Anda di halaman 1dari 18

KERTAS KONSEP

THOMASIAN WIDAD
CO-OPBANK PERTAMA
DIGITAL FEST
ANJURAN
UNIT HAL EHWAL MURID
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SK SAINT THOMAS

DENGAN KERJASAMA

WIDAD UNIVERSITY COLLEGE


CO-OPBANK PERTAMA

2021/2022
KERTAS KONSEP
THOMASIAN WIDAD CO-OPBANK PERTAMA DIGITAL FEST 2021

ORGANIZED BY STUDENT’S AFFAIR AND COUNSELLING UNIT


(UNIT HEM & BIMBINGAN DAN KAUNSELING )
WIDAD UNIVERSITY COLLEGE

Dengan kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan ( PPD ), Jabatan Pendidikan


Negeri ( JPNP ) serta Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ).
         
1.0 RASIONAL

Program ini adalah untuk mawah pembangunan murid yang holistik dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Visi ini juga menjadi tunjang asas kepada usaha pembaikan
sistem pendidikan sejak Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal pada 1988 . Dengan
program ini juga dapat meningkatkan ETOS sekolah-sekolah berprestasi tinggi. Secara
tidak langsung mampu membentuk jati diri dan disiplin yang tinggi dalam kalangan
semua murid serta sentiasa mengamalkan budaya amalan baik dalam kehidupan
seharian.

2.0 LATAR BELAKANG

Program ini merupakan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Hal Ehwal Murid
SK Saint Thomas, Sekolah Berprestasi Tinggi dengan usahasama Widad University
College, Kuantan dan Co-opbank Pertama, Kuantan. Melalui program ini, sekolah akan
melaksanakan perkongsian aktiviti bersama peserta dari Sekolah Berprestasi Tinggi
seluruh Malaysia. Murid-murid juga akan memperkasa kecemerlangan sahsiah dan
akademik. Penglibatan peserta dari seluruh Malaysia secara tidak langsung mengeratkan
hubungan yang baik antara peserta dan guru-guru bagi mewujudkan perkongsian
budaya yang sihat.

3.0       MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program ini bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran dalam penggunaan
teknologi terkini yang cenderung ke arah penggunaan peranti sebagai alat komunikasi.
Walaupun pada zaman yang penuh dengan cabaran ini, penggunaan peranti itu dapat
diaplikasikan ke arah yang lebih positif untuk membentuk sahsiah dan amalan baik
murid
dalam kehidupan seharian seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Antara objektif lain adalah seperti berikut:

7.1 Memberi peluang kepada peserta untuk meneroka dan mempertingkatkan diri dalam
bidang teknologi.

7.2 Memberi peluang kepada peserta untuk berkreativiti dan membina keyakinan diri.

7.3 Memanfaatkan ICT bagi meningkat kualiti pembelajaran di Malaysia.


7.4 Memperluas akses kepada pembelajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi dan
tahap kemahiran murid.

7.5 Meningkatkan hubungan interpersonal antara guru, ahli keluarga, rakan-rakan dan
masyarakat umumnya.

4.0        TARIKH

03 Januari 2022 hingga 10 Januari 2022 – Pendaftaran


11 Januari 2022 hingga 11 Februari 2022 – Pertandingan
14 Februari 2022 hingga 18 Februari 2022 – Penjurian
28 ebruari 2022 - Pengumuman Pemenang
28 Februari 2022 hingga 04 Mac 2022 – Penghantaran Sijil
 
5.0       TEMPAT

Aplikasi Media Sosial/Digital

6.0       SASARAN

Semua murid berumur 9 hingga 12 tahun     

7.0 JALINAN KERJASAMA DENGAN WIDAD UNIVERSITY COLLEGE

Sepanjang dekat yang lalu Kementerian Pendidikan Malaysia telah membelanjakan


lebih RM6 Billion untuk teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) dalam inisiatif
Pendidikan. Jumlah ini merupakan pelaburan paling insentif pernah dilakukan dalam
sistem Pendidikan. Walaubagaimanapun, penggunaan ICT di sekolah masih tidak
mencapai tahap memuaskan baik dari segi kualiti dan kuantiti ( Anjakan 7/ E-31). Oleh itu
pihak sekolah memohon Kerjasama bagi mendapatkan khidmat bantu kepakaran dalam
menjayakan program ini.

Bagi memantapkan program ini, pihak sekolah memohon kepakaran dari segi
penjurian pertandingan yang bakal diadakan kelak. Ini adalah untuk menjadikan sistem
penghakiman lebih telus dan profesional. Selain itu, ia dapat mengelakkan sebarang
ketidakadilan dalam pemarkahan pertandingan tanpa bersikap prejudis.

Diharap melalui usahasama ini. dapat mengeratkan lagi hubungan pihak sekolah
dan universiti. Pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi
manfaat kepada kedua-dua pihak.

8.0 JALINAN KERJASAMA DENGAN CO-OPBANK PERTAMA

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Co-opbank Pertama selaku rakan
strategik yang turut bekerjasama dalam menjayakan program ini.
9.0      SENARAI PERTANDINGAN

1. Tiktok Amalan Terbaik


2. Carta Rutin Harian
3. Motivator Muda
4. Hobi Kreatif

( Nota : Sila Rujuk Lampiran 1 untuk syarat-syarat pertandingan )


 

10.0      MAKLUMAT PENYERTAAN

Karnival ini terbuka kepada semua murid sekolah dari Sekolah Berprestasi Tinggi
seluruh Malaysia.

BI NAMA SEKOLAH NEGERI


L
1 Sekolah Kebangsaan Zainab 2 Kelantan
2 Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Kelantan
3 Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 Terengganu
4 Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail Terengganu
5 Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Kwang Hwa Pulau Pinang
6 Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Perempuan China 2 Pulau Pinang
7 Sekolah Kebangsaan Convent Kota,Taiping Perak
8 Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma Kedah
9 Sekolah Kebangsaan Ibrahim Kedah
10 Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera Perlis
11 Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 Kuala Lumpur
12 Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur
13 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(1) Putrajaya
14 Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) Putrajaya
15 Sekolah Kebangsaan Saujana Impian Selangor
16 Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Selangor
17 Sekolah Kebangsaan Infant Jesus Convent Johor
18 Sekolah Kebangsaan Tengku Mariam Johor
19 Sekolah Kebangsaan Convent Of The Infant Jesus (2) Melaka
20 Sekolah Kebangsaan ( P ) Puteri Negeri Sembilan
21 Sekolah Kebangsaan King George ( L ) Negeri Sembilan
22 Sekolah Kebangsaan ( P ) Methodist ( 2 ) Melaka
23 Sekolah Jenis Kebangsaan ( C) Tung Hua Sibu Sarawak
24 Sekolah Kebangsaan St Marry Sarawak
25 Sekolah Kebangsaan Lingga Baru Sabah
26 Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist Pahang
27 Sekolah Kebangsaan Assunta Convent Pahang
28 Sekolah Kebangsaan Seri Biram Pahang
29 Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata Pahang
30 Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Ringlet Pahang
11.0      JANGKAAN IMPAK DAN SASARAN

10.1 Menghayati nilai sahsiah serta mengaplikasikan dalam kehidupan


seharian.
10.2 Berpeluang mengenali pelbagai amalan baik yang perlu dipraktikkan dalam
diri masing-masing.
10.3 Meningkatkan KPI sekolah dengan penyertaan dalam pertandingan seperti ini.
10.4 Berkomunikasi dengan cara yang baik dengan ahli keluarga.
10.5 Mendapat sijil penyertaan peringkat kebangsaan.
10.6 Membentuk jati diri dan disiplin kendiri.
10.7 Memperkasakan kemahiran penggunaan teknologi maklumat

12.0     JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG

Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM )


Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ( JPNP )
Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan ( PPD )
Widad University College, Kuantan
Co-opbank Pertama, Kuantan

PENGERUSI
Guru Besar Sk Saint Thomas

AHLI JAWATANKUASA
Semua Guru Besar Sekolah - Sekolah Berprestasi Tinggi, Malaysia

13.0     JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat
En. Mohd Razali bin A. Rahman, PKC
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Saint Thomas
Sekolah Berprestasi Tinggi
Kuantan, Pahang

