Anda di halaman 1dari 27

PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

MATA PELAJARAN ALIRAN KEMAHIRAN

Tingkatan 4
PENDIDIKAN VOKASIONAL MENENGAH ATAS

Pendidikan Moral
Dokumen Standard Kurikulum

Mata Pelajaran Aliran Kemahiran

Tingkatan 4
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Terbitan Pertama 2016

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa juga
bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Rukun Negara.......................................................................................................................................................... v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan............................................................................................................................. vi
Definisi Kurikulum Kebangsaan................................................................................................................................. vii
Kata Pengantar ......................................................................................................................................................... viii
Pendahuluan............................................................................................................................................................. 1
Matlamat ................................................................................................................................................................... 3
Objektif .................................................................................................................................................................... 3
Kemahiran Abad Ke-21............................................................................................................................................. 5
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran .................................................................................................................... 7
Elemen Merentas Kurikulum .................................................................................................................................... 10
Kemahiran Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Moral.............................................................................................. 13
Organisasi Kandungan.............................................................................................................................................. 15
Kurikulum Standard Mata pelajaran Pendidikan Moral............................................................................................. 17
Komponen Amali Pendidikan Moral.......................................................................................................................... 19
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vi
DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN

3(1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk


kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Sumber:Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996


[PU(A)531/97]

vii
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

KATA PENGANTAR DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu


dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil
Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut
bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard
pengetahuan pada abad ke-21. Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan
murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah
Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan menengah. DSK ini seharusnya dapat membantu guru
pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti yang berkesan.
untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut
kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif
secara berkesan. Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan
pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua
pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian
belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi
pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. penghargaan dan ucapan terima kasih.
Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini
diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan Dr. SARIAH BINTI ABD. JALIL
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia Pengarah
pekerjaan. Bahagian Pembangunan Kurikulum

viii
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

PENDAHULUAN Hasrat KPM ialah untuk mengarusperdanakan pendidikan


vokasional di peringkat sekolah sehingga 20 peratus pada
Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu tahun 2020 supaya setanding dengan negara serantau dan
proses merekayasa (reengineering) untuk membina sistem negara maju yang telah memberikan penekanan kepada
pendidikan vokasional yang lebih dinamik bagi menyokong pendidikan vokasional sehingga menjadi pendidikan pilihan.
kepada agenda transformasi negara ke arah negara
berpendapatan tinggi. Matlamat Pendidikan Vokasional Menengah Atas

 Sistem pendidikan vokasional baharu digerakkan oleh Matlamat PVMA adalah untuk menyediakan peluang kepada
sumber manusia yang responsif kepada pelbagai murid lepasan PT3 menjadi modal insan berkemahiran bekerja
inisiatif kerajaan dan berkolaborasi dengan industri dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang
bagi menginovasi pengajaran dan pembelajaran yang lebih tinggi.
berupaya menghasilkan tenaga kerja mahir dan
usahawan; Objektif Pendidikan Vokasional Menengah Atas
 Tenaga kerja mahir dan usahawan yang dihasilkan
berdaya saing memiliki kelayakan dan kemahiran yang Objektif PVMA adalah untuk menjadikan aliran pendidikan
diiktiraf oleh industri, berwatak profesional dan diterima vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana
oleh pasaran kerja. yang sedia ada. Ini bersesuaian dengan murid berisiko untuk
tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang
Dasar Pendidikan Vokasional di Kementerian Pendidikan berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PVMA dilihat
Malaysia (KPM) adalah untuk memberi akses, ekuiti dan mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum
pendidikan yang berkualiti kepada murid yang mempunyai yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan
kecenderungan, kebolehan, minat dan bakat dalam bidang kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang
Vokasional dengan tujuan mengurangkan kadar keciciran dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran
dalam kalangan murid.

