Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGERUSI MAJLIS MESYUARAT PIBG SMKPZ 2022

Tarikh : 23 Julai 2022


Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat II SMKPZ

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat
kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi….

Bismillahirrohmanirrahim…Assalamualaikum
Ucapan w.b.t, salam sejahtera dan salam SMK Pendeta
Alu-aluan Za’ba bersama mencipta masa depan hebat.

Melayang serindit di atas permatang,


Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Pengetua Cemerlang SMK


Pendeta Za’ba
Tn Hj Mohd Adnan Bin Saffii

Yang Berusaha En.Abd Rahman Bin Wasis


Yang Dipertua PIBG SMK Pendeta Za’ba Sesi
2021/2022

Barisan Guru Penolong Kanan, Ketua-ketua


bidang

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG


Rakan-rakan guru,

Seterusnya hadirin hadirat yang dihormati


sekalian.

Selamat datang ke :
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pendeta Za’ba Kali
ke-27 bagi tahun sesi 2022/2023

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Pendeta


Za’ba, turut sama merakamkan ucapan terima
kasih yang tidak terhingga kepada hadirin dan
hadirat sekalian kerana sudi meluangkan masa
bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan dengan penuh ketakwaan
untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Al Fadhil Ustaz Nor Shahrulazemi bin
Mohammad. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
.......................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al
Fadhil Ustaz Nor Shahrulazemi bin Mohammad
atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak
adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah
keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu
bapa dan guru adalah tunjang pemangkin
kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah
institusi pendidikan dalam usaha menjana modal
insan yang berdaya saing dalam melayari
bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang


dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting
dalam usaha melahirkan murid yang
berketerampilan bukan sahaja dalam bidang
akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri
yang cemerlang.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan
YDP PIBG & Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Pengetua Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
SMKPZ Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang
berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah


sekalian

Majlis seterusnya menjemput dan


mempersilakan Yang Tn Hj Mohd Adnan Bin
Saffii, Pengetua Cemerlang SMK Pendeta Za’ba
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

……………
Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua ,
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.

********
Ucapan YDP Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat
PIBG En Abd dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang
Rahman Bin Dipertua PIBG SMK Pendeta Za’ba , En Abd
Wasis Rahman Bin Wasis. Majlis dengan penuh takzim,
mempersilakan

………………….

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan ucapan terima kasih kepada En Abd
Rahman Bin Wasis atas ucapan itu tadi. Semoga
segala amanat dan ucapan yang disampaikan itu
tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan
bersama
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj
yang telah disediakan oleh En.Abdul Karim B.
Mohamed, Pn. Dura Akhtar & Pn Nor Filzah

Begitulah tadi tayangan montaj menceritakan


serba sedikit tentang SMK Pendeta Za’ba
beserta sebahagian aktiviti yang telah dijalankan
sepanjang tahun 2021/2022. Semoga tahun
2022/2023 melakarkan kenangan yang lebih
hebat dan bermakna buat SMK Pendeta Za’ba.
Majlis Majlis dimeriahkan lagi dengan upacara
Penyampaian penyampaian Sijil Penghargaan & cenderamata
Cenderamata kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
Untuk itu, majlis menjemput En Ismail Bin Osman
,Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pendeta
Za’ba, dengan diiringi Pn Faizah Bt Hamil,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SMK Pendeta
Za’ba untuk menyampaikan penghargaan
tersebut.

***Baca senarai nama AJK PIBG (Baca Jawatan)

***Nama kak shura baca sekali je(tapi 2 jawatan)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


diatas kesudian En. Ismail Bin Osman
menyampaikan sijil penghargaan itu tadi……

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Penutup Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dengan berakhirnya penyampaian sijil


penghargaan itu tadi, maka selesailah sudah
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK
Pendeta Za’ba, kali ke-27 bagi tahun 2021/2022
Dari mana asalnya, usah diusul
Molek budinya menambat hati
Dua tiga bicara salah tersasul
Jangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan SMK Pendeta


Za’ba merakamkan penghargaan terima kasih
kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang
hadir pada hari ini.

Saya akhiri majlis pada hari ini dengan ucapan


Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh…..

Seterusnya, kami serahkan kepada En Abd


Rahman Bin Wasis untuk meneruskan agenda
Mesyuarat Agung PIBG SMK Pendeta Za’ba, kali
ke-27 bagi sesi 2022/2023

Anda mungkin juga menyukai