Pengerusi 1
Pn Zalina binti Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pengerusi 2
En Muzalmi bin Shamsi
Penolong Kanan Petang
Naib Pengerusi 1
Pn. Dayang Zukyanatusaniah binti Awangku Abdul Hamid
Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2
En Kamaruddin bin Mat Ali
Penolong Kanan Kokurikulum )

Penyelaras
En. Mohd Rosli bin Ibrahim

Setiausaha
Pn Nor Abidah binti Mohd Hatar

Naib Setiausaha
Pn Nur Amini binti Mat Zaid

Ahli Jawatankuasa
AJK Pertandingan
1)Hobi Kreatif
Pn. Siti Nor Akhmar binti Shaikh Abd Hadi ( K )
En. Nawawi bin Derahim
En. Abdul Rahman bin Sarim

2)Tik Tok Amalan Baik


Pn. Noraini binti Talib (K)
Pn. Norkhanisah binti Ismail
En. Syahril Nizam bin Mohamed

3)Motivator Muda
En Wan Azeman bin Wan Muhammad (K)
Pn. Sushila Kaur a/p Siminder Singh

4)Carta Rutin Harian


Pn. Norahiza binti Zaid

Surat Menyurat / Brosur


Pn Wan Suzi binti Wan Mohd Zawil Abidin ( K )
Pn Rosma Paiza binti Alias

Sijil
Pn. Nor Zaihan binti Zakaria

Banner
Mohd Nazir bin Awang Hamat ( K )
En. Mazuwan bin Muhammad

Dokumentasi
Pn Norainshah binti Mohd Hashim

Teknikal / Logo / Borang penyertaan


En. Mohamad Husaini bin Mohd Shafri ( K )
En. Mohamad Famir bin Zakaria
Pn. Aminah binti Abdul Aziz
En. Rozlan bin Nasir
2 Orang Wakil Widad University College

Kewangan
Guru Besar
Guru Penolong Kanan
YDP PIBG
Setiausaha PIBG
Bendahari PIBG
En Mohd Rosli bin Ibrahim
Pn Noriza binti Yusof @ Mat Dahan

Cenderamata / Hadiah
Pn Wan Rasyidah binti Wan Sulong ( K )
Pn Norainshah binti Mohd Hashim
Pn. Roselin binti Abdul Wahab @ Abdul Latiff
Pn. Wan Rohana binti Hassan
En. Khairul Effendi bin Abdullah

Publisiti / Perhubungan
Tn. Hj. Wan Roslan bin bin Wan Seman (K)
Pn. Mohana Manoharan a/p K. Manoharan
Pn. Syahida binti Salleh
Pn Zuraidah binti Mohd Yatim Hassan
Seorang Wakil Widad University College

Penjurian
En. Mohd Rosli bin Ibrahim (Penyelaras)
En. Muhammad Husaini bin Mohd Shafri (Penolong.Penyelaras)
8 Orang Juri Widad University College

13.0     SUMBER PERUNTUKAN 
BI PERKARA JUMLAH ( RM )
L
1 PIBG Sk Saint Thomas RM 2200.00

2 Kutipan Yuran RM 1800.00

30 buah sekolah x 4 pertandingan x RM 15.00

Jumlah Keseluruhan RM 4080.00

*Kaedah Pembayaran Yuran Penyertaan adalah secara atas talian: Akaun SUWA ( Sk Saint
Thomas)
Maybank : 556093223536

14.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

BI SUMBER PERKARA KUANTITI KOS ( RM )


L PERUNTUKAN
1. Hadiah Pertandingan
PIBG Sk Saint Thomas
Anugerah Khas RM 500.00 x 1 RM 500.00
( RM 2200.00 )
Peserta Terbaik RM 100.00 x 1 RM 100.00

Pingat

-Johan RM 80.00 x 4 RM 320.00

-Naib Johan RM 80.00 x 4 RM 320.00

-Ketiga RM 80.00 x 4 RM 320.00

-Keempat RM 80.00 x 4 RM 320.00

-Kelima RM 80.00 x 4 RM 320.00

JUMLAH RM 2200.00

2. Kutipan Yuran Sijil Peserta RM 2.50 x 130 RM 325.00


Pertandingan
30 buah sekolah x 4
pertandingan x RM Sijil Penghargaan RM 2.50 X 50 RM 125.00
15.00 Ahli Jawatankuasa

( RM 1800.00 ) Sijil Penghargaan RM 2.50 X 20 RM 50.00


Wakil Widad
University College

Sijil Penghargaan RM 2.50 X 1 RM 2.50


Co-opbank Pertama

Cenderahati Hakim RM 40.00 x 10 RM 400.00

Kos Pengurusan
- Fotostat RM 60.00
- Alat Tulis RM 30.50
- Kertas RM 60.00
- Ink Printer RM 200.00

Pengurusan RM 547.00
Penghantaran Sijil/
Postage

JUMLAH RM 1800.00
RM4000.00
JUMLAH KESELURUHAN

15.0 CADANGAN MAJLIS PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH


*Tertakluk kepada sebarang Pindaan

THOMASIAN WIDAD CO-OPBANK PERTAMA DIGITAL FEST (SECARA


MAYA)

8.00 PAGI - PENDAFTARAN


(LINK – GOOGLE FORM)
9.00 PAGI - LINK GOOGLEMEET AKAN DIBERI
10.00 PAGI - UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
- BACAAN DOA
- UCAPAN ALUAN GURU BESAR
- MAJLIS JARINGAN DAN PERKONGSIAN PINTAR
- UCAPAN RINGKAS KETUA JURI
- PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN
12.00 TGH - TAMAT

16. 0     JADUAL PERLAKSANAAN

LANGKAH KERJA AKTIVITI CATATAN


Perancangan Mesyuarat Pertama Mesyuarat 1
Draf dan Perancangan Mesyuarat 2
awal
Pemilihan Ahli Menyenaraikan tugasan Mesyuarat 3
Jawatankuasa dan memilih Ahli Mesyuarat 4
Jawatankuasa
Pembahagian kerja dan
tugasan
Menjalankan tugasan yang
diberikan

Perlantikan Juri Memilih dan 8 orang wakil Widad


menyenaraikan barisan juri University College
luar
Menghubungi dan urusan
surat menyurat
Pertandingan Menghantar poster dan Secara atas talian
hebahan kepada sekolah-
sekolah terlibat
Pertandingan bermula
Memberi maklum balas
kepada peserta yang
menyertai pertandingan
Penutup Pengumuman pemenang Anugerah Khas
secara dalam talian/majlis Peserta Terbaik
Pingat –
Johan, Naib Johan, Ketiga,
Keempat dan Kelima
( setiap kategori )

17.0     PENUTUP
 
Semoga karnival yang dianjurkan ini dapat berjalan mengikut perancangan yang telah
ditetapkan. Seterusnya berjaya melahirkan individu yang mempunyai sahsiah yang
tinggi dan sentiasa mengamalkan sikap yang baik dalam kehidupan seharian seiring
dengan objektif yang telah digariskan. Di samping itu, diharap melalui program ini
dapat memberi manfaat dan mendapat kerjasama daripada guru-guru, pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri serta pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Disediakan oleh,       Disemak oleh, Disemak oleh,


__________________  _________________ ___________________
En. Mohd Rosli bin Ibrahim Pn. Zalina binti Othman  En. Muzalmi bin Shamsi
Penyelaras Program Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Petang

Diluluskan oleh,
___________________
  En Mohd Razali bin A. Rahman, PKC
         Guru Besar
SK Saint Thomas
Kuantan, Pahang

DISEDIAKAN OLEH MOHD ROSLI BIN IBRAHIM


PENYELARAS
LAMPIRAN 1

TIK TOK AMALAN BAIK

Objektif:
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang amalan baik.
2. Menyuntik sikap positif dalam diri murid.
3. Mewujudkan nilai-nilai dalam tingkah laku harian .

Syarat-syarat pertandingan:
1. Peserta perlu menghasilkan video tik tok berdurasi 2 hingga 3 minit
2. Kandungan Tik Tok mesti jelas dan berfokus
3. Penyampaian Tik Tok mengikut kreativiti masing-masing.
4. Video yang dihasilkan boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
5. Video perlu diletakkan #abthomasian
6. Pautan video perlu dihantar ke telegram Tik Tok Amalan Baik
7. Tema:
a) Amalan Jimat Cermat
b) Budaya Kerjasama
c) Kebersihan Alam Sekitar
*Pilih satu tema di atas
Contoh :
Gotong-royong Bersama keluarga di masa lapang

CARTA RUTIN HARIAN

Objektif:
1. Melahirkan peserta yang boleh memanfaatkan waktu dengan aktivti harian yang
seimbang, sihat dan positif.
2. Melatih murid menyampaikan maklumat secara jelas dan tepat.
3. Mencungkil bakat kreatif murid dalam menghasilkan persembahan secara digital.

Syarat-syarat pertandingan:
1. Carta mestilah berukuran A3 dan dalam bentuk digital.
2. Rekaan carta mestilah mengikut kreativiti sendiri.
3. Susunan langkah-langkah mestilah jelas dan mudah difahami.
4. Elemen persembahan perlulah bersesuaian dengan carta yang dipersembahkan.
5. Susunan maklumat mestilah mengikut turutan yang jelas dan ringkas.

Tema:
Aktiviti/Amalan Harian di Rumah.
MOTIVATOR MUDA

Objektif:
1. Melahirkan peserta yang boleh berkomunikasi dengan baik dan boleh
menyampaikan maklumat dengan tepat.
2. Mengcungkil bakat dan kebolehan dalam kalangan murid.
3. Mencari pelbagai sumber maklumat bagi menghasilkan bahan penyampaian
yang berinformatif.
4. Melatih murid dalam penggunaan alatan digital masa kini.
5. Merapatkan hubungan kekeluargaan melalui penglibatan ahli keluarga, sekolah
dan komuniti.
6. Merangka sinopsis dan produksi kerja dalam penghasilan video.
7. Penyampaian video memberi manfaat kepada semua.

Syarat-syarat pertandingan:
1. Peserta perlu menghasilkan video pendek berdurasi 3 hingga 5 minit
2. Video mesti dihasilkan dalam bentuk syarahan secara individu.
3. Penggunaan video dalam bentuk MP4.
4. Syarahan mestilah mengikut tema yang ditetapkan.
a. Kerjaya Masa Depan
b. Yang Muda Disayangi, Yang Tua Dihormati
c. Otak Cerdas Minda Sihat
5. Setiap video mestilah mempunyai produksi kerja dari segi pengarahan dan
teknikal.

6. Isi penyampaian mestilah tidak menyentuh isu politik, sensitiviti perkauman


dan agama
7. Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
8. Peserta perlu memuat naik video ke dalam pautan youtube ( nyatakan nama
penuh, nama sekolah dan tajuk yang dipilih)
9. Pautan youtube hendaklah di hantar ke telegram Motivator Muda

HOBI KREATIF

Objektif:
1. Menjelaskan tentang hobi yang memberi manfaat kepada semua orang.
2. Menunjukkan kemahiran teknologi dengan mempamerkan hobi tersebut secara
kreatif .
3. Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif.

Syarat-syarat pertandingan:
2. Peserta perlu menghasilkan video pendek 2 hingga 3 minit
3. Hobi yang dipilih mestilah menarik dan luar biasa.
4. Hobi mesti jelas dan berfokus
5. Penyampaian video mengikut kreativiti masing-masing.
6. Video tersebut perlu ada penglibatan anggota keluarga, sekolah atau komuniti.
7. Peserta perlu menyatakan nilai-nilai dan amalan baik dalam video tersebut
8. Penggunaan bahan mestilah selamat tanpa melibatkan bahan-bahan toksik dan
tidak memberi kesan kepada alam sekitar. (kitar semula)
9. Video hendaklah di hantar ke telegram Hobi Kreatif dengan disertakan nama
peserta dan sekolah serta tajuk yang dipilih.
10. Boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Contoh :
Menghasilkan rantai kunci dari bahan terbuang sebagai aktiviti di masa lapang.

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

JAWATANKUASA PERLAKSANA
LAMPIRAN 4

Anda mungkin juga menyukai