Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara bagi Majlis Apresiasi 2021

NO ACARA TEKS CATATAN


1 Ucapan Yang Berbahagia (VIP)
Aluan Dato Hj Mohamed Rafi bin Hj Mokhtar
Pengerusi Yang DiPertua PIBG SMK Seri Desa
Majlis
Yang Berusaha
En Wan Muhammad Zaini Bin Wan Hasan
Pengetua SMK Seri Desa,

Yang Dihormati
Pn. Siti Zubaidah binti Kasim
Penolong Kanan Pentadbiran,

En Mazzam bin Abu Bakar


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Kamarudin Bin Thahir


Penolong Kanan Kokurikulum

En Hamsan bin Jamion


Penolong Kanan PPKI

Pn Jasimah binti Jali


Penolong Kanan Petang

AJK PIBG, guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru,


penerima anugerah dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
         
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan keizinanNya dapat sama-sama kita
berkumpul pada pagi dalam Majlis Apresiasi bagi meraikan
kejayaan murid-murid dalam peperiksaan bagi tahun 2021
khususnya peperiksaan SPM.

Even though after almost two years of struggling living in new


normal due to the pandemic Covid 19, our students had been
able to achieve amazing results which has made teachers and
families proud of their hard work.

So today, let us celebrate their hard work, learning in new


normal is not an excuse for them to succeed.
3 Bacaan Doa Buluh diasah jalinan disemat,
Gubahan diolah dibawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Agar majlis mendapat berkat.

Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,


marilah sama-sama kita menghayati dan mengaminkan doa
yang akan dibacakan oleh Ustaz Wan Samiyum bin Wan
Yusoff

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan


Ustaz Wan Samiyum
ke pentas bagi membacakan doa.
                                       

Amin, Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga kita semua mendapat


kerberkatan dari majlis yang akan berlangsung hari ini dan
segala ibadah kita diterima Allah. 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Wan


Samiyum atas bacaan doa itu tadi.

4. Nyanyian Hadirin sekalian,


Lagu Marilah sama-sama kita berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku.

Terima kasih diucapkan kepada hadirin atas nyanyian lagu


Negaraku sebentar tadi.

Hadirin dipersilakan duduk.

Ladies and gentlemen,


Let us all stand for the singing of the national anthem
Negaraku.

Thank you for the singing and you may take your seats.

5. Ucapan Hadirian yang dihormati sekalian,

Makan nasi di tepi bendang,


Bersambal tumis enak dimakan,
Datanglah tuan kami mengundang,
Tampil berbicara dengan pesanan.

Seterusnya, marilah kita dengarkan ucapan dari


Pengetua
En Wan Muhammad Zaini bin Wan Hassan, Pengetua SMK
Seri Desa bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengan
hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ucapan terima kasih kepada tuan


pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.
Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya
VIP mempersilakan
Dato Hj Mohamed Rafi bin Hj Mokhtar
Yang DiPertua PIBG SMK Seri Desa bagi menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi SMK Seri
Desa tahun 2021

Dengan sukacitanya majlis mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato Hj


Mohamed Rafi atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis
kita pada hari ini. Moga kita dapat mengambil iktibar dan
mendapat inspirasi dari ucapan beliau.

6. Penyampaian Hadirin sekalian,


cenderahati
perasmi Majlis seterusnya mempersilakan
tuan pengetua En Wan Zaini bin Wan Hassan diiringi oleh
penolong kanan pentadbiran Puan Siti Zubaidah binti Kassim
menyampaikan cenderahati kepada perasmi kita pada hari ini.

Dipersilakan YDP PIBG SMK Seri Desa Dato Hj Mohamed Rafi


bin Hj Mokhtar ke pentas untuk menerima cenderamata tanda
kenang kenangan dari SMK Seri Desa

7. Persembahan Hadirin yang dimuliakan,


multimedia
Majlis kita diteruskan pula dengan persembahan multimedia.
Marilah sama-sama kita menghayati persembahan multimedia
yang akan ditayangkan.

Ladies and gentlemen,

Now it is the time for us to watch a multimedia presentation.


Please pay attention and enjoy the presentation.

8. Penyampaian Hadirin yang dimuliakan sekalian,


Anugerah Sebelum kita teruskan ke aturcara seterusnya, izinkan saya
memetik kata-kata Imam As Syafie yang membawa maksud:
“Sesiapa yang tidak pernah mengecapi pahit getir menuntut
ilmu walaupun seketika, maka ia akan terjerumus ke dalam
kehinaan kejahilan seumur hidupnya.”

Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian anugerah


bagi murid-murid yang telah berusaha bersungguh sungguh
dan akhirnya berjaya mencipta kecemerlangan pada tahun
2021.

Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan En


Hamsan bin Jamion, Penolong Kanan Pendidikan Khas
mengiringi Puan Siti Zubaidah binti Kassim ke pentas bagi
menyampaikan anugerah.

Penyampaian anugerah dimulakan dengan murid-murid


penerima anugerah dari

Program Pendidikan Khas dan Integrasi

Peralihan

Tingkatan 1

Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Zubaidah atas


kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Meneruskan acara penyampaian anugerah, majlis menjemput


Tuan Pengetua, En Wan Muhammad Zaini bin Wan Hassan ke
pentas diringi oleh Penolong Kanan Petang, Puan Jasimah
binti Jali. Dipersilakan.

Dipersilakan ke pentas murid-murid dari

Tingkatan 2

Tingkatan 3

Tingkatan 4

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua


atas kesudian beliau menyampaikan anugerah.

Sekarang tibalah masa kita di kemuncak acara penyampaian


anugerah iaitu anugerah kecemerlangan SPM 2021.

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan tetamu jemputan kita
iaitu Yang dipertua PIBG, Dato Hj Mohamed Rafi bin Hj
Mokhtar ke pentas, diiringi oleh tuan pengetua SMK Seri Desa,
En Wan Muhammad Wan Zaini bin Wan Hassan ke pentas.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan penerima anugerah

Terbaik Mata Pelajaran SPM

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah


terbaik SPM 2021. Dipersilakan ke pentas

SPM 2021

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG


Dato’ Haji Mohamed Rafi atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah SPM


bagi tahun 2021.
9. Bersurai Dengan berakhirnya acara penyampaian anugerah, maka
selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua penerima anugerah. Besarlah
harapan kami agar majlis pada hari ini menjadi pembakar
semangat buat murid-murid lain.

It is hoped that SPM candidates 2022 will be inspired and


motivated to try their very best in the exams this year. Nothing
is impossible, with hard work and effort we can achieve
anything.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Mohon maaf daripada meja pengacara sekiranya ada terkasar


bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis
sebentar tadi. Sesungguhnya yang terbaik itu datangnya
daripada Allah s.w.t dan yang terkurang itu datangnya daripada
kami

Sebelum kami mengundurkan diri, majlis mempersilakan


tetamu jemputan dan pentadbir untuk menikmati jamuan yang
telah disediakan di Aula Bitara.

Bagi penerima anugerah dan guru-guru dipersilakan


mengambil makanan yang telah disediakan di……

Sekian, assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai