Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

IB WORLD SCHOOL

KERTAS KERJA
GOTONG ROYONG KEMBALI KE SEKOLAH
TAHUN 2022

TARIKH: 26 MAC 2022


TEMPAT: SMK PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

KERTAS CADANGAN GOTONG ROYONG KEMBALI KE SEKOLAH 2022

1
1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan berilmu, berketrampilan dan bersahsiah terpuji.
Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi
matlamat tersebut. Penyediaan bilik darjah yang kondusif dan ceria adalah merupakan tanggungjawab
yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah organisasi sekolah. Bilik darjah yang selamat dan ceria dapat
membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan serta efektif.
Sehubungan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan & Kebersihan) telah
merancang untuk mengadakan Program Gotong Royong Kelas 2022 yang bertemakan “Sekolah Bersih,
Ceria Dan Selamat Tanggungjawab Bersama”. Program ini diharap dapat memceriakan dan
mewujudkan persekitaran yang kondusif kepada semua warga sekolah. Kertas kerja ini juga bertujuan
untuk memohon peruntukan perbelanjaan daripada pihak sekolah bagi menampung keperluan program
tersebut.

2.0. TEMA PROGRAM

2.1. “SEKOLAH BERSIH, CERIA DAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

3.0. MATLAMAT

3.1. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan bilik darjah dan kawasan
sekolah yang bersih dan ceria di samping mematuhi prosedur operasi standard
(SOP) yang ditetapkan oleh KPM.

4.0. OBJEKTIF

4.1. Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan aktiviti kebersihan


di dalam kelas masing-masing.

4.2. Murid dapat meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas-kelas


mereka supaya dapat mewujudkan suasana persekitaran yang
sihat, selamat dan kondusif yang berlandaskan SOP yang ditetapkan.

4.3. Meningkatkan prasarana kondusif dan selamat untuk warga sekolah.

2
5.0. KUMPULAN SASARAN

5.1. Semua guru kelas, 5 orang murid bagi setiap kelas dan kakitangan
sekolah.

6.0 PENGISIAN AKTIVITI, TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tarikh: 26 Mac 2022

Masa: 7.30 pagi – 12.30 tgh.

Tempat: Semua kelas dan kawasan persekitaran.

7.30 - 8.00 pagi Pendaftaran guru, murid dan kakitangan sekolah


Persediaan guru – mengambil peralatan di tingkat 1.

8.00 – 8.30 pagi Sarapan pagi

8.30 -12.30 tgh Gotong royong kelas dan kawasan persekitaran

12.30 tgh Bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bi Item Harga Anggaran
l

8.0 SUMBER KEWANGAN

Bi Sumber JUMLAH
l

3
9.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

(Rujuk Lampiran 1)

11.0 PENUTUP

Gotong-royong ini diharap akan dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan berlandaskan SOP KPM di samping mewujudkan kelas dan kawasan persekitaran sekolah yang
lebih kondusif dan selamat.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

(RAFIDAH BINTI ABIDIN) (NORZALIHA BT. GHAZALI) (HASSIM BIN MARKOM)


Setiausaha 3K Penolong Kanan HEM Pengetua SMK
Putrajaya Presint 9(2) SMK Putrajaya Presint 9(2) IBWS SMK Putrajaya Presint 9(2)IBWS

Anda mungkin juga menyukai