1
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan


pembangunan karakter yang mantap. PVMA turut
menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar
mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik
dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam
mencorakkan masa depan serta menerap dan
mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana
budaya niaga.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

Kurikulum Pendidikan Vokasional Menengah Atas digubal


dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal
pasti perlu dikuasai oleh murid.

2
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

PENDAHULUAN MODUL PENDIDIKAN MORAL Murid juga digalakkan mencari dan memperoleh sumber-
sumber maklumat melalui teknologi maklumat dan komunikasi
Kurikulum Standard Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) seperti Internet, CD-Rom, e-mail dan sidang telekomunikasi.
Modul Akademik Pendidikan Moral bagi Program Vokasional Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai perangsang dan
Menengah Atas (PVMA) ialah satu mata pelajaran yang pemangkin kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang celik
mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan teknologi.
berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan
penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. OBJEKTIF MODUL PENDIDIKAN MORAL

Kurikulum Standard Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) Di akhir pembelajaran, murid dapat :
Modul Akademik Pendidikan Moral bagi Program Vokasional
Menengah Atas (PVMA) memberi tumpuan kepada usaha 1. Mengenal pasti nilai-nilai universal berasaskan prinsip
memupuk kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui moral
penghayatan dan amalan nilai-nilai universal yang terdapat 2. Mengamalkan budi pekerti mulia berasaskan prinsip
dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara moral
ini. Dengan itu murid dapat menjadikan nilai-nilai universal 3. Mengamalkan perlakuan bermoral secara
sebagai panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi bertanggungjawab dan akauntabiliti
insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu 4. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial untuk
yang berintegriti dan bermoral terhadap setiap keputusan serta kesejahteraan diri dengan keluarga.
tindakan yang dilakukan. 5. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai universal dalam
kehidupan seharian bagi melengkapkan diri dengan
Mata pelajaran ini juga memberi peluang kepada murid pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan dalam
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran komponen amali
generik, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran
menyelesaikan konflik dan kemahiran sosial. Penguasaan MATLAMAT MODUL PENDIDIKAN MORAL
kemahiran-kemahiran ini juga akan menyediakan murid
menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi dengan Kurikulum Standard MPAK Modul Akademik Pendidikan Moral
pengetahuan dan kemahiran kebolehkerjaan. Penguasaan bagi PVMA bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia
kemahiran ini juga akan membantu melahirkan modal insan dan berintegriti yang berpegang teguh kepada nilai universal
yang berkemahiran. berasaskan prinsip moral untuk melahirkan modal insan yang
berkemahiran

3
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

FOKUS MODUL iii. Perlakuan Moral

Tindakan berdasarkan penaakulan moral dan perasaan


moral yang dilakukan secara rela hati dengan rasa
PE NA A KU L A N tanggungjawab dan akauntabiliti.
MOR AL


INS A N
PER A SAAN
MO RA L

BERA KHLA K
MULIA

PE RL A KUA N
MO R AL

i. Penaakulan Moral

Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang


kabur demi mengenal pasti perlakuan baik dan jahat,
salah dan benar. Keupayaan mental dapat merungkai dan
menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin secara
autonomi, rasional dan objektif.

ii. Perasaan Moral

Kesedaran hati nurani yang menyebabkan insan berasa


gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa
bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul.

