Anda di halaman 1dari 3

Salutasi Yang 

berusaha, Puan Rosidah binti Basri, Guru Penolong Kanan Petang,


Barisan rakan – rakan guru seterusnya
Yang dikasihi, murid-murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke


hadrat Allah Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita
dipertemukan lagi pada pagi ini.

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini, marilah kita bersama-sama


menadah tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis
menjemput Ustaz Amin bin Sidek untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.......      
               

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Amin
atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Puan Rosidah


binti Basri, Guru Penolong Kanan Petang, SK Bukit Lintang untuk
menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala hormatnya, dipersilakan,

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Puan Rosidah binti Basri,
Semoga kita dapat mengambil iktibar. Diminta Puan Guru Penolong Kanan
Petang untuk kekal berdiri diiringi oleh
untuk upacara pemotongan kek sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak
Peringkat SK Bukit Lintang bagi Tahun 2022.

(SIAP POTONG KEK) –

Murid-murid sila berikan tepukan yang gemuruh!

Sekarang tiba masanya untuk pemberian Cenderamata kepada semua murid


sebagai penghargaan Sambutan Hari Kanak-Kanak.

Kini, tiba masa yang dinantikan, Selamat datang ke Pertandingan Pakaian


Beragam Murid Tahap 1 Sempena Hari Kanak-Kanak. Untuk Pengetahuan
hadirin, pertandingan pakaian beragam ini adalah Berdasarkan tema Disney/
Marvel / Karakter Movie.
Dari  Kedah ke Kuala Perlis, 
Singgah  bersantai ditepi jeti,
Pakaian beragam memeriahkan majlis, 
Semoga  hadirin  terhibur hati

Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan peserta pertama untuk


membuka tirai pertandingan. Dipersilakan,

Menarik Sungguh Pertunjukkan Pakaian Beragam Tadi. Sekarang, kita


teruskan program kita dengan slot TALENTIME! YOUR TIME TO SHINE!

Mendahului pertandingan,

Sungguh berbakat rupanya murid-murid SK Bukit Lintang. Diharapkan pada


tahun hadapan, semakin banyak bakat yang boleh ditonjolkan.

Dipersilakan Tuan Guru Besar, Encik Roslan bin Bongsu @ Baba diiringi Puan
Masita binti Ali, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
hadiah kepada pemenang.

Bagi Pertandingan PAKAIAN BERAGAM,

Tahniah Kepada para pemenang.

Seterusnya bagi pertandingan TALENTIME,

Seterusnya, kita sudah tiba di kemuncak majlis iaitu Penyampaian Anugerah


Tokoh Murid Tahun 2022. Anugerah Tokoh Murid diberikan kepada murid
yang menunjukkan keperibadian dan ketrampilan yang cemerlang.

Untuk Tahun 1, Anugerah Tokoh Murid, jatuh kepada NUR AFIQA SOFEA
BINTI SALLEHdari kelas 1 ZAMRUD. Dipersilakan

Untuk Tahun 2 pula, Anugerah Tokoh Murid jatuh kepada NUR ALYA
BATRISYIA BINTI FAIZUL dari kelas 2 ZAMRUD. Dipersilakan
Manakala untuk Anugerah Tokoh Murid Tahun 3 pula jatuh kepada MALEEHA
BINTI MOHD ZAMANI DARI KELAS 3 BERLIAN

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Guru Pentadbiran Kanan Petang @


Baba bersama Puan Masita binti Ali atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Tahniah kepada semua penerima. Diharapkan dengan penerimaan Anugerah


ini dapat menjadi pemangkin kepada semua rakan-rakan Fabolous Sebintang.

Dengan Berakhirnya Penyampaian Hadiah tadi, maka berakhirlah majlis kita


pada harini. Tahniah kepada semua pemenang dan Selamat Hari Kanak-Kanak
kepada semua rakan-rakan.

Majlis Bersurai

Anda mungkin juga menyukai