Anda di halaman 1dari 4

Bi Perkara Isi catatan

l
1 Ketibaan Diumumkan…ketibaan Yang Berusaha Puan Hajah Roslina Bt Abdul Rani, Guru Besar Tunggu sehingga tetatamu sampai
SK Bidor diiringi oleh Yg Berusaha En Jefri B Mohd Noor, YDP PIBG serta barisan
Penolong Kanan SK BIdor. Semua diminta berdiri.
2. Nyanyian Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Tamat tiga lagu
3 Solutasi ucapan Terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

+ Yang berusaha Puan Hajah Roslina BT Abdul Rani


Guru Besar SK BIdor
Doa
Yang berusaha EN Jefri B Mohd Noor
YDP PIBG

En Kamarul Azaman B Kamarudin


PK Pentadbiran

Cik Masyitah Bt Abu Bakar


PK HEM

Pn Siti Zainon Bt Mohd Hanafiah


PK Kokurikulum

Guru-guru,

Staf – staf SKB serta

Murid-murid sekalian.

Sirih berlipat sirih dagang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul
pada hari yang indah ini demi menjayakan Sambutan Hari Guru 2019 peringkat
sekolah. Sesungguhnya sambutan pada tahun ini yang bertema Obor Hemah
Menyinari Pertiwi, memberi gambaran yang besar tentang peranan dan jasa guru
dalam mendidik.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dipersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Zaki B
Daud untuk membacakan doa. Dipersilakan.

4. Perutusan Pengarah Terima kasih Ustaz Mohd Zaki. Seterusnya dipersilakan En. ______________________
untuk membacakan perutusan daripada Pengarah Pendidikan Malaysia. Dipersilakan
5. Perutusan Menteri Terima kasih En._________________________________. Seterusnya dipersilakan En.
___________________________________ untuk membacakan perutusan daripada
YB Menteri Pendidikan Malaysia. Dipersilakan.
6. Ucapan wakil murid Terimaa kasih En. ____________________________. Seterusnya dipersilakan Az
Nurul Nadiah Bt Mohd Zamwari selaku Ketua Murid untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
7. Ucapan YDP Terima kasih Az Nurul Nadia atas ucapan tadi. Sekarang dipersilakan Yg Berusaha En
Jefri B Mohd Noor, YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
8. Ucapan GB Terima En Jefri B Mohd Noor atas ucapan tadi. Seterusnya tibalah ke acara kemuncak
hari ini. Dipersilakan Yang Berusaha Puan Hajah Roslina Bt Abdul Rani, Guru Besar SK
Bidor untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru SK
Bidor 2019. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
9 Persembahan guru Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan
dan perasmian sebentar tadi. Hadirin sekalian,                         

 Paluan gendang pembuka majlis,


                               Moden tradisional bersatu senada;
                          Acara perseembahan jadi perintis,
                               Barisan guru tersenyum bangga.

          Untuk itu, dijemput semua guru ..........tampil ke atas pentas bagi acara
persembahan. Dipersilakan

10 Hadiah Jutaan terima kasih kepada semua guru atas persembahan tadi. Seterusnya acara
penyampaian hadiah. Dipersilakan

penutup Andai berkayuh dah sampai ke seberang


Andai memanjat dah sampai ke pucuk
Andai mendaki dah sampai ke puncak
Setiap yang bermula pasti akan berakhir
Begitu juga dengan majlis kita pada hari ini

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi
Yang cacat yang keji tinggalkan buat kami.
Dagang singgah membeli kajang,
Tambat perahu di muara Deli.
Kalau ada umur yang panjang,
InsyaAllah, boleh kita berjumpa lagi.

Segala yang baik, yang indah dan yang sempurna  itu datangnya


daripada Allah SWT jua dan sama-samalah kita mensyukurinya dan segala
kekurangan dan kepincanganmajlis ini adalah kelemahan daripada pihak kami
dan kemaafan jua yang kami pinta.

Wabillahhitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullah


hiwabarakatuh dan terima kasih.”SELAMAT HARI GURU”

Anda mungkin juga menyukai