Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2022

~mohon para hadirin penuhkan ruang tempat duduk di hadapan


~mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sehingga majlis selesai

Assalamualaikum salam sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Semoga majlis disambut ceria
Izinkan saya mulakan acara.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Kalian hadir meriahkan suasana
Kami menyambut penuh gembira
BismilLahir Rahmanir Rahim .

Yang Dihormati,
Pn Maznah Binti Musa, Pen.Kanan Pentadbiran
En Mohd Hasbi Bin Ramli, Pen.Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn Suriati Seri Rahayu binti Mohd Hanapiah, Penolong Kanan Kokurikulum,
Barisan Guru Kanan Mata Peljaran,
Barisan Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Ibu Bapa yang hebat sekalian juga Bekas-bekas murid SMKBJ
Serta para hadirin yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

Assalamu `Alaikum W.B.T, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani. Salam


Mendidik daripada hati dengan penuh integriti.

Syukur Alhamdullillah, setinggi tinggi kepujian kehadrat Allah swt, atas Rahmat dan
Kasih SayangNya dapat kita bersama-sama sebagai sebuah keluarga SMK Bukit
Jalil untuk meraikan pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan SPM 2022.
Pada tahun 2022, seramai 1776 calon dari sekolah kita telah menduduki
peperiksaan SPM.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta limpah


rahmatnya Kita diberikan nikmat kesihatan,kelapangan dan kekuatan untuk
berhimpun dalam satu majlis yang telah lama ditunggu-tunggu iaitu majlis
penyerahan keputusan peperiksaan SPM tahun 2022.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan selamat datang kepada
Semua Ibu Bapa Penjaga, kerana sudi hadir dalam majlis pada hari yang
indah ini. Ucapan selamat kembali jua ditujukan kepada semua bekas murid
tingkatan lima SMK Bukit Jalil yang akan mengambil keputusan peperiksaan
pada hari ini. Semoga dengan kehadiran semua majlis kita akan lebih
bermakna dan bertambah serinya. Insyaallah

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput Pn Maznah Binti Musa,
Penolong Kanan Pentadbiran bagi mengumumkan analisis keseluruhan bagi SPM
2022. Dipersilakan.

Terima Kasih kepada Pn Maznah di atas pengumuman itu tadi, begitulah kita ketahui
di mana GPS sekolah kita pada tahun ini adalah 4.71 berbanding tahun 2021, 4.83.
Nilai GP yang lebih kecil menunjukan kualiti yang lebih baik.
Dan sebenarnya sekolah kita mendapat keputusan yang lebih baik dari GPN (Gred
Purata Nasional iaitu 4.74

Tahniah dan Syabas kepada


Murid-murid yang telah berusaha dengan gigih
Tahniah Kepada Tulang Belakang yang sentiasa menyokong anak-anak, Ibu dan
Bapa yang hebat sekalian.
Dan Tahniah dan Syabas kepada
Barisan Guru SMK Bukit Jalil yang telah bertungkus lumus tanpa mengira penat dan
lelah bagi memberikan yang terbaik untuk anak didik.

Hadirin sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para pelajar SPM
SMK Bukit Jalil tahun 2022. Penyerahan slip keputusan peperiksaan akan dimulakan
dengan pelajar cemerlang SPM 2022. Tanpa membuang masa, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Pn Maznah Binti Musa, Penolong
Kanan Pentadbiran, diiringi oleh _______________________________ untuk
menyampaikan slip keputusan tersebut. Majlis mempersilakan.
Kita mulakan dengan murid mendapat 5A.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Sebelum mengundur diri, saya juga mengharapkan murid-murid yang hadir di majlis
ini akan mengambil iktibar dan inspirasi daripada kejayaan rakan-rakan anda yang
membanggakan. Jadikanlah kecemerlangan mereka ini sebagai perangsang untuk
terus maju kehadapan.
Dan ingatlah, ini bukan pengakiran atau penamat kisah anda tapi merupakan suatu
permulaan kepada coretan kehidupan anda. Jangan pernah berputus ada mahupun
berpuas hati denga napa jua keputusan yang bakal diterima.

Majlis turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas


Kerjasama dan keprihatinan para hadirin meluangkan masa sehingga majlis ini
berjalan dengan lancar dan selesai. Tahniah dan syabas sekali lagi diucapkan
kepada semua.

Semua pihak mesti saling bantu-membantu dan lengkap melengkapi antara satu
sama lain. Potensi dan bakat yang ada dalam kalangan murid mesti digilap.
Kerjasama dan perpaduan adalah kunci kepada kejayaan. Teruskan berusaha dan
berserah kepada Allah, mudah-mudahan 2023 akan menjadi tahun yang lebih
cemerlang untuk seluruh warga SMK Bukit Jalil.
Madah diungkap santun bicara
Pantun dilantun mengusik hati
Salah dan silap tutur bicara
Pohon diampun seikhlas hati

Bagi pihak majlis, saya menyusun 10 jari seandainya terdapat sebarang kekurangan
sepanjang saya mengendalikan majlis ini.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai