Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SK BENG 2022/2023

Agenda/Masa Teks Catatan

Ketibaan para Mengumumkan ketibaan Yg DI-dipertua


jemputan dan PIBG ,Pn.Guru Besar, barisan Guru
Pelajar Kanan dan barisan guru SK Beng.
8.30 pagi
(TUNGGU CIKGU-CIKGU SEMUA DUDUK)

Bismlillahirrahmanirrahim,

Yang dihormati, En. Mohamed Bohoirri


Bin Mohamed Izhar
Yg Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sk Beng,

Yang berusaha Puan Rodziana Binti


Ibrahim Guru Besar Sk Beng
Encik Mohd Mazlan Bin Jali
Guru Kanan Pentadbiran
Pn. Nurul Kamaliah Binti Abd Latif
Guru Kanan Hal Ehwal Murid
En. Mohd Zaki Bin Abd Hamid
Guru Kanan Kokurikulum,

Guru-guru, ibu bapa dan sterusnya yang


diraikan murid-murid yang dikasihi
sekalian

Assalamualaikum wbt dan salam


sejahtera

Kata-kata aluan Hadirin & Hadirat

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia dan keizinan Nya
dapat sama-sama kita berkumpul bagi 
menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang
peringkat sekolah Sk Beng bagi sesi
2022/2023.

Alhamdulillah, setelah beberapa tahun kita


mengalami fasa pendemik covid-19,
akhirnya pada hari ini, kita berjaya untuk
meraikan semula kecemerlangan dan
kejayaan akademik para murid .
Bacaan Doa
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz bismilah perkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,


marilah kita sama-sama mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh
Ustaz Faizul Azhar Bin Rameli

. Dipersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin, amin ya rabbal al amin. Majlis


mengucapkan terima kasih kepada Ustz
Faizul atas bacaan doa sebentar tadi.

Nyanyian lagu
Negaraku, Warga Dewan, majlis diteruskan lagi
Negeri Perak dengan nyanyian lagu negaraku, lagu
dan Lagu kebesaran negeri Perak dan lagu sekolah.
Sekolah
Para guru, ibu bapa dan murid diminta
berdiri.

(nyanyian lagu negaraku, negeri perak,


sekolah)

Para guru dan para murid dipersilakan


duduk.

Ucapan Guru
Besar Hadirin yang dihormati,

Terbang di awan burung Jentayu,


hinggap di mawar tumbuh melata,
Tampillah Puan kami merayu,
Bersama untaian Ucapan kata.

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya


menjemput Yang berusaha Puan
Rodziana Bt IBrahim, guru besar SK Beng
untuk menyampaikan ucapan aluan.
Majlis dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(ucapan Guru Besar)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Puan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan ucapan

Ucapan
perasmian Muslimin dan muslimat,

Yang ditunggu sudah tiba,


yang dinanti sudah bersedia,

Andai permata jadi hiasan,


Emas tetap jadi hantaran,
Kedatangan tuan memang dinantikan,
tampillah tuan ucapan perasmian.

Oleh itu, Majlis dengan penuh takzimnya


menjemput En. Mohamed Bohoirri Bin
Mohamed Izhar

Yg Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru


Sk Beng untuk menyampaikan ucapan
perasmian.

(YDP bagi ucapan)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih


kepada tuan atas kesudian
menyampaikan ucapan itu tadi.

Penyampaian
Hadiah Mata Warga dewan, sebagai pembuka acara
pelajaran & penyampaian hadiiah, majlis dengan
terbaik sukacitanya menjemput Guru Kanan
Keseluruhan Kokurikulum, En. Mohd ZAki B Abd Hamid
untuk mengiringi Guru Kanan HEM, Pn
Nurul Kamaliah Bt Abd Latif

Majlis mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada En Mohd


ZAki dan Pn Nurul Kamaliah atas
kesudian menyampaikan pencapaian
terbaik matapelajaran dan keselurahan itu
tadi.

Hadirin dan Hadirat,

Majlis akan berhenti rehat seketika, untuk


itu, jamuan telahpun disediakn kepada
semua yang hadir pada hari ini.
Persembahan
Hadirin, majlis diserikan lagi dengan
persembahan selingan daripada Murid
tahun 6.

(Terima kasih diucapkan atas


persembahan yang menarik itu tadi, Untuk
pengetahuan semua, persembahan itu
tadi di bawah bimbingan En Aidil B. Mat
Rani.

Penyampaian
Sijil khas Hadirin dan Hadirat,
kepimpinan
Acara pada pagi ini diteruskan lagi
dengan penyampaian sijil khas
kepimpinan murid. Untuk itu, majlis
menjemput Pn Guru besar, Pn Rodziana
Bt Ibrahim diiring En Mohd Mazlan B. Jali
Guru Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan sijil. DIpersilakan…

Dimulakan dengan barisan ketua dan


penolong ketua kelas,…

Terima kasih diucapkan kepada Pn Guru


besar dan Guru Kanan Pentadbiran atas
kesudian penyampaian itu tadi.

Penyampaian
anugerah dan Ibu bapa, guru2 dan murid,,
tokoh
Kini tibalah kemuncaknya, penyampaian
anugerah khas. Oleh itu, Majlis sekali lagi
menjemput Pn Guru Besar untuk
mengiring YDP PIBG En. Mohamed
Bohoirri B Mohamed Izhar untuk
menyampaikan hadiah. Majlis dengan
penuh takzimnya menjemput….

Dimulakan dengan sijil graduasi tamat


sekolah bagi murid tahun 6,..

(anugerah kehadiran terbaik)

Graduasi tahun 6

ANugerah Nilam)

Tokoh nilam

Tokoh Kokurikulum,

Tokoh Akademik.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih


kepada Ydp PIBG dan PN Guru besa atas
kesudian penyampaian hadiah dan sijil itu
tadi.

Penutup
Para tetemu yang dikasihi sekalian,

Dengan berakhirnya penyampaian


sebentar tadi, maka berakhirlah sudah
majlis kita pada hari ini. Diharapkan
dengan berlangsungnya majlis anugerah
kecemerlangan ini akan menjadi batu
loncatan dan pemangkin kepada para
pelajar untuk terus menjadi permata di SK

Dari Kedah ke pekan sari,

Membeli suasa di kota tinggi,

Selesai sudah tugas diberi,

Di lain hari bersua lagi.

Saya mewakili seluruh warga SK Beng


sentiasa mendoakan agar semua guru
dan murid-murid sentiasa berjaya dalam
bidang pendidikan.

Sekali lagi, saya mengucapkan jutaan


terima kasih kepada YDP PIBG dan ibu
bapa yang sudi hadir bagi memeriahkan
majlis kita hari ini

Semoga Majlis yang diadakan pada


pagi ini dapat memupuk ukhuwah
dan mengeratkan silaturrahim sesama kita
dan mendapat rahmat dari- Nya. Saya,
mewakili pihak jawatankuasa ingin
memohon maaf anda ada tersalah bicara
sepanjang saya mengendalikan majlis ini

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah,

wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai