Anda di halaman 1dari 8

HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

VISI SEKOLAH
MENJADI SEKOLAH YANG CEMERLANG
DAN GEMILANG DALAM MELAHIRKAN
INSAN YANG SEIMBANG DAN BERSEPADU
DALAM MENEMPUHI CABARAN
WAWASAN NEGARA

MISI SEKOLAH
MEMPERTINGKAT DAN MEMANTAPKAN
PENCAPAIAN MURID-MURID YANG
SEIMBANG DAN BERILMU PENGETAHUAN
DALAM SEMUA BIDANG MELALUI PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG
REALISTIK, DINAMIK, BERSEPADU DAN
BERKUALITI

1
HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

ISI KANDUNGAN

Visi dan Misi Sekolah 1

Isi Kandungan 2

Pendahuluan 3

Matlamat dan Objektif 3

Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan 4

Kumpulan Sasaran 4

Tentatif Program dan Pengisian Aktiviti 4

Jawatakuasa Pengelola Kem Kepimpinan Murid 5

Jawatankuasa Pelaksana Kem 5

Kos Perbelanjaan 6

Penutup 6

Lampiran

2
HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

1.0 PENDAHULUAN

Susulan daripada pembukaan sesi persekolahan baru 2017, perlantikan satu jawatankuasa baru pelajar telah
ditubuhkan bagi pemimpin dikalangan pelajar iaitu lembaga pengawas sekolah, ketua kelas dan penolong ketua kelas
serta pengawas perpustakaan di bawah naungan Jawatankuasa Hal Ehwal Murid bagi sesi persekolahan 2017.
Sehubungan itu, satu program khas yang dinamakan Program Kem Kepimpinan Murid dan Motivasi Kecemerlangan
Pemimpin Murid telah dicadangkan sebagai salah satu aktiviti dalam takwim HEM 2017. Program yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa HEM SK Kampung Sawai 2017 ini melibatkan peserta dari kalangan semua pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber sekolah dan semua ketua kelas serta penolong ketua kelas tahap 2 bagi tahun 2017.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Program kem kepimpinan dan motivasi kecemerlangan pemimpin murid ini bertujuan untuk mengasah bakat
kepimpinan, menerapkan disiplin diri yang tinggi, membentuk sahsiah rupa diri yang dapat dicontohi dan disegani dan
memupuk sikap dan keterampilan yang unggul sebagai pemimpin dikalangan murid. Sebagai pemimpin dikalangan
murid sekolah, murid perlu diberi pendedahan awal tentang sikap dan tanggungjawab serta peranan yang dimainkan
oleh mereka selaku peneraju barisan kepimpinan. Dalam menjalankan tugas dan peranan yang diamanahkan, murid
juga perlu diajar untuk menyeimbangkan diri dalam semua aspek JERIS selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
untuk membina modal insan yang harmonis dan seimbang dalam semua aspek.

Program ini juga dapat menjadi tempat mereka memupuk semangat patriotisme, keyakinan dalam
berinteraksi dan cara berkomunikasi dikalangan peserta dan pihak sekolah. Motivasi kecemerlangan juga dapat
membantu menaikkan semangat untuk belajar dan meningkatkan pretasi pelajaran. Selain daripada itu, matlamat
program ini adalah untuk memperlengkapkan para pelajar dalam aspek kepimpinan, keterampilan diri, keyakinan diri,
dan ketahanan mental dan melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwawasan serta seimbang dari segala aspek.
Secara rasionalnya, program ini memberi kesedaran kepada pelajar bagaimana untuk menjadi pemimpin yang dinamis
dan progresif, berfikiran positif dan dalam masa yang sama dapat membentuk pelajar yang berpotensi tinggi dalam
akademik dan ko-kurikulum.

3
HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

3.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Nama Program: Kem Kepimpinan Dan Motivasi Kecemerlangan Pemimpin Murid

Tarikh : 9 dan 10 Mac 2017

Hari : Khamis dan Jumaat

4.0 KUMPULAN SASARAN/PENYERTAAN

Kumpulan Sasaran: (Senarai nama peserta adalah seperti dalam Lampiran 1)

4.1 Pengawas Sekolah

4.2 Pengawas Pusat Sumber

4.3 Semua Ketua dan Penolong Ketua Kelas tahap 2

5.0 TENTATIF PROGRAM DAN PENGISIAN AKTIVITI

Berikut adalah antara pengisian aktiviti yang dicadangkan.

5.1 Ceramah

5.2 Latihan dalam kumpulan

5.3 Persembahan kebudayaan

5.4 Solo Drop

5.6 Senamrobik

Bagi tentatif program, rujuk Lampiran 2.

4
HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

6.0 JAWATANKUASA PENGELOLA KEM KEPIMPINAN MURID

Penasihat : Encik Mokhtar bin Ibrahim (Guru Besar SK Kampung Sawai)

Penyelaras Program : Encik Zharif Zhafran bin Ghazali (PK HEM SK Kampung Sawai)

Ahli-Ahli : Semua guru dan staf sokongan

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KEM

Penasihat : Encik Mokhtar bin Ibrahim (Guru Besar)

Ketua Penyelaras : Encik Zharif Zhafran bin Ghazali

Penyelaras aktiviti : 1. Cik Nur Mina Zulikha bt Mohd Zubir

2. En Dzairi Azmeer bin Derahman

Penceramah : En. Zharif Zhafran bin Ghazali (Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin
di Kalangan Murid)

Fasilitator : 1. Encik Mohamad Nasaruddin bin Rajaee

: 2. Pn. Fauziah binti Ahmad

: 3. Cik Cecilia Salip Gimset ak Ikel

Aktiviti Riadah Petang dan senaman pagi : 1. Encik Mohamad Nasaruddin bin Rajaee

2. Pn Siti Zur Aida binti Ahmad

Peralatan dan logistik : 1. Encik Amran bin Baki

2. Encik Romio Bajeng

3. Encik Rashidi

Unit Keselamatan : Pengawal Keselamatan (Encik Romio dan Encik Rashidi)

Unit Kebajikan/Kecemasan : 1. Puan Raha binti Selamat

2. Puan Helena Dayu ak Ullack

Unit Jururakamera/gambar : 1. Puan Rosina binti Tomick

2. Puan Fauziah bt Ahmad

Unit Makanan & Minuman : 1. Puan. Nazibah bt Abdul Hajar

2. Puan Helena Dayu ak Ullack

2. Puan Zaleha

5
HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

3. Mak Ami

Sijil : 1. Cik Nur Mina Zulikha binti Mohd Zubir

2. En. Zharif Zhafran bin Ghazali

Pengerusi Majlis Penutupan : Puan Raha binti Selamat

9.0 KOS PERBELANJAAN


9.1 Bagi kos perbelanjaan mengurus program Kem, rujuk Lampiran 3.

9.2 Sumber kewangan adalah daripada peruntukan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling.

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan
pelajaran yang disampaikan di dalam program ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk
melahirkan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(En. Zharif Zhafran bin Ghazali) (En. Mokhtar Bin Ibrahim)


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Besar
SK Kampung Sawai, Daro SK Kampung Sawai, Daro

6
HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

LAMPIRAN 5

AKTIVITI

Ceramah 1
Tajuk: Sahsiah Rupa Diri, keterampilan dan Etika Sebagai Pemimpin
Disampaikan oleh: Pn. Suyah Ak Jenang

Ceramah 2
Tajuk: Pengurusan masa dan Pengurusan Pembelajaran Cemerlang
Disampaikan oleh: Pn Rosina Tomick
Latihan dalam kumpulan

1. Running Man Sawai


2. Rempuhan Berhalangan
3. Malam Persembahan kebudayaan
4. Malaysia Cergas (Senamrobik)

7
HEM:KEM KEPIMPINAN MURID 2017

Anda mungkin juga menyukai