Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM BINA JATI DIRI BERSAMA PENJARA TAIPING


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (Bermasalah pembelajaran)
SMK REDANG PANJANG

1.0 PENDAHULUAN
Aktiviti pembelajaran luar bilik darjah merupakan satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang amat penting kepada pelajar khususnya pelajar-pelajar berkeperluan
khas. Program bersama Penjara ini dirangka pada awal awal tahun dalam usaha untuk
mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar agar dapat menjauhi perbuatan dan
amalan-amalan yang dilarang di sisi undang-undang. Dengan wujudnya jalinan dan
jaringan antara pihak sekolah dan agensi luar ini, di harapkan akan dapat membantu
meningkatkan kemahiran sosial para pelajar seterusnya membantu ke arah proses
kemenjadian murid.

2.0 RASIONAL
2.1 Murid dapat mengetahui dengan lebih dekat aktiviti yang dijalankan oleh warga
penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
2.2 .Memberi kefahaman kepada pelajar tentang konsep pembalasan dan hukuman bagi
setiap kesalahan yang dilakukan.
2.3 Memberi kefahaman mengenai konsep perundangan negara

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara melalui sesi ceramah yang
disampaikan.
3.2 Mewujudkan keinsafan dan kesedaran dalam diri murid agar berkelakuan baik dan
menjalankan kehidupan secara sihat dan bebas daripada gejala negatif.
3.3 Mewujudkan hubungan antara pihak penjara dan PPKI SMKRP.
3.4 Memberi peluang kepada murid untuk bersoal jawab mengenai penjara.

4.0 SASARAN
23 orang murid Pendidikan Khas
5.0 BILANGAN PESERTA / GURU
- 23 orang pelajar PPKI, SMK Redang Panjang
- 5 orang guru
- 2 orang Pembantu Pengurusan Murid
(Senarai nama sila rujuk lampiran)

6.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 12 Februari 2015
Masa : 7.30 pagi hingga 2.00 petang
Tempat Lawatan : Penjara Taiping

7.0 AJK INDUK


Pengerusi : Tn. Hj. Ahmad Fairus bin Md Tahir
( Pengetua SMK Redang Panjang )
Naib Pengerusi : Pn. Marina binti Hj Abu Bakar
( Penyelaras PPKI )
Setiausaha : Pn. Zaizura binti Mohamad

Pengangkutan : Pn. Suhada binti Ramli


Kawalan Murid : En. Shahirul bin Shamsuddin
Pn. Rosilah binti Zainal
Dokumentasi : Pn. Rosma Sainrah binti
Fotografi : Cik Norazila binti Abu Bakar
Pn. Suhada binti Ramli
Makanan : Pn. Zaizura binti Mohamad
Pn. Rosilah binti Zainal
Hadiah : Pn. Rosma Sainrah binti Ghazali
Cik Norazila binti Abu Bakar
Sijil : Pn. Rosma Sainrah binti Ghazali
8.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Aktiviti
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah
8.00 pagi - Perjalanan ke Penjara Taiping
9.00 pagi - Tiba di Penjara Taiping
- Ceramah oleh pegawai penjara yang bertugas.
- Sesi soal jawab dan kuiz
- Penyampaian Cenderamata
- Melawat hasil kerja banduan Penjara Taiping
12.00 tengah hari - Rehat dan Makan
1.00 tengah hari - Bertolak balik ke SMK Redang Panjang
2.00 petang - Tiba di SMK Redang Panjang

9.0 CADANGAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan
Bil Perkara JUMLAH
1 Pengangkutan (RM 15.00 x 5 Orang) RM 75.00
2 Alat Tulis (RM 1.00 X 23 Orang) RM 23.00
3 Makan dan minum (murid) (RM 6 x 23 Orang) RM 138.00
JUMLAH RM 236.00

Pendapatan
Bil Perkara JUMLAH
1 PCG Sivik dan Kenegaraan RM 236.00

JUMLAH RM 236.00

Disediakan oleh : Disemak oleh : Diluluskan oleh:

................................... ...................................... .............................


( ZAIZURA BINTI MOHAMAD) (MARINA BT HJ ABU BAKAR) (HJ. AHMAD FAIRUS B. MD TAHIR)
PENYELARAS PPKI SMKRP PENGETUA
PPKI SMKRP SMKRP

Anda mungkin juga menyukai