Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN

YANG DIPERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SM SAINS KUALA SELANGOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan inayah-Nya, Mesyuarat
Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) SM Sains Kuala Selangor kali ke-24 Sesi
2021/2022 dapat juga dilaksanakan walaupun di alam maya. Saya mengucapkan tahniah dan
merakamkan jutaan terima kasih atas komitmen ahli-ahli PIBG meluangkan waktu untuk sama-
sama dalam majlis secara maya ini.

Mesyuarat Agung PIBG ini amat bermakna sebagai wahana musyawarah dan wacana
kesepakatan dalam menentukan hala tuju untuk kecemerlangan putera puteri kita. Saya yakin
dan percaya bahawa PIBG mampu mengorak langkah sebagai tulang belakang yang ampuh
dalam sesebuah sekolah sama ada dari segi tenaga, masa dan kewangan. Atas kesedaran ini,
PIBG bermuafakat dan beriltizam untuk berswadaya dan efisien dalam menjayakan aktiviti-
aktiviti pendidikan demi meningkatkan potensi anak-anak, waima dari segi akademik,
kokurikulum mahupun sahsiah. Sesungguhnya, cabaran pandemik Covid-19 tidak mampu
menjadi penghalang kepada kita dalam menyemarakkan kecemerlangan putera puteri kita.

Insya-Allah, dengan keizinan Illahi, kami, barisan ahli jawatankuasa yang telah diberikan
amanah oleh tuan-tuan dan puan-puan akan komited dan mencuba sedaya upaya untuk
menunaikan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya. Dalam segala tindakan kami, kami
sentiasa mementingkan keperluan dan kebajikan anak-anak kita. Sumbangan tuan-tuan dan
puan-puan akan dimanfaatkan untuk membantu program-program sekolah yang bertujuan
meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sini. Oleh hal yang
demikian, saya sangat mengalu-alukan sebarang bentuk sokongan dan kolaboratif daripada
semua ahli dalam menjayakan perancangan kita demi anak-anak yang bernaung di bawah SM
Sains Kuala Selangor ini.

Akhir kalam, didoakan agar musyawarah yang bermakna ini mampu membuahkan idea-
idea yang bernas, melahirkan kesepakatan yang padu dan mewujudkan komitmen yang jitu
dalam memastikan agenda kecemerlangan pendidikan anak-anak terealisasi. Semoga usaha-
usaha yang dilakukan diberkati dengan limpahan hidayah dan rahmat-Nya.

Sekian, terima kasih.

(PROFESOR DATO' IR. DR. MOHD DALI BIN ISA)


Yang Dipertua PIBG 2020/2021
SM Sains Kuala Selangor

Anda mungkin juga menyukai