Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK SEKOLAH

DAN MAJLIS BAI’AH AL FALAH PT3 DAN SPM TAHUN 2020

PENDAHULUAN

Setiap tahun pihak sekolah akan merancang pelbagai program dan aktiviti
kecemerlangan bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 bagi meningkatkan
kecemerlangan dalam PT3 dan SPM. Kerjasama dan sokongan dari semua pihak
terutamanya ibu bapa adalah penting dalam mencapai hasrat kecemerlangan dan
kejayaan calon-calon PT3 dan SPM bagi tahun ini. Sehubungan itu, Unit Kecemerlangan
Sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah merancang Pelancaran
Program Kecemerlangan Akademik Sekolah dan Majlis Bai’ah Al Falah PT3 dan SPM bagi
tahun 2020. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar agar
berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai target yang diimpikan serta mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan seterusnya melonjakkan prestasi sekolah
dalam peperiksaan PT3 dan SPM 2020.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Menetapkan sasaran pencapaian akademik para pelajar .

2. Merupakan perjanjian antara ibubapa, guru dan diri mereka sendiri untuk
berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

3. Meningkatkan motivasi pelajar untuk berjaya.

TARIKH / MASA :

 29 Februari 2020 (Sabtu)

 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

TEMPAT :

SASARAN :

Pelajar Tingkatan 5 = 77 Orang

Pelajar Tingkatan 3 =68 Orang


AHLI JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
SEKOLAH

DAN MAJLIS BAI’AH AL FALAH PT3 DAN SPM TAHUN 2020

PENGERUSI : (PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI : ( PK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI 1 : (PK HEM)

NAIB PENGERUSI 2 : (PK KOKUM)

NAIB PENGERUSI 3 : SEMUA KETUA BIDANG

PENYELARAS : (PENYELARAS JAWATANKUASA KECEMERLANGAN


SEKOLAH)

SETIAUSAHA : (GBK)

BENDAHARI :

JAWATANKUASA KERJA

JAWATANKUASA SENARAI TUGAS

- Menyiapkan teks pengacaraan


JURUACARA MAJLIS majlis
- Memastikan perjalanan majlis
berjalan lancar mengikut tentatif

- Menyediakan teks doa


BACAAN DOA - Mengetuai bacaan doa

- Menyediakan borang pendaftaran


PENDAFTARAN untuk ibu bapa dan guru.

- Menyediakan sijil aku janji yang


PENYEDIAAN SIJIL AKUR JANJI akan ditandatangani oleh ibu bapa
dan pelajar
- Menyusun atur kerusi untuk ibu
PERSIAPAN TEMPAT (SEBELUM) bapa dan guru
- Memastikan tempat program
berada dalam keadaan bersih
- Mengemas semula kerusi selepas
PERSIAPAN TEMPAT (SELEPAS) program berakhir

- Menyediakan peralatan seperti


TEKNIKAL DAN SIARAYA mikrofon,layar putih,Lcd untuk
kegunaan majlis
- Memastikan peralatan berfungsi
dengan baik sepanjang majlis
berlangsung

- Mengambil gambar sepajang


FOTOGRAFI program berlangsung

- Menyediakan banner dan brosur


BANNER DAN BROSUR PROGRAM berkaitan program kecemerlangan
sekolah.
- Memastikan disiplin pelajar
DISIPLIN PELAJAR terkawal sepanjang program
berlangsung
- Memantau pergerakan pelajar
- Menyediakan laporan program
DOKUMENTSI
- Menguruskan makanan dan
JAMUAN minuman ibu bapa,guru dan
pelajar
- Memastikan makanan dan
minuman mencukupi
- Mengedarkan makanan kepada ibu
bapa, guru dan pelajar.

PERBELANJAAN :

BIL. PERKARA JUMLAH

1. - Banner Program (RM 100) RM100.00


- Kertas Sijil (RM 40 RM 80.00
x2) RM30.00
- Glossy Paper (RM 10x3) RM 60.00
- Kertas Liminate (RM 30x2) RM30.00
- Kertas Warna (RM RM300.00
30.00) RM200.00
- Saguhati Penceramah (RM300) RM 100.00
- Sewa PA Sistem (RM200)
- Ink printer (RM100)
JUMLAH RM 900.00

SUMBER KEWANGAN :

BIL. PERKARA JUMLAH

1. PIBG RM 900.00

JUMLAH RM 900.00

TENTATIF PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

DAN MAJLIS BAIAH AL FALAH CALON PT3 DAN SPM TAHUN 2020

TARIKH : 29 FEBRUARI 2020 (SABTU)

MASA :7.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT :

MASA PERKARA

7.00 Pagi – 7.30 Pagi - Kehadiran Guru Dan Calon Pt3 Dan Spm

7.30 Pagi – 8.00 Pagi - Kehadiran Para Ibu Bapa

8.00 Pagi – 10.30 Pagi - Bacaan Doa


- Taklimat Program Kecemerlangan Akademik Tahun
2020
- Ucapan Nydp Pibg
- Ucapan Pengetua
- Ceramah Keibubapaan

10.30 Pagi -10.45 Pagi - Majlis Bai’ah Al Falah

10.45 Pagi – 12.00 Tengahari - Konsultasi Ibu Bapa Bersama Guru Kelas

12.00 Tengahari - Jamuan Dan Bersurai

PENUTUP
Diharapkan program ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua pihak terutama
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) agar perjalanan program dapat berjalan dengan lancar dan
seperti yang yang telah dirancang. Ini juga bertujuan untuk kecemerlangan anak-anak pelajar di
dalam peperiksaan mereka.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

................................................. .................................................

Setiausah program Pengetua

Anda mungkin juga menyukai