Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA HARI KANAK-

KANAK SKB 2022


Bismillahirrahmanirrahim…

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama
peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan hari kanak-kanak dengan penuh ceria.

Ke pekan Kuala membeli


bingka, Sayang pesanan
terlupa sudah, Majlis
bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang
indah.

Sebagai pembuka acara, semua diminta berdiri untuk sama-


sama menyanyikan lagu
 Negaraku,lagu Negeri Pahang dan lagu Sekolah.

Terima kasih diucapkan kerana telah bersama-sama menyanyikan lagu


itu sebentar tadi.

Semua dijemput duduk.

Yang berusaha
Encik Mohamad Shaifollah bin Soid
( Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKB)
Yang Berusaha
Puan Dahliah Binti Mat
(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKB)
Yang Berusaha
Puan Ku Haniza Binti Ku Osman
(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum SKB)
Yang Di-Hormati
Panel-panel Hakim Jemputan
Puan Wan Azmira Bt Wan Abdul Jamal
Puan Zaiton Bt Abd Aziz
Puan Razlien Bt Razali
Rakan-rakan guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Lebat kemiri pohonnya


rendah,
Dahan terikat tali
perkasa,
sepuluh jari kami
menadah,
Mohon berkat yang Maha esa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini,


Majlis mempersilakan al fadhil Ust Hassan Basri Bin Mohd Rudin
untuk memimpin bacaan doa.

amin amin yarobbal alamin.

Terima kasih diucapkan kepada al fadhil Ust Hassan Basri Bin Mohd
Rudin atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Seterusnya,
Majlis berbesar hati menjemput adik NUR BATRISYIA BT MOHD
SAIPUNIZAN untuk menyampaikan ucapan wakil murid.
Dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada Adik NUR BATRISYIA di atas


ucapannya sebentar tadi..
Daun semulur di pekan
sari, Batang jemari
rebah ke bumi, Madah
dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya
kami.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Mohamad


Shaifollah bin Soid (Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKB)
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Kanak-
Kanak SK Brinchang bagi tahun 2022. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohamad Shaifollah bin


Soid atas kesudian memberi ucapan dan merasmikan Hari Kanak-
Kanak bagi tahun 2022 ini.

Kalau Tuan pikat


kenari , jangan
patahkan batang
jerami,
Kepada kami
mandatdiberi,
Rasmilah sudah hari kanak kanak pagi ini.

warga dewan sekalian,


Sekarang tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu persembahan
daripada murid-murid SK Bricnhang.

Untuk makluman semua, kita akan mulakan acara kita dengan


pertadingan pakaian beragam bertema mengikut kelas masing-masing
dan diikuti dengan pertandingan nyanyian solo.

Sebelum meneruskan acara kita pada pagi ini, dijemput kepada panel
hakim jemputan untuk mengambil tempat.

Untuk makluman panel hakim,

Anda mungkin juga menyukai