Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH TENGKU BUDRIAH

02600 ARAU, PERLIS

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
(TEMA)

TARIKH
20 – 28 September 2018

TEMPAT
DEWAN CEMPAKA, SEKOLAH TENGKU BUDRIAH
ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU BUDRIAH
(PEMBANGUNAN & PERKEMBANGAN SAHSIAH)
1.0 PENGENALAN

Salah satu teras perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah memperkembangkan potensi
diri murid baik dari aspek akademik, sahsiah, sosial dan lain – lain. Oleh yang demikian, Unit
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Tengku Budriah berhasrat membangunkan dan
memperkembangkan kecemerlangan akademik murid – murid di sekolah sejajar dengan tuntutan
perkhidmatan. Program motivasi kecemerlangan yang ingin diadakan ini bertujuan untuk
memberikan cetusan kesedaran kepada murid – murid Tahun 5 bahawa mereka sudah
menghampiri ke penghujung persekolahan rendah dan bakal menghadapi UPSR kelak.

Oleh itu, pelaksanaan program motivasi ini diharapkan mampu menjadi platform untuk
membentuk kesedaran dan motivasi dalam murid – murid tentang kecemerlangan UPSR yang
akan diambil pada tahun hadapan. Mohd Zaaba dan Zuraida Hj Ismail (2004) mentakrifkan
motivasi belajar sebagai usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai
prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi ialah aras insentif yang ada pada seseorang dalam usaha
untuk mencapai matlamat akademik. Marshall (1987) pula mentakrifkan motivasi untuk belajar
sebagai nilai, kepentingan dan faedah yang diperoleh dari tugasan akademik tidak kira sama ada
tugsan itu menarik atau pun tidak. . Justeru, pelaksanaan program motivasi ini diharap dapat
memberi kesedaran kepada murid - murid tentang peri pentingnya untuk menjadi yang terbaik
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam seluruh aspek kehidupan khususnya UPSR.

Semoga dengan adanya program motivasi ini, diharap dapat membantu murid-murid tahun 6
untuk berubah ke arah yang lebih positif dan bersemangat demi mencapai kecemerlangan yang
diimpikan.

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 2


2.0 MATLAMAT

Program motivasi ini diadakan untuk membentuk kesedaran dalam diri murid – murid tentang
kepentingan kecemerlangan hidup khususnya UPSR. Selain itu, ia juga bertujuan memberi
pendedahan kepada murid – murid tentang pengurusan masa belajar dan kemahiran belajar yang
boleh diaplikasikan bagi memperoleh impak yang maksima.

3.0 OBJEKTIF

3.3 Meningkatkan motivasi pelajar ke arah pencapaian pembelajaran cemerlang dan


mempunyai target yang jelas untuk berjaya.
3.4 Mempertingkatkan komitmen, kesedaran, kerjasama dan rasa tangungjawab pelajar
terhadap kepentingan kejayaan dalam kehidupan.
3.1 Mendedahkan kepada murid – murid tentang pengurusan masa yang efektif untuk sesi
pembelajaran.
3.2 Menghuraikan kepada murid – murid tentang kaedah dan pendekatan kemahiran belajar
yang berkesan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
3.5 Mewujudkan semangat daya saing dan keinginan berjaya dalam diri murid – murid Tahun
5.

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

4.1 Program : Transformasi MInda


4.2 Tarikh : 20 – 28 September 2018
4.3 Tempat : Podium, Sekolah Tengku Budriah
4.4 Sasaran : ∎Murid – murid Tahun 5

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 3


5.0 JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran 1

6.0 TENTATIF

Rujuk Lampiran 2

7.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran 3

8.0 PENUTUP

Program Transformasi Minda ini sebenarnya dirangka dengan hasrat yang sangat murni
terutamanya dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada murid - murid Tahun 5 bagi
menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2019. Program ini adalah julung kali diadakan pada
tahun ini dengan tujuan dapat mempertingkatkan komitmen, kesedaran, kerjasama dan rasa
tangungjawab murid – murid terhadap kepentingan peperiksaan UPSR sebagai pemula
kerjayaan dalam kehidupan mereka. Selain itu, program ini turut menawarkan murid – murid
dengan tips kaedah penguruan masa yang baik beserta pendekatan pembelajaran yang
berkesan untuk diaplikasikan sepanjang pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian, kami berharap agar program yang dirancang ini akan dapat
dilaksanakan dengan baik dan dapat mewujudkan anjakan paradigma terhadap para peserta.
Komitmen dan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan
program ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 4


9.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh : Disemak oleh :

………………………………….................. ...…………………………………
(CIK NUR AINA MUSLIHAH ) (PN. HASHIRA BT. HASHIM)
BT. SHANSU BAHARING)
Setiausaha, Penyelaras program,
Program Transformasi Minda Program Transformasi Minda

Diluluskan oleh :

……………………………………….....
(TN. HJ. AZHAR B. DARUS)
Guru Besar,
Sekolah Tengku Budriah

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 5


Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
TUAN HAJI AZHAR BIN DARUS
GURU BESAR
SEKOLAH TENGKU BUDRIAH

PENGERUSI
ENCIK ABDUL HADI BI ABDUL HALIM
GURU PENOLONG KANAN HEM
SEKOLAH TENGKU BUDRIAH

PENYELARAS PROGRAM
PUAN HASHIRA BINTI HASHIM
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA
SEKOLAH TENGKU BUDRIAH

SETIAUSAHA
CIK NUR AINA MUSLIHAH BINTI SHANSU BAHARING
GURU PELATIH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH TENGKU BUDRIAH

BENDAHARI
CIK AINA NABILAH BINTI MOHAMAD KHALIM
GURU PELATIH BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH TENGKU BUDRIAH

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 6


AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK PERHUBUNGAN
EN. AISHA B. ISMAIL

AJK KAWALAN MURID

AJK MODUL & PENGISIAN

AJK DOKUMENTASI
EN. SYAIROLRAFIDAN B.

AJK PERALATAN
EN. FISOL B. ABDUL WAHAB

AJK CENDERAMATA
PN.ANIDA

AJK SIARAYA
EN. AMIR WARDI

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 7


TENTATIF PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

HARI PERTAMA: 20 OKTOBER 2018

08.15 a.m : Berkumpul di Podium, Sekolah Tengku Budriah


Taklimat ringkas
Bacaan doa
08.35 a.m : Ucapan aluan pengerusi majlis
08.45 a.m : Transformasi Minda bersama penceramah jemputan
10.15 a.m : Sesi soal jawab bersama murid – murid Tahun 5.
10.30 p.m : Resolusi program & penyampaian cenderamata
penceramah
10.45 a.m : Rehat & mengikuti pdp seperti biasa.

HARI KEDUA - KELIMA : 24 – 28 OKTOBER 2018

08.30 a.m : Berkumpul di Dewan Cempaka, Sekolah Tengku Budriah


Bacaan doa
Taklimat ringkas
08.45 a.m : LDK 1 ( Pengurusan masa)
09.45 a.m : LDK 2 (Kemahiran belajar)
10.45 a.m : Rehat & mengikuti pdp seperti biasa.

Catatan:

 Setiap kelas akan dimaklumkan terlebih dahulu penglibatan mereka tentang aktiviti ini.
 Murid – murid akan mengikuti pdp seperti biasa selepas tamat waktu rehat
 Murid – murid akan diberi tugasan untuk menilai pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti
yang dijalankan.
 Murid – murid yang melaksanakan tugasan akan diberikan ganjaran sebagai peneguhan
positif atas tindakan mereka.

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 8


Lampiran 3

SUMBER KEWANGAN:
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 Duit UBK
RM 18.00 X 77 orang RM 1,386.00
JUMLAH RM 1,386.00

ANGGARAN PERBELAJAAN:
BIL. PERKARA JUMLAH

1. Insentif penceramah RM 150.00


 ( 1 hari x RM 400.00 X 2 Bas)
2. Minum pagi
 (Rm 3 X 160 Orang ) RM 480.00
4. Hadiah Murid
 (5 Murid X 5 Kelas X RM 6.00) RM 150.00

5 Bahan Modul
 Kertas A4 (1 Rim)
 Marker
 Kertas Mahjong/ Kad Manila RM 200.00
 Fotokopi Bahan

Jumlah RM 500.00

** Makanan akan disponsor oleh pihak luar.


Roti, air mineral,

UBK SEKOLAH TENGKU BUDRIAH 9

Anda mungkin juga menyukai