4
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

KEMAHIRAN ABAD KE-21


PROFIL MURID PENERANGAN
Satu daripada hasrat PVMA adalah untuk melahirkan murid
Pemikir Mereka berfikir secara kritikal, kreatif
yang mempunyai kemahiran Abad Ke-21 dengan memberi dan inovatif; mampu untuk menangani
masalah yang kompleks dan membuat
fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
keputusan yang beretika. Mereka
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. Kemahiran berfikir tentang pembelajaran dan diri
mereka sebagai pelajar. Mereka
Abad Ke-21 bermatlamat untuk melahirkan murid yang
menjana soalan dan bersifat terbuka
mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil murid seperti kepada perspektif, nilai dan tradisi
individu dan masyarakat lain. Mereka
dalam Jadual 1 supaya berupaya bersaing di peringkat global.
berkeyakinan dan kreatif dalam
Penguasaan SK dan SP dalam kurikulum PVMA Pendidikan menangani bidang pembelajaran yang
baru
Moral menyumbang kepada pemerolehan kemahiran abad
21 dalam kalangan murid. Kerja Mereka boleh bekerjasama secara
Sepasukan berkesan dan harmoni dengan orang
lain. Mereka mengalas tanggungjawab
bersama serta menghormati dan
menghargai sumbangan yang diberikan
Jadual 1: Profil Murid oleh setiap ahli pasukan. Mereka
memperoleh kemahiran interpersonal
melalui aktiviti kolaboratif, dan ini
PROFIL MURID PENERANGAN menjadikan mereka pemimpin dan ahli
pasukan yang lebih baik.
Berdaya Tahan Mereka mampu menghadapi dan
mengatasi kesukaran, mengatasi Bersifat Ingin Mereka membangunkan rasa ingin tahu
cabaran dengan kebijaksanaan, Tahu semula jadi untuk meneroka strategi
keyakinan, toleransi, dan empati. dan idea baru. Mereka mempelajari
kemahiran yang diperlukan untuk
Mahir Mereka menyuarakan dan meluahkan menjalankan inkuiri dan penyelidikan,
fikiran, idea dan maklumat dengan serta menunjukkan sifat berdikari dalam
Berkomunikasi pembelajaran. Mereka menikmati
yakin dan kreatif secara lisan dan
bertulis, menggunakan pelbagai media pengalaman pembelajaran sepanjang
dan teknologi. hayat secara berterusan.

5
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

PROFIL MURID PENERANGAN

Berprinsip Mereka berintegriti dan jujur,


kesamarataan, adil dan menghormati
maruah individu, kumpulan dan
komuniti. Mereka bertanggungjawab
atas tindakan, akibat tindakan serta
keputusan mereka.

Bermaklumat Mereka mendapatkan pengetahuan dan


membentuk pemahaman yang luas dan
seimbang merentasi pelbagai disiplin
pengetahuan. Mereka meneroka
pengetahuan dengan cekap dan
berkesan dalam konteks isu tempatan
dan global. Mereka memahami isu-isu
etika / undang-undang berkaitan
maklumat yang diperoleh.

Penyayang/ Mereka menunjukkan empati, belas


Prihatin kasihan dan rasa hormat terhadap
keperluan dan perasaan orang lain.
Mereka komited untuk berkhidmat
kepada masyarakat dan memastikan
kelestarian alam sekitar.

Patriotik Mereka mempamerkan kasih sayang,


sokongan dan rasa hormat terhadap
negara.

6
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN murid menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran,
lebih yakin dan tekun untuk mencapai standard pembelajaran yang
Terdapat beberapa strategi pengajaran yang boleh diguna pakai dihasratkan.
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p). P&p
Pendidikan Moral akan menjadi lebih berkesan dengan Pembelajaran Kolaboratif
menggunakanstrategi berikut: Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang
mementingkan kerjasama dan mengkehendaki murid
Pembelajaran Berasaskan Kompetensi menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Pendekatan ini boleh
dilaksanakan guru dengan memberi tugasan kepada kumpulan-
Pembelajaran Berasaskan Kompetensi membenarkan murid kumpulan yang telah dikenal pasti. Murid boleh bertukar pendapat
mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid atau idea semasa dalam aktiviti p&p secara kumpulan. Semua ahli
kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria kumpulan akan menyumbang dengan aktifnya pengetahuan,
Pencapaian. pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah bersama.

