Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

(RMT)
PENGENALAN
Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan adalah satu usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan bagi seseorang murid
sekolah rendah yang memerlukan. Program ini mensasarkan untuk memberi makanan tambahan
secara imbuhan sebanyak 25%-30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu daya
usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan
pemakanan murid tersebut. Fokus utama pelaksanaan RMT di sekolah adalah untuk meningkatkan
taraf pemakanan dan kesihatan murid. Golongan sasar yang berkelayakan untuk menikmati RMT ini
adalah murid-murid yang terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, murid-murid yang
menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan serta murid yang rumahnya jauh dari sekolah.
Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan
Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan
satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan.
Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan
luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya
pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an,
taraf sosio ekonomi keluarga menjadi kriteria utama pemilihan murid.

RASIONAL
Dapatan kajian dan laporan oleh Kementerian Pendidikan yang menjurus kepada pelaksanaan. RMT
ini diteruskan adalah :
(i)

15-20% dari jumlah murid yang datang ke sekolah tanpa sarapan atau makan
tengah hari di rumah dan 1/6 - 1/3 yang dikenalpasti mengalami masalah
kelaparan.

(ii)

Pemakanan yang salah serta serangan penyakit menimbulkan masalah dari segi
pembesaran dan pencapaian dalam pembelajaran.

(iii)

35% murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan.

OBJEKTIF

Objektif Am
Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah, terutama dari
luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan dan buat
sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras
dengan Dasar Pembangunan Negara.

Objektif Khusus
Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada muridmurid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi
pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara langsung
dan secara tidak langsung.
Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan
yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan
kebersihan alam sekitar.
Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan Rancangan Makanan Tambahan.

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PERLUASANNYA


Selepas Perang Dunia yang ke-2, Pemerintahan Tentera British telah mengadakan satu
Rancangan Makanan Tambahan di sekolah sekolah sebagai suatu usaha kecemasan berdasarkan
hasil pemerhatian di kalangan murid murid di sekolah rendah pada masa itu yang dimana
kebanyakkannya mengalami kekurangan pengambilan nutrisi permakanan. Dalam masa lebih kurang
dua puluh lima tahun yang berikut,
Rancangan Makanan Tambahan telah dijalankan di beberapa buah sekolah terpilih,
kebanyakkan sekolah sekolah di bandar, oleh pertubuhan pertubuhan sukarela seperti Persatuan
Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (Malaysian Council for Child Welfare), Majlis Pusat Kebajikan (Central
Welfare Council) dan badan- badan berkanun, seperti FELDA, di mana makanan itu dibekalkan oleh
Catholic Relief Service of America di bawah anjuran Catholic Welfare Service Malaysia. Sebanyak 468
buah sekolah yang melibatkan seramai 98,910 orang murid telah menerima makanan tambahan.
Rancangan ini telah berakhir apabila bekalan bahan bahan makanan daripada Amerika
Syarikat telah dihentikan pada tahun 1972. Pada tahun 1974 kerajaan Negeri Selangor telah
memulakan Projek Perintis, Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan di Kuala Langat, Selangor.
Projek ini telah diperluaskan ke kawasan kawasan yang lain dalam negeri Selangor.
Pada tahun 1976, Jawatankuasa Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di
peringkat kebangsaan, yang di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan makanan
tambahan sebagai satu usaha dalam Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Peruntukan
kewangan bagi menjayakan rancangan ini telah disediakan oleh Bahagian Penyelarasan dan
Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan di
kawasan kawasan Rancangan AMP.
Semenjak tahun 1979, Rancangan Makanan Tambahan telah dikelola, diselia dan dilaksanakan
sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1979 dan 1980, Rancangan Makanan
Tambahan telah diperluaskan ke kawasan kawasan luar daerah Rancangan AMP. Ini sejajar dengan
pengumuman Menteri Pendidikan pada tahun 1978, dan perakuan perakuan Laporan Jawatankuasa
Kabinet.Manakala pada tahun 1980, bekalan susu oleh Jabatan Haiwan telah dilaksanakan dua hari
seminggu di beberapa daerah yang terpilih di mana ianya sebagai program tambahan dalam
memperkasakan pengambilan nutrisi makanan oleh pelajar pelajar di sekolah.
Seterusnya pada tahun 1980, semua criteria berkaitan dengan pengagihan peruntukan wang
kepada sekolah sekolah serta bilangan murid yang dipilih bagi menerima makanan tambahan telah
disampaikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri oleh Kementerian Pendidikan. Keutamaan
diberi kepada sekolah sekolah rendah di daerah-daerah mundur yang terlibat dalam Rancangan
AMP.

ARAHAN/ PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Menteri Pendidikan dalam ucapannya di Melaka pada 24 Jun 1978 dan di Pulau Pinang pada 19
Mac 1979, telah mengumunkan hasrat kerajaan untuk memperluaskan RMTS di sekolah sekolah
rendah di seluruh Malaysia. Pada bulan November 1978, dalam ucapan Anggaran Belanjawan
Kementerian Pendidikan bagi tahun 1979, Menteri Pendidikan telah pun menjelaskan usaha usaha
Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan rancangan ini yang bermula pada tahun 1979 ke
daerah daerah lain selain daripada 46 buah daerah yang sedia ada. Seramai lebih kurang 400,000
orang murid daripada 3,711 buah sekolah terlibat dalam rancangan ini.

