Anda di halaman 1dari 4

Bil Tentatif Teks

7.30 pagi Semua murid berkumpul di tapak perhimpunan Guru Kelas mengambil kedatangan
dan murid masuk ke dalam dewan.

7.45 pagi Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera.


Bacaan Doa Yang berusaha, Puan Fatimah Bt Ab Kadir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Padang Lebar,
Barisan Penolong Kanan,
Puan Ruzimah bt Zainal, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Maznah bt Ibrahim, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
Encik Rosli b Shamsudin, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Rakan-rakan guru seterusnya
Yang diraikan, anak-anak yang baik lagi cerdik SK Pdg Lebar sekalian..
Hari ini menanam jagung,
Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak penuh ceria
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat
Allah Al-‘Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita
dipertemukan lagi pada pagi ini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput adik Mohd
Mustaqeem bin Mohd Razali untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.......
Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada adik Mustaqeem
atas bacaan doa sebentar tadi.

7.50 pagi Bagi meneruskan majlis, eloklah kiranya kita mendengar ucapan pembukaan
sambutan kita pada hari ini oleh Yang Berusaha puan Guru Besar,SK Pdg Lebar Puan
Ucapan Fatimah Ab Kadir. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Perasmian Hari
Kanak – Kanak
Buah Longan beli sekati,
Buat makan di atas jambatan,
Pesanmu Cikgu kami ingati,
Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah atas ucapan sebentar tadi. Semoga kita
semua, terutamanya anak-anak murid yang baik lagi cerdik dapat mengambil
pedoman dan iktibar drpd apa yang telah disampaikan.
Sketsa ‘Si Tanggang Anak Derhaka’
Warga dewan sekalian, kita singkap tirai sambutan majlis kita pada hari ini dengan
menyaksikan sketsa oleh anak-anak cilik berbakat yang bertajuk ‘Si Tanggang Anak
Derhaka. Dipersilakan.

Wahh sungguh berbakat anak-anak murid kita ya. Jika diasah lagi bakat itu, mungkin
boleh menang Anugerah Pelakon Terbaik akan datang tu. Tahniah dan terima kasih
atas persembahan yang disampaikan.

Warga dewan, anak2 murid yang diraikan, kita teruskan majlis dengan penyampaian
sijil serta lencana anugerah terbaik mengikut kelas. Untuk tujuan ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan
Encik Rosli bin Shamsudin, GPK Kokurikulum untuk membuka tirai penyampaian
sijil. Kita mulakan dengan
 Penyampaian Sijil Pengaw
 as Sekolah bagi tahun 2019
Terima kasih diucapkan kepada Encik Rosli di atas penyampaian sebentar tadi. Majlis
seterusnya menjemput Puan Maznah bt Ibrahim , GPK Hal Ehwal Murid SKPL untuk
penyampaian sijil seterusnya, iaitu
 Penyampian Sijil Pengawas Pusat Sumber sesi 2019
Terima kasih Puan Maznah atas penyampaian sebentar tadi. Seterusnya dijemput Puan
Ruzimah bt Zainal , GPK Pentadbiran untuk menyampaikan
 Peyampaian Sijil Ketua serta Penolong Kelas bagi sesi 2019

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ruzimah.. Seterusnya majlis menjemput Puan
Fatimah Ab Kadir, Guru Besar SKPL untuk meneruskan majis dengan
 Penyampaian Badge Anugerah Terbaik Sahsiah, Kurikulum dan Ko
Kurikulum kepada pelajar terpilih mengikut kelas .
Terima kasih Puan Guru Besar atas penyampaian sebentar tadi. Semoga anugerah
yang disampaikan,, lencana yang disematkan dapat menjadi penyuntik semangat
kepada anak-anak pelajar yang lain juga untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam
ketiga-tiga bidang sahsiah, kurikulum dan kokurikulum. InsyaAllah, sama-sama kita
doakan.
Kita teruskan majlis dengan acara seterusnya iaitu pertandingan pakaian beragam oleh
adik-adik comel bergaya kita pada hari ini. Dari awal majlis saya perhatikan, cantik-
cantik kostum masing-masing. Mungkin sudah tidak sabar untuk menonjolkan bakal
model terpendam ya. Untuk itu, para hakim bolehlah mengambil tempat untuk sesi
pemarkahan. Sama-sama kita saksikan.
Pertandingan Pakaian Beragam
Demikianlah tadi berakhirnya pertandingan peragaan pakaian beragam oleh adik-adik
cilik kita. Macam mana? Cantik-cantik tak semuanya? Handsome-handsome tak
semuanya? Siapa rasa, aaahh saya yang akan menang ni” cuba angkat tangan anda?
Haha baiklah, kalau nak tahu siapa yang menang, jom kita saksikan dahulu
persembahan boria ABCD oleh adik-adik murid SKPL. Dipersilakan.

Selesai Boria ABCD

Demikianlah tadi berakhirnya persembahan yang cukup menarik sebentar tadi. Best
tak semua? Baiklah pastinya semua tak sabar-sabar nak tau keputusan pertandingan
pakaian beragam tadi kan? Untuk tujuan ini, majlis menjemput Penolong Kanan HEM
Puan Maznah bt Ibrahim bagi mengiringi Guru Besar Puan Fatimah Ab Kadir untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Siapa agaknya yang menang ye? Siapa
yang awak semua rasa akan menang? (baca senarai pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah dan Puan Maznah atas penyampaian
hadiah sebentar tadi. Tahniah kepada semua pemenang, nanti kita buat sesi bergambar
ye. Baiklah untuk makluman semua, kita ada lagi satu acara sebelum majlis akan
berhenti untuk rehat, iaitu acara Giant Bubble. Kita akan lepaskan pelajar untuk
bermain Giant Bubble ini kelas demi kelas, jadi jika awak nak main, sila duduk
dengan teratur dan senyap. Selesai acara Giant Bubble nanti kita akan berehat dan
selepas rehat. Akan ada sesi atau program bersama pihak Marry Brown. Jadi para
pelajar diingatkan untuk menjaga disiplin dan kelakuan sepanjang program bersama
pihak Marry Brown. Sama-sama kita jaga nama baik sekolah.

 Penyampaian hadiah Pertandingan Pakaian Beragam


 Bubble Giant
 Rehat

 Bersama Marry Brown

Anda mungkin juga menyukai