Pembelajaran Kendiri Pembelajaran Berasaskan Projek


Pembelajaran kendiri ini terdiri daripada empat pendekatan iaitu Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti
Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri (Self-Paced), Akses bilik darjah yang berbeza dari kebiasaan. Pendekatan aktiviti
Kendiri (Self-Accessed), dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessed) pembelajaran ini mempunyai jangkamasa yang panjang,
mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan
Strategi ini berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid. menghubungkaitkan pengamalan kehidupan sebenar. Projek
Strategi ini boleh dilaksanakan, contohnya, dengan menggunakan ditakrifkan sebagai tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur
peralatan, bahan dan teknologi tertentu, murid boleh menentukan yang menjurus kepada matlamat yang spesifik. Murid beroleh
kadar kemampuan kerja sendiri, mampu mengakses sendiri, malah pengetahuan dan kemahiran semasa proses menyediakan sesuatu
dapat mentaksir pembelajaran sendiri. Strategi ini membolehkan

7
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

projek. Mereka juga boleh meneroka atau membuat kajian terhadap masalah. Sebagai contoh, murid ingin menyiapkan sesuatu projek
projek melalui pelbagai sumber maklumat yang relevan. dengan menggunakan bahan yang sukar untuk diperolehi. Maka
untuk mengatasi masalah itu, murid hendaklah berbincang dengan
Pembelajaran secara Inkuiri rakan bagi mencari penyelesaian alternatif bagi mengatasi masalah
Pembelajaran berasaskan Inkuiri-Penemuan berlaku apabila murid tersebut. Guru berperanan sebagai fasilitator dengan memberi
mengkaji sesuatu masalah dari pelbagai sudut dan melaksanakan panduan kepada murid dalam proses penyelesaian sesuatu
penyelesaian secara satu demi satu dengan memecahkan masalah masalah pada peringkat awal sesuatu projek.
kepada beberapa masalah kecil. Hal ini dialami sewaktu murid
melaksanakan sesuatu projek yang mempunyai beberapa sub Pembelajaran Masteri
projek yang perlu dibuat sebelum menghimpunkan semua sub Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan
projek menjadi projek yang utama. Sesuatu masalah akan mudah pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam
dikesan dan dibaiki jika berlaku sesuatu kelemahan. Pengalaman sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pendekatan ini murid diberi
ini membantu murid menangani masalah dan memahami keperluan peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran
mencerakin setiap masalah yang diterima. mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan
pembelajaran. Pengetahuan dan kefahaman terhadap sesuatu
Penyelesaian Masalah konsep adalah sangat penting bagi memastikan sesuatu aktiviti
Kaedah penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang hendak dilaksanakan itu dilaksanakan dengan betul. Pelbagai
pembelajaran berasaskan masalah sebenar dan murid dapat sumber maklumat dapat membantu murid untuk menguasai
menyelesaikan masalah dengan keupayaan mereka sendiri. sesuatu perkara itu terlebih dahulu, contohnya dengan melayari
Kaedah ini boleh dijalankan secara kolaboratif dan berpusatkan Internet melalui laman web yang terpilih akan dapat membantu
murid. Murid perlu kenal pasti masalah, cari kaedah penyelesaian, murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.
melaksanakan operasi penyelesaian masalah dan menilai kaedah
penyelesaian masalah yang digunakan. Kaedah ini akan
melibatkan murid untuk membuat keputusan dalam menyelesaikan

8
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

Konstruktivisme
Pembelajaran secara konstruktivisme ialah satu kaedah di mana
murid dapat membina sendiri pengetahuan atau konsep baru
secara aktif berdasarkan pengetahuan, kemahiran, nilai dan
pengalaman yang telah diperolehi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pembelajaran konstruktivisme murid menjadi
lebih kreatif dan inovatif. Murid boleh mendapatkan data, maklumat
dan pengetahuan mengenai sesuatu perkara itu untuk membina
pengetahuan atau konsep yang baru.

Pembelajaran Penerokaan
Pembelajaran Penerokaan membolehkan murid belajar melalui
penerokaan berdasarkan pengalaman yang sedia ada. Murid
secara aktif mencari dan mengakses maklumat untuk mencapai
objektif pembelajaran mereka dalam konteks yang terkawal.
Penggunaan kompter dan akses Internet merupakan alat yang
paling berkesan dalam menterjemahkan konsep pembelajaran
penerokaan memandangkan ianya dapat mencapai maklumat dan
pengetahuan dengan cepat bagi membolehkan murid menganalisis
dan memproses maklumat yang diingini dalam situasi pembelajaran
yang berbentuk penyelesaian masalah dan kajian masa depan.

9
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah  Pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan

yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran alam sekitar dalam membentuk etika murid untuk

(p&p) selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. menghargai alam.

Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan


kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan 3. Nilai Murni

serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.  Nilai murni diberi penekanan dalam semua mata

Elemen-elemen di dalam EMK adalah seperti berikut: pelajaran supaya murid sedar akan kepentingan dan
mengamalkannya.

1. Bahasa  Nilai murni merangkumi aspek kerohanian,


kemanusiaan dan kewarganegaraan yang menjadi
 Penggunaan bahasa pengantar yang betul perlu
amalan dalam kehidupan harian.
dititikberatkan dalam semua mata pelajaran.
 Semasa p&p bagi setiap mata pelajaran, aspek
4. Sains Dan Teknologi
sebutan, struktur ayat, tatabahasa, istilah dan laras
 Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi
bahasa perlu diberi penekanan bagi membantu murid
dapat meningkatkan literasi sains serta teknologi
menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.
dalam kalangan murid.

2. Kelestarian Alam Sekitar  Penggunaan teknologi dalam pengajaran dapat


membantu serta menyumbang kepada
 Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar
pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
dalam jiwa murid perlu dipupuk melalui PdP semua
mata pelajaran.  Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP
merangkumi empat perkara iaitu:

10
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

(i) Pengetahuan sains dan teknologi (fakta,  Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu
prinsip, konsep yang berkaitan dengan untuk memastikan pembangunan modal insan yang
sains dan teknologi). mampu menghadapi cabaran Abad 21.
(ii) Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan  Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
kemahiran manipulatif tertentu). p&p.
(iii) Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,
keselamatan). 7. Keusahawanan
(iv) Penggunaan teknologi dalam aktiviti P&P.  Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
5. Patriotisme sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
 Semangat patriotik dapat dipupuk melalui semua mata murid.
pelajaran, aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat.  Ciri keusahawanan boleh diterapkan dalam p&p
 Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang melalui aktiviti yang mampu memupuk sikap seperti
mempunyai semangat cintakan negara dan berbangga rajin, jujur, amanah dan bertanggungjawab serta
sebagai rakyat Malaysia. membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea ke pasaran.
6. Kreativiti Dan Inovasi
 Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi 8. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau  Penerapan elemen TMK dalam p&p memastikan
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham murid dapat mengaplikasi dan mengukuhkan
atau gabungan idea yang ada. pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang
 Inovasi merupakan pengaplikasian kreativiti melalui dipelajari.
ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan idea.  Pengaplikasian TMK bukan sahaja mendorong
murid menjadi kreatif malah menjadikan p&p lebih

11
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan 10. Pendidikan Kewangan