KEPUTUSAN JAWATANKUASA KEBANGSAAN RANCANGAN AMALAN MAKANAN DAN PEMAKANAN


Hasil pada perbincangan Jawatankuasa Kebangsaan Rancangan Amalan Makanan dan
Pemakanan yang dipengerusikan oleh Jabatan Perdana Menteri ( Unit Penyelarasan Pelaksanaan
ICU) telah mengambil keputusan untuk memperluaskan atau memperkukuhkan Rancangan AMP di
semua kampung Kategori C (mundur) di seluruh Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia
Keempat. Jawatankuasa Pemandu Rancangan Nadi telah meminta Kementerian Pendidikan utuk
memberi keutamaan bagi Rancangan Makanan Tambahan di kawasan setinggan dan bagi murid
murid sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah.

PERAKUAN LAPORAN JAWATANAKUASA KABINET 1979


Hasil dari Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa oleh kerana
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan telah dapat menghasilkan peningkatan taraf kesihatan
umum, pertumbuhan tubuh badan yang tidak terencat, pengurangan serangan penyakit dan
pertambahan daya pembelajaran murid, maka Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan
khasnya Rancangan Makanan Tambahan diteruskan dan diperbaiki.

STRATEGI PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN PENILAIAN

Rancangan Makanan Tambahan di sekolah rendah dijalankan selaras dengan Rancangan Kesihatan
Sekolah, Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Nadi. Justeru, perkara
perkara yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan penilaian dilaporkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa yang terlibat seperti Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah, Jawatankuasa
Kebangsaan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, dan Jawatankuasa Pemandu Rancangan
Nadi. Penyelarasan dari segi pengurusan dan pentadbiran dijalankan melalui saluran yang tertentu
dalam Kementerian Pendidikan.
KAEDAH RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DI SEKOLAH RENDAH
Liputan Sekolah
Bagi pelaksanaan program ini, faktor faktor berikut telah dititikberatkan di seluruh Malaysia iaitu:
1. Terdapat murid murid miskin di semua kawasan walaupun kadar kemiskinan mereka
berbeza.
2. Masalah penentuan sekolah wujud di beberapa buah negeri kerana terdapat perbezaan
antara Daerah Pentadbiran Kerajaan (Daerah Rancangan AMP) dengan Daerah Pentadbiran
Jabatan Pelajaran.
3. Pada tahun 1978, Menteri Pendidikan telah mengumumkan hasrat kerajaan untuk
memperluaskan Rancangan Makanan Tambahan ke semua sekolah rendah menjelang tahun
1980.
Penerima
Untuk pemilihan murid dalam menyertai rancang ini adalah berasaskan kriteria dan keutamaan yang
berikut:
1. Murid yang menunjukkan tanda tanda salah pemakanan (dipilih oleh Pasukan Perkhidmatan
Kesihatan Sekolah dan/atau guru darjah dan diselaraskan oleh satu Jawatankuasa Khas di
peringkat sekolah).
2. Murid adalah daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan keahliannya besar
(Pendapatan bawah RM400.00 atau perkapita RM80.00).
3. Murid yang lokasi rumahnya jauh dari sekolah.
Bilangan Penerima
Manakala untuk jumlah bilangan penerima program Rancangan Makanan Tambahan ini adalah
berbeza antara satu sekoah dengan satu sekolah yang lain. Ianya berdasarkan :

kedudukan sekolah,
saiz sekolah ( bilangan murid),
taraf pemakanan penduduk
pendapatan keluarga.

Ini bermakna sekolah sekolah yang terletak di kawasan AMP dan kawasan mundur serta sekolah
yang mempunyai bilangan murid yang kecil diberi keutamaan. Pengagihan adalah berdasarkan Sifir
pengagihan yang disediakan pada setiap tahun.
Hari dan Masa
Di dalam hari dan masa pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ianya
diperuntukkan untuk 190 hari setiap tahun. Walau bagaimanapun, sekolah yang terdapat murid
murid Islam, rancangan ini dihentikan untuk sementara waktu pada bulan Ramadan, tetapi bilangan
hari bagi makanan tambahan adalah tetap sama.
Untuk lebih bermanfaat, faedah yang sempurna makanan tambahan perlu diberi kepada
murid murid sebelum mereka memulakan pelajaran harian, iaitu sebagai sarapan bagi yang
bersekolah pagi dan makan tengah hari bagi yang bersekolah petang.
Penyediaan dan Pengagihan Makanan
Bagi penyediaan dan pengagihan makanan adalah diuruskan oleh sepenuhnya pihak kantin sekolah
mengikut kontrak yang dipersetujui dengan pihak sekolah.
Untuk penyediaan makanan tambahan sekolah pihak Kementerian Pelajaran telah
menyenaraikan lima jenis menu secara bergilir. Walau bagaimanapun sekolah boleh membuat pilihan
daripada 20 senarai menu yang disediakan mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid.
Peruntukan Wang
Semenjak tahun 1976 sehingga 1978, peruntukan wang bagi Rancangan Makanan Tambahan di
sekolah rendah telah disampaikan kepada Kementerian Pendidikan oleh Jabatan Perdana Menteri di
bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan. Pada tahun 1979, rancangan ini telah
diserahkan kepada Kementerian Pendidikan. Pada masa sekarang peruntukan wang bagi Rancangan
Makanan Tambahan di sekolah rendah disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada
Jabatan dibuat terus oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kadar bayaran bagi seorang murid sehari untuk makanan tambahan adalah 10 sen pada tahun
1976, 15 Sen pada tahun 1977 dan 20 sen pada tahun 1978,1979 dan 1980. Mulai tahun 2001 kadar bagi
seorang murid sehari adalah RM1.20 di Semenanjung Malaysia dan RM1.35 di Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan dan sehingga sekarang kadar bayarannya ialah RM1.80 bagi seluruh
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai