Begitulah satu persembahan yang istimewa daripada murid berbakat SMK Bukit Adibah
Persembahan Jalil.
Tahniah sekali lagi kepada En Syafiq Aizat kerana melahirkan bakat-bakat
murid yang pelbagai keistimewaan di SMK Bukit Jalil.
Penyampaian Hadirin, Majlis Akan Diteruskan Pula Dengan Penyampaian Hadiah Sesi 3. Helmi
Anugerah 3
Anugerah ini adalah khas dianugerahkan kepada guru yang menunjukkan
komitmen dan dedikasi yang berterusan dalam memastikan kelancaran program
sekolah dan melaksanakan inisiatif sendiri bagi memastikan objektif dan hasrat
kurikulum sekolah tercapai. Sepertimana kita tahu,batch SPM 2021 ialah batch
pertama kssm yang sangat terkenal dengan ‘Online class’. Guru-guru ini
berusaha menggali ilmu dan mencuba pelbagai cara bagi memastikan anak-anak
murid dapat mencapai kejayaan. Oleh itu, pihak sekolah sangat menghargai
berkat usaha guru-guru semua.

Bagi Menyempurnakannya Majlis Mempersilakan Yang Berbahagia Datin


Rosnah Binti Mohd Isa , Naib Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Jalil Dengan
Diiringi Oleh Dr Rosnani Binti Kaman. Majlis Mempersilakan.

Majlis Mempersilakan .............. ........

1) Anugerah Khas Panitia Proaktif 2021


2) Anugerah Khas Kurikulum
3) Anugerah Khas Pengetua

Selepas Pihak Majlis Merakamkan Setinggi-Tinggi Penghargaan Kepada Yang


Penyampaian Berbahagia Datin Rosnah Binti Mohd Isa, Di Atas Kesudian Menyampaikan
Anugerah 3 Anugerah Kepada Para Murid Dan Terima Kasih Juga Kepada Dr Rosnani Binti
Kaman selaku Pengiring.

Penyampaian Sebagai Tanda Penghargaan Dan Terima Kasih Daripada Pihak Kami .Majlis Adibah
Cenderamata Mempersilakan Dr Rosnani Binti Kaman Untuk Menyampaikan Cenderamata

CT Adibah’2022 6
Kepada Yang Berbahagia Datin Rosnah Binti Mohd Isa, Dipersilakan.

***Penyampaian Cenderamata****
Selepas Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada Dr Rosnani Binti Kaman
Penyampaian
Diatas Kesudian Dr. Menyampaikan Cenderamata Sebentar Tadi.
Cenderamata
Lipat Kain Lipat Baju
Lipat Kertas Dalam Puan
Dari Air Menjadi Batu
Sedikit Tak Lupa Budi Tuan
Penutup Dengan Berakhirnya Penyampaian Cenderamata Itu Tadi, Maka Tibalah Helmi
Masanya Untuk Kami Selaku Pengendali Majlis Untuk Mengundurkan Diri.

Pihak Majlis Juga Menyusun Sepuluh Jari Memohon Ampun Dan Maaf
Sekiranya Ada Terlanjur Kata, Terlampau Cara Sepanjang Kami
Mengendalikan Majlis Ini.

Sesungguhnya Yang Baik Itu Datangnya Dari Allah S.W.T Dan Kekurangan Itu
Wujudnya Daripada Kelemahan Kami Sebagai Makhluk Allah Bernama Insan.
Sehingga Kita Berjumpa Lagi Di Majlis Anugerah Kurikulum.

Dari Kedah ke pekan sari,


Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi

Saya, Siti Adibah Asmawani Binti Ismail


Saya, Mohd Helmi Bin Mangsor.
Mohon undur diri.
Sekian Walbilahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh.

CT Adibah’2022 7

Anda mungkin juga menyukai