kualiti pembelajaran.  Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
 TMK diintegrasikan mengikut kesesuaian topik membentuk generasi masa hadapan yang
yang hendak diajar dan sebagai pengupaya bagi berkeupayaan membuat keputusan kewangan yang
meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap bijak, mengamalkan pengurusan kewangan yang
kandungan mata pelajaran. beretika serta berkemahiran menguruskan hal ehwal
kewangan secara bertanggungjawab.
9. Kelestarian Global
 Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan  Elemen Pendidikan Kewangan boleh diterapkan dalam
murid berdaya fikir lestari yang bersikap responsif p&p secara langsung ataupun secara sisipan.
terhadap persekitaran dalam kehidupan harian dengan Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-tajuk
mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan
diperolehi melalui elemen Penggunaan dan secara eksplisit seperti pengiraan faedah mudah dan
Pengeluaran Lestari, Kewarganegaraan Global dan faedah kompoun. Penerapan secara sisipan pula
Perpaduan. diintegrasikan melalui tajuk-tajuk lain merentas
 Elemen Kelestarian Global penting dalam kurikulum. Pendedahan kepada pengurusan kewangan
menyediakan murid bagi menghadapi cabaran dan isu dalam kehidupan sebenar adalah penting bagi
semasa di peringkat tempatan, Negara dan global. menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran
 Elemen ini diajar secara langsung dan secara sisipan dan nilai yang dapat diaplikasikan secara berkesan dan
dalam mata pelajaran yang berkaitan. bermakna.

12
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

PEMUPUKAN KEMAHIRAN MENERUSI PENDIDIKAN MORAL mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan
orang lain. Penguasaan kemahiran penyelesaian konflik melalui
Terdapat beberapa kemahiran yang boleh dikuasai oleh murid Pendidikan Moral boleh membantu murid berhubung atau
melalui proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) Pendidikan berkomunikasi dengan orang lain secara lebih berkesan dan
Moral seperti berikut: mengelakkan sebarang konflik.

Kemahiran Utama Kemahiran Pemikiran Kritikal

Guru juga perlu mengajar murid cara menggunakan kemahiran


Pendidikan Moral memberi peluang kepada murid menguasai
pemikiran kritikal berpandukan pengetahuan moral supaya murid
kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, kemahiran
dapat menilai sama ada sesuatu tindakan atau perkara itu bermoral
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan konflik
atau tidak. Dalam konteks ini, pengajaran kemahiran ini akan
dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini akan
membantu menyemai nilai moral dalam jiwa murid. Kemahiran
membolehkan murid menghadapi dunia ledakan maklumat dan alaf
pemikiran kritikal ini juga membantu murid menyelesaikan masalah
baru dengan penuh keyakinan dan sikap bertanggungjawab sosial
dan membuat keputusan yang lebih baik dan seterusnya berjaya
dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu
dalam kerjaya mereka.
pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi segala tekanan
dan cabaran hidup dalam kalangan murid. Mengajar murid
Kemahiran Pemikiran Kreatif
kemahiran-kemahiran ini boleh dianggap sebagai satu cara
memupuk dan merangsang perkembangan moral mereka. Kebolehan berfikir secara kreatif membantu murid mencari cara
penyelesaian dan alternatif yang lebih baik ketika menghadapi
Kemahiran Penyelesaian Konflik masalah dan konflik dalam kehidupan. Pendidikan Moral memberi
peluang kepada murid untuk berfikir secara kreatif dalam
Guru boleh mengajar kemahiran penyelesaian konflik yang akan
menjalankan aktiviti yang bermanfaat untuk diri sendiri dan orang
membantu murid membuat keputusan berasaskan nilai dengan
lain.

13
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

Kemahiran Teknologi Maklumat


Kemahiran Menentang Tekanan Rakan Sebaya
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral, murid
Penguasaan kemahiran menentang tekanan rakan sebaya sangat diberi kesempatan mencari dan memperoleh sumber-sumber
penting dalam pendidikan nilai atau moral, khususnya apabila maklumat yang tepat melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi
kemahiran ini digunakan dalam usaha pencegahan salah guna seperti Internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang
dadah atau sebarang bentuk salah laku yang lain. Mengajar murid telekomunikasi. Aktiviti seperti ini dapat berfungsi sebagai
menentang tekanan rakan sebaya tidak bermakna mengajar perangsang dan pemangkin kepada perkembangan minda murid.
mereka tidak mempedulikan nasihat yang baik daripada rakan Selain itu melalui Pendidikan Moral, murid dapat membuat
sebaya tetapi mengajar murid supaya berfikir, berbincang dengan pertimbangan dengan mencari maklumat yang positif dan
sumber lain dan mempertahankan nilai moral diri. mengelakkan mereka daripada melayari laman-laman web yang
berunsur negatif.
Kemahiran Mengkaji Masa Depan
Kemahiran Sosial
Pendidikan Moral memupuk kemahiran mengkaji masa depan
dalam kalangan murid iaitu pendekatan pembelajaran yang Kemahiran sosial memberi penekanan kepada kebolehan murid
membolehkan murid menyedari tentang isu atau permasalahan untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam sesuatu situasi yang
yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini boleh diterima oleh masyarakat dan pada masa yang sama
membantu murid membuat ramalan, menjangka akibat serta bermanfaat kepada diri dan orang lain. Kemahiran sosial ini boleh
bersedia menyesuaikan diri terhadap perubahan yang mungkin diajar dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
berlaku.

14
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM STANDARD Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai Standard
Kandungan tertentu bagi memenuhi keperluan pembelajaran
Kandungan Kurikulum Pendidikan Moral ini disusun supaya yang sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran
mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat
kemahiran murid di Tingkatan 4. Ia mempunyai Standard melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara
Pembelajaran yang dikonsepsikan bagi Mata Pelajaran Aliran analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan
Kemahiran (MPAK) serta Standard Kandungan yang ditulis teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard
mengikut hierarki domain kognitif dan afektif. Pernyataan Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada
mengenai Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen kreativiti dan
Kriteria Pencapaian bagi DSK ini diterangkan seperti dalam inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan
jadual 2 yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara
sebuah negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat
Jadual 2: Pernyataan Standard Kandungan, Standard Model Baru Ekonomi.
Pembelajaran dan kriteria Pencapaian
Waktu P&P yang diperuntukkan untuk Pendidikan Moral
STANDARD STANDARD KRITERIA
KANDUNGAN PEMBELAJARAN PENCAPAIAN adalah 85 jam setahun. Jadual waktu yang ditunjukkan pada

Penyataan spesifik Suatu penetapan Kenyataan yang jadual 3 merangkumi aktiviti penerangan teori, latihan dan
tentang perkara kriteria atau mengkhususkan penilaian bertulis untuk setiap kompetensi berkaitan mata
yang murid patut indikator kualiti apa yang perlu
ketahui dan boleh pembelajaran ditaksir dan pelajaranMatematik.
lakukan dalam dan pencapaian tahap
suatu tempoh yang boleh pencapaian
persekolahan diukur bagi setiap yang diperlukan
merangkumi aspek standard bagi setiap
pengetahuan, kandungan. Standard
kemahiran dan nilai Pembelajaran

15
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

Jadual 3: Peruntukan Jam Setahun untuk Mata Pelajaran Jadual 4: Organisasi Kandungan mata pelajaran Pendidikan
Pendidikan Moral Moral

STANDARD KANDUNGAN JAM STANDARD


PENERANGAN
Mengetahui Kecemerlangan diri dan KANDUNGAN
1 40
keluarga Murid akan mengetahui
Mengenal Kecemerlangan diri dan kecemerlangan diri dan keluarga
2 45
Persahabatan melalui:
Jumlah 85  Kepelbagaian agama dan
kepercayaan masyarakat
Kurikulum Standard Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK) Mengetahui Malaysia
Modul Akademik Pendidikan Moral bagi Program Vokasional Kecemerlangan diri  Menyenaraikan suruhan
Menengah Atas (PVMA) digubal mengikut tema yang menjadi dan keluarga agama dan kepercayaan
wahana untuk menyampaikan nilai-nilai universal. agama masing-masing
Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan  Melaksanakan
murid dengan persekitarannya. Tema-tema tersebut adalah tanggungjawab untuk
seperti berikut : mencapai kecemerlangan
diri.
Tingkatan Tema
Murid akan mengetahui
Diri dan Keluarga
4 kecemerlangan diri dan
Diri dan Persahabatan
persahabatan melalui:
Mengenal
 Menjalin hubungan dengan
Mata Pelajaran Pendidikan Moral tingkatan 4 diorganisasikan Kecemerlangan diri
rakan sebaya
seperti jadual 4 berikut. dan Persahabatan
 Mengenal pasti ciri-ciri
rakan yang baik dan
berhemah

