Anda di halaman 1dari 4

TEKS EMCEE MAJLIS HARI GURU 2022

Tarikh : 16 MEI 2022


Masa : 9.00 PAGI
Tempat : DEWAN AS-SALAM, SEKOLAH MAAHAD PONTIAN

PERKARA BUTIRAN CATATAN

Ketibaan Jemputan Pohon kerjasama semua pelajar untuk memberi laluan majlis sambutan hari guru akan
masuk ke dalam berlangsung sebentar lagi.
Terima kasih.
dewan
Para pelajar diingatkan untuk berdiri ketika perarakan masuk guru-guru ke dalma
Nyanyian Lagu dewan.

Mengumumkan ketibaan yang berusaha Ustaz Muhamad Nazri Bin Abdullah


(Penolong Kanan Pentadbiran), barisan petadbir, guru-guru dan staf masuk ke
dewan .

Hadirin diminta terus terdiri bagi menyanyikan lagu negaraku, diikuti  dengan
lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. 

Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi Lenggang bertapak seni memandang,


Dan Protokol Silat sendeng menyusun jari
Salam sembah selamat datang
Sudi tuan semua ke majlis kami.

Yang berusaha,
Ustaz Muhamad Nazri Bin Abdullah, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Pn Noraini Binti Mohd Tobi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Encik Suleiman Bin Hassan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum ,
Ust Yusof Zaki Bin Othman, Penolong Kanan Tingkatan 6,
Guru-guru Kanan Mata pelajaran,
Guru-guru,
Barisan staf Sekolah Maahad Pontian,
Tetamu-tetamu jemputan ( sebutkan nama bekas guru maahad yang telah bersara),
Serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Jajaran mengkudu di selang bidara,


Di celah angsana meredup di hutan;
Awal bismillah pembuka bicara,
Majlis orientasi kita raikan.

Aluan Assalamualaikum WBT. Kepada semua hadirin. Selamat Datang ke Majlis Sambutan
Hari Guru dan Hari Pekerja Bagi Tahun 2022.

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran, dipanjatkan ke hadrat Ilahi,kerana


pada pagi ini kita dapat bersama-sama berkumpul bagi meraikankan insan yang amat
kita sanjungi dalam majlis sambutan perayaan hari guru dan hari pekerja bagi tahun
2022. “GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA” itulah tema perayaan hari guru
pada tahun ini manakala tema bagi hari pekerja pula pada tahun ini adalah Pekerja
Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara'.. 
Bacaan doa Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh;

SAUDARA ___________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***Doa**

Amin, Amin Ya Rabbal `Alamin.

Terima kasih diucapkan kepada __________________atas bacaan doa itu tadi.


Ucapan wakil
pelajar Dapat banyak BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat
banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? Tanda
guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat UCAPAN  tanda guru
sentiasa di ingatan.
Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan saudara ______________wakil
Jawatankuasa Perwakilan Pelajr (JPP) untuk menyampaikan ucapan wakil murid.
Majlis dengan ini, mempersilakan.

**ucapan**

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada saudara


_________________________ atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.

Ucapan Penolong Pakai baju warna biru


Kanan Hal Ehwal Ke sekolah hingga pukul satu
Murid (PK HEM) - Murid sentiasa hormatkan guru
Perutusan Ketua Kerana guru pembekal ilmu
Pengarah Pendidikan
Seterusnya, majlis menjemput pula, Pn Noraini Binti Mohd Tobi bagi
Malaysia (KPPM)
membacakan perutusan YBHG. DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Majlis dengan ini mempersilakan.

** Teks Perutusan **

Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn Noraini Binti Mohd Tobi atas
pembacaan perutusan itu tadi.
Ucapan Perasmi
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Bunga melur di hujung dahan,


Penghias seri di waktu malam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Lafaz ucapan pembuka kalam.

Majlis seterusnya mempersilakan

Yang berusaha Ustaz Muhamad Nazri Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran
bagi membacakan Perutusan Menteri Kanan Pendidikan, YB DATUK DR. MOHD
RADZI MD JIDIN seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari
Pekerja bagi tahun 2022 Peringkat Sekolah Maahad Pontian. Majlis dengan ini
mempersilakan.

** ucapan Ustaz nazri & pembacaan perutusan**

Majlis mengucapkan terima kasih di atas pembacaan perutusan Menteri


Kanan Pendidikan dan seterusnya ucapan perasmian yang disampaikan
oleh Ustaz Muhamad Nazri Bin Abdullah itu tadi.

Montaj
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah menyebabkan kita mengenal huruf
dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan
seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita
peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan
lelah.

Seterusnya, kita teruskan lagi majlis ini dengan menyaksikan tayangan


montaj yang disediakan oleh ajk majlis. Majlis mempersembahkan.
Bacaan Ikrar Guru,
Guru,
Nyanyian Lagu Tema
Engkau bak mentari menyinari siang,
dan Nyanyian Lagu
Engkau bak bulan menerangi malam,
Hari guru
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!
Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,
Engkau insan gemilang.

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan semua barisan guru


untuk sesi bacaan ikrar, nyanyian lagu tema dan nyanyian lagu hari
guru. Majlis mempersilakan.
Upacara Memotong
Seterusnya, majlis mempersilakan Ustaz Muhamad Nazri Bin
Kek
Abdullah untuk sesi memotong kek sempena Majlis sambutan Hari
guru dan hari Pekerja. Dipersilakan.

Persembahan Dari Kedah ke kuala perlis


Singgah bersantai di tepi jeti,
Pelajar Persembahan pelajar memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Seterusnya, majlis menjemput _____________________ untuk


mempersembahkan ______________________.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan itu tadi.


Persembahan itu tadi adalah idea _______________________
Terima kasih diucapkan.

Sesi penyampaian Terbang sekawan burung merpati,


hadiah sesi Hinggap seekor di tengah laman,
Hadiah diberi seikhlas hati,
Sebagai tanda kenang-kenangan.
Guru…
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara yang ditunggu-tunggu


iaitu sesi penyampaian cenderahati kepada guru dan staf.

Dengan ini majlis mempersilakan Pn Noraini Binti Mohd Tobi mengiringi


Ustaz Muhamad Nazri Bin Abdullah , Pen Kanan Pentadbiran untuk
menyampaikan hadiah. Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderakenangan sempena hari


guru dan pekerja. Dipersilakan

**** rujuk list nama***

Seterusnya dijemput Pn noraini binti mohd tobi menyampaikan


cenderahati kepada Ustaz Muhamad Nazri Bin Abdullah, Dipersilakan.
Majlis megucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian kenang-
kenangan itu tadi.

Penutup Dengan berakhirnya, sesi penyerahan cenderahati itu tadi, maka tamatlah sudah
Majlis Sambutan Hari guru dan hari pekerja bagi tahun 2022.

Sekuntum terima kasih kami berikan,


Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih cikgu yang telah memberi kami sebuah pelajaran kehidupan yang
bererti untuk hari depan
Terima kasih cikgu yang telah membantu kami memahami sebuah realiti
kehidupan.
Terima kasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu penerang hidup
dalam kegelapan
Terima kasih cikgu yang selalu menerima kami dengan lapang dada
Terima kasih cikgu yang tak kenal lelah membimbing kami menjadi manusia-
manusia tangguh
Terima kasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang telah cikgu berikan

Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Allah dengan tubuh badan
yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik
kami agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-
sungguh, seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN “TERIMA KASIH CIKGU”


KEPADA BARISAN GURU YANG KITA 
SEMUA SAYANGI INI.

Bunga dedap di atas para,


Di dalam dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Bagi pihak AJK majlis, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada hadirin
yang sudi hadir dalam majlis ini.

TERIMA KASH DAUN KELADI


PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI  SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI

SEKIAN. SALAM SEJAHTERA

WABILLAHI TAUFIK
WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT…
Guru-guru dan staf dijemput untuk sesi fotografi dan kemudian jamuan makan
di bilik VIP. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai