Anda di halaman 1dari 4

BIL SKRIP CATATAN

Assalammualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam muafakat


1. Kata aluan Johor dan salam Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
pengacara
majlis Ceria wajah terserlah manis,
          Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
          Sematkan gagah di dalam jiwa

Yang Berusaha En. Azizul Azihan Bin Mahmud , Guru


Besar SK Ladang mutiara.

Yang Berusaha:
Pn Kastuna Binti Md Tompang, Guru Penolong Kanan
pentadbiran ,
En Zolnorhisham Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal
Murid,
En.Mohd Effendy Bin Ahmad, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,

Ahli jawatankuasa penyelaras Majlis Pelancaran Bulan


Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara.

Para guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,

Majlis mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Majlis


Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan
Ladang Mutiara. Marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke
hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita
bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

Para guru dan murid yang dihormati,

Sambutan kemerdekaan pada kali ini diadakan sebagai tanda semua


guru dan anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring
memegang iltizam menjadi warganegara yang patriotik. Dengan
tema, ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama.’

Secara rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan sambutan


kemerdekaan ke-65  sekaligus menjadi lambang kesepaduan rakyat
berbilang bangsa yang hidup dalam keadaan harmoni dan
muhibbah. Semuanya berada di bawah satu lembayung kepimpinan
tanpa mengira bangsa dan agama untuk mengecapi pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran secara berterusan.

2. Ucapan Para hadirin yang dikasihi,


penyelaras
Majlis dimulakan dengan menjemput cik karthini selaku
penyelaras bulan kemerdekaan, untuk menyampaikan ucapan dan
perincian berkaitan aktiviti disepanjang bulan kemerdekaan kali
ini.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.


_________________________________________

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada cik karthini di


atas ucapan dan penerangan itu tadi.

Ucapan Guru
besar Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi; 
Aduhai pahlawan kesateria pertiwi;
Hulurkan madah kata perasmi.

Para guru dan murid sekalian…

Bagi meneruskan majlis kita pada pagi ini,


dengan sukacitanya dijemput Yang
Berusaha, Encik Azizul Azihan Bin Mahmud, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara
untuk menyampaikan bingkisan kata dan
seterusnya merasmikan majlis Pelancaran
Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Kebangsaan Ladang mutiara bagi tahun 2022.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

_________________________________________

Begitulah tadi ucapan perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan


Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara . Terima kasih diucapkan
sekali lagi kepada Tuan Guru Besar atas kesudian merasmikan
majlis.
Gimik pelancaran Meneruskan kelangsungan acara, sama-sama kita saksikan dan
berikan tumpuan kepada gimik pelancaran Bulan Kemerdekaan SK
Ladang Mutiara.
Dijemput sekali lagi Guru besar En Azizul Azihan diiringi barisan
pentadbir untuk menyempurnakan Gimik Pelancaran.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

____________________________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih


kepada Encik Azizul Azihan diatas pelancaran gimik itu tadi.

Nyayian Tema Bagi memenuhi agenda majlis, satu penghayatan bersama...


kemerdekaan
dan jalur Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu
gemilangan Tema keluarga Malaysia Teguh Bersama dan Lagu Jalur
Gemilang.Di harap guru-guru dan muid-murid dapat mengibarkan
bendera semasa menyanyikan lagu.

Diminta semua bersiap sedia…..

Terima kasih atas nyayian sebentar tadi. Semua guru dan murid di
jemput duduk.

___________________________________________________

Dengan nyayian itu tadi, maka berakhirlah majlis pelancaran kita


pada pagi ini.

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam


pertandingan -pertandingan yang dianjurkan  bersempena
Bulan kemerdekaan sepanjang tempoh ini berjalan lancar.
Segala kekurangan salah silap dari saya sebagai pengacara majlis
pada pagi ini saya menyusun sepuluh jari mohon maaf diatas
kekurangan sekiranya ada. Di akhiri dengan, wabilahitaufiq
walhidayah wassalamualaikum warahmatullahhiwabarokatu..

Anda mungkin juga menyukai