Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS HARI PELAPORAN

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) PERTENGAHAN


SESI AKADEMIK 2022/ 2023”

Tarikh                    : KHAMIS 29 SEPTEMBER 2022


Masa                     : 10.30 PAGI
Tempat                  : DEWAN SERI GEMILANG DAN KAWASAN SEKOLAH

PERKARA BUTIRAN CATATAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,


Ketibaan

Waris Dijemput semua waris mengambil tempat kerana majlis kita

8.30 Pagi akan bermula sebentar lagi.

*******
Biji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseri

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam

sejahtera, salam Pulau Pinang peneraju transformasi

pendidikan negara dan Salam Sukamaju SK Permatang Tok

Mahat.

1
Ucapan Hadirin yang dimuliakan,

Alu-aluan
Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Pn Roslinda binti Mohd Khalib

Guru Besar SK Permatang Tok Mahat

Yang Berusaha Pn Janisha bt Mohd Dar

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKPTM

Yang Berusaha En Alias b. Din

Guru Penolong Kanan HEM SKPTM

Yang Berusaha Pn Syarifah Rosmaria bt Syed Bakri

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SKPTM

Yang Berusaha Pn Wan Maizatul Hana bt Wan Mahmud

Guru Penolong Kanan Pend Khas dan Integrasi SKPTM

2
Barisan guru dan kakitangan SK Permatang Tok Mahat

Seterusnya..

Waris -waris SKPTM yang dirahmati Allah sekalian..

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu syukur ke hadrat ilahi kerana

dengan limpah izin dan kurniaNya maka kita dapat

bersama-sama berhimpun pada pagi ini di dalam dewan yang

serba indah ini demi menjayakan program pada pagi ini iaitu

“HARI PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK

DARJAH (PBD) PERTENGAHAN SESI AKADEMIK


2022/ 2023”

Sasaya selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, ingin sama

merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh

hadirin warga dewan kerana telah sudi meluangkan masa

bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan

pada hari ini.

Bacaan Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian…

doa.
Bagi memulakan dan memuliakan majlis kita pada hari ini,

3
marilah kita Bersama -sama menadah tangan bermunajat,

memohon keberkatan kepada Allah SWT agar segala

urusan kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada

ilahi..

Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan 

Al Fadhil Ustaz Mohd Hazaini b. Zainuddin untuk memimpin

bacaan doa.

Dengan segala hormatnya dipersilakan…

*******************************************

(Bacaan doa.)

Amin..amin..ya rabbal alamin..

Terima kasih diucapkan kepada ust mohd Hazaini b.

Zainuddin atas kesudian beliau memimpin bacaan doa

sebentar td..

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Ucapan GB

Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Pn Roslinda

4
binti Khalib, Guru Besar SK Permatang Tok Mahat untuk

menyampaikan ucapannya. Dipersilakan

*********************************************

(ucapan GB)

Begitulah berakhirnya ucapan yang begitu padat

berinformasi buat renungan dan panduan semua warga

dewan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru

Besar atas kesudian  beliau menyampaikan ucapan sebentar

itu tadi
Penyerahan Agenda seterusnya pada pagi ini, adalah sesi dialog ibu
Slip d kelas
bapa dan penjaga bersama para guru didalam kelas. Dalam

sesi ini, tuan-tuan akan menerima slip PBD pertengahan

tahun anak2 tuan -tuan dan puan -puan. . Disamping itu,

tuan-tuan dan puan-puan boleh bertanya tentang prestasi

anak tuan-tuan kepada guru yang mengajar anak tuan-tuan.

Sebarang cadangan dan pandangan para waris penjaga amat

dialu-alukan untuk kebaikan bersama, malahan juga tidak

lain tidak bukan bermotifkan strategi peningkatan

pencapaian anak-anak

Penutup

Se sebelum tuan-tuan ke kelas anak2 tuan puan , Saya selaku

wakil pihak majlis dengan takzimnya menyusun sepuluh jari

memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang

5
khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan

pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu

datangnya daripada Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya

daripada kelemahan diri saya sendiri.

        Buah selasih buah kelubi

        Di dalam dulang hidangan pagi

        Terima kasih daun keladi

Jika diundang datanglah lagi.

      Sekian, Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai