Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM KOLABORATIF BAHASA MELAYU SPM 2021


17 JULAI 2021
11.00 PAGI
APLIKASI GOOGLE MEET

ACARA ISI CATATAN


Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis akan bermula sebentar lagi.
Bagi melancarkan perjalanan majlis, para hadirin diminta
untuk menutup ruang audio kepada mod senyap.
Kerjasama daripada para hadirin amat dihargai. Terima
kasih.
Acara 1
(Ucapan Emcee) Bismillahhirrahmanirrahim…
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

YANG BERBAHAGIA
ENCIK MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN

YANG BERBAHAGIA
PN HJH NORESAH BT SHAMSUDIN
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
SEKTOR PEMBELAJARAN
PPD SEREMBAN

YANG BERUSAHA
TUAN MAD PAZIR BIN MD AHAIR
PENGETUA SMK SEREMBAN 3

YANG DIHORMATI
ENCIK HAZIMIN BIN MOHD NOOR
YANG DIPERTUA PIBG
SMK SEREMBAN 3

YANG DIHORMATI
ENCIK PACAPPAN A/L RAJAGOPAL
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
YANG DIHORMATI
ENCIK MOHAMAD RADZI BIN MD ZAIN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

YANG DIHORMATI
PN ZALINAH BT IBRAHIM
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

YANG DIHORMATI
PEGAWAI SIC+ PPD SEREMBAN, BARISAN GURU
KANAN MATAPELAJARAN, GURU-GURU, PARA
IBU BAPA SERTA PARA PELAJAR SEKALIAN

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah


kurnianya dapat kita bersama-sama menjayakan majlis
Penutupan Program Perkampungan Ilmu Siri 1 SMK
Seremban 3. Program ini berjaya diadakan selama 3 hari
berturut-turut iaitu pada 9 sept hingga 11 september 2021.
Program ini melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan
5 bagi menengah atas dan tingkatan 3 bagi menengah
rendah. Diharapkan semoga program ini dapat membantu
pelajar SMK Seremban 3 meningkatkan mutu
pembelajaran dan teknik menjawab yang betul bagi
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan PT3 dan
SPM 2021.

Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Memohon berkat Yang maha Esa.

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini,


dijemput AL fadil ustaz Zaid Awis untuk memimpin
bacaan doa, dengan segala hormatnya dipersilakan.

******* BACAAN DOA *******Amin amin ya rabbal


alamin.

Terima kasih diucapkan kepada Al- Fadil Ustaz Zaid Awis


atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Tayangan
Hadirin sekalian, marilah kita sama-sama menyaksikan
PERSEMBAHA
N MULTIMEDIA Persembahan Multimedia yang telah disediakan oleh
Jawatankuasa ICT & Teknikal. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada jawatankuasa ict


dan teknikal atas persembahan multimedia sebentar tadi.
Ucapan pengetua Hadirin sekalian
Meneruskan acara pada hari ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Tuan Mad Pazir bin Md Ahair, Pengetua
SMK Seremban 3 untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


memberikan ucapan sebentar tadi.
Ucapan Pn Seterusnya, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Noresah
Yang berbahagia Puan Hajah Noresah binti Haji
Shamsuddin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pembelajaran, PPD Seremban untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan.
***ucapan

. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian


memberikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan jpn Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan;
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Seterusnya majlis dengan hormatnya menjemput dan


mempersilakan yang berbahagia

ENCIK MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK


TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN.

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan Terima Kasih atas kesudian


tuan menyampaikan ucapan sebentar tadi.

BERSURAI Hadirin yang dihormati sekalian,


Dengan berakhirnya ucapan tadi, maka selesailah sudah
majlis kita pada hari ini.

Sekali lagi majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas


segala kerjasama yang diberikan secara langsung mahupun
tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..
Sebelum bersurai, diminta kepada semua hadirin untuk
membuka kamera masing-masing untuk merakamkan
gambar sebagai tanda kenang-kenangan bagi tujuan
dokumentsi.

dipersilakan

Nota kaki:

Pengumuman: Guru-guru dan para pelajar boleh mengisi kehadiran dengan menekan link di ruangan
chat.. terima kasih

Majlis mengalu-alukan kehadiran

Anda mungkin juga menyukai