16
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

DOKUMEN STANDARD MATA PELAJARAN ALIRAN KEMAHIRAN : PENDIDIKAN MORAL


TEMA 1: DIRI DAN KELUARGA

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

1.1 Mengenal pasti kepelbagaian 1.1.1 Menyatakan kepelbagaian agama di Malaysia


agama dan kepercayaan 1.1.2 Menyatakan kepelbagaian kepercayaan di Malaysia
masyarakat Malaysia 1.1.3 Menyatakan kesedaran kewujudan tempat ibadat bagi setiap
agama di Malaysia
1.1.4 Melaksanakan amalan beribadat mengikut agama masing-
masing

1.2 Menyenaraikan suruhan agama dan 1.2.1 Menyenaraikan dengan betul suruhan agama dan
kepercayaan masing-masing kepercayaan masing-masing
1.2.2 Menerangkan dengan jelas adab dan peraturan
agama serta kepercayaan masing-masing
1.0 Mengetahui kecemerlangan 1.2.3 Menceritakan larangan dalam mengamalkan ajaran
diri dan keluarga agama dan kepercayaan masing- masing

1.3 Melaksanakan tanggungjawab 1.3.1 Menyenaraikan ciri-ciri penampilan diri yang baik
untuk mencapai kecemerlangan diri 1.3.2 Menyatakan kesedaran mempunyai penampilan diri yang baik
1.3.3 Mengamalkan penampilan diri yang baik dalam kehidupan
seharian

1.4 Komponen Amali 1.4.1 Menyatakan ciri-ciri nilai moral yang baik
1.4.2 Menerangkan perasaan apabila dapat melakukan nilai moral
Aktiviti: Membuat kad ucapan tersebut dalam kehidupan seharian
1.4.3 Mengamalkan nilai-nilai moral yang baik dalam kehidupan
seharian

17
PENDIDIKAN MORAL MPAK TINGKATAN 4

TEMA 2: DIRI DAN PERSAHABATAN

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.1 Menjalin hubungan dengan rakan 2.1.1 Menyenaraikan ciri-ciri rakan sebaya yang baik
sebaya 2.1.2 Menyatakan perasaan mempunyai rakan sebaya
2.1.3 Membina hubungan persahabatan dengan rakan sebaya

2.2. Mengenal pasti ciri-ciri sahabat 2.2.1 Mengenal pasti ciri – ciri sahabat yang baik
yang baik 2.2.2 Menjelaskan perasaan mempunyai sahabat
2.2.3 Memberi respon terhadap keperluan hubungan persahabatan

2.0 Mengenal kecemerlangan 2.3 Menyenaraikan ciri-ciri sahabat 2.3.1 Menyenaraikan ciri-ciri sahabat yang
diri dan persahabatan yang berhemah berhemah
2.3.2 Menyatakan kesedaran kepentingan menjadi
sahabat berhemah
2.3.3 Mengamalkan ciri-ciri sahabat berhemah dalam
kehidupan seharian

2.4.1 Menyenaraikan ciri-ciri nilai moral dalam persahabatan


2.4 Komponen Amali
2.4.2 Menyatakan perasaan dapat mengamalkan nilai moral yang baik
kepada sahabat dalam kehidupan seharian
Aktiviti: Membuat catatan diari
2.4.3 Mengamalkan nilai-nilai moral dalam perhubungan persahabatan

18

Anda mungkin juga menyukai