Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN AL QURAN

CUE ANN.

KETIBAAN VIP
Pihak majlis mengalu alukan kehadiran Encik Mohd
Khairul Faisal bin Hamzah,Ketua Pegawai Operasi
Yayasan Ade Azhar bersama team ke SMK Rapat
Setia.

 Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan bacaan


yasin yang akan diketuai oleh Al Fadhil Ust Ibahim b
Che Soh dan anakanda pelajar Amir Dzarif bin dari
kelas 2 delima.
BACAAN YASIN
Pihak majlis dengan ini diserahkan kepada Ust
Ibrahim.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan


SALUTASI salam sejahtera.

Jika ada pancing di tangan,


Mari mengail ikan kerapu,
Kami menunggu datangmu tuan,
Majlis berseri bertambah mutu.

 Yang Berusaha,

Pn Rozimah binti Md Hashim

Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati,

Encik Khairul Faisal bin Hamzah

1
Ketua Pegawai Operasi Yayasan Ade Azhar

Yang Dihormati,

Puan Asiah bt Moin

Penolong kanan Hal Ehwal Murid

 Guru-guru Kanan

Team Yayasan Ade Azhar

Guru-guru serta pelajar –pelajar yang dikasihi


sekelian,
UCAPAN ALU-
ALUAN MC Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t
kerana dengan berkat kerahmatan dan keizinan-Nya
dapat juga kita berkumpul di Persada Perpaduan ini
untuk menjayakan Majlis bacaan yasin mingguan oleh
warga SMk Rapat Setia.

Pagi Jumaat yang penuh barakah ini juga mencatat


sejarah baru bagi warga SMK Rapat Setia apabila kita
dikunjungi oleh Team Yayasan Ade Azhar yang
diketuai oleh Encik Khairul Faisal bin Hamzah

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


semua team Yayasan Ade Azhar yang bersama kita
pada pagi ini.Datang dari jauh demi satu matlamat dan
satu tujuan.Alhamdulillah .

Kedatangan mereka bukanlah dengan tangan yang


kosong tetapi datangnya mereka memberi seribu
makna dan kebaikan buat kita semua.In Sya allah kita
sama sama dengarkan kalam indah yang akan
disampaikan oleh wakil Yayasan Ade Azhar sebentar

2
Nanti.

 Hadirin yang dimuliakan,

Kalau hendak ke Pekan Dengkil,


Belikan saya kain belacu,
Silakan tuan segera tampil,
Menyampaikan sesuatu bingkisan di kalbu.
UCAPAN
PENGETUA  Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn
Rozimah binti Md Hashim,Penolong kanan
Pentadbiran SMK Rapat Setia untuk menyampaikan
ucapan.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

 Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan alu-


aluan sebentar tadi

 Para tetamu yang dihormati,

Terbang di awan burung jentayu,


Di atas papan batang selisih,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan pengikat kasih.

 Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


UCAPAN TETAMU mempersilakan Yang dihormati, Encik Khairul Faisal
bin Hamzah Ketua Operasi Yayasan Ade Azhar untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik


Khairul Faisal atas ucapan itu tadi..

 SESI Hadirin sekelian

3
Ritma majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan
menjemput dan mempersilakan Pn Rozimah bt Md
Hashim Pen Kanan Pentadbiran dan Encik Khairul
Faisal bin Hamzah untuk menandatangani sijil smart
TANDATANGAN
partnership,Dipersilakan.
SIJIL SMART
PARTNERSHIP
Pihak majlis juga mempersilakan Pn Asiah bt
Moin,Pen Kanan Hem,juga guru-guru kanan serta team
Yayasan Ade Azhar untuk sama-sama menyaksikan
majlis tandatangan ini.

Terimakasih diucapkan

 MAJLIS SERAHAN Hadirin sekelian


AL QURAN
Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian Al
Quran kepada wakil tingkatan.Majlis dengan ini
menjemput dan mempersilakan Puan Rozimah bt Md
Hashim bagi mengiringi Encik Khairul Faisal bin
Hamzah untk menyampaikan naskhah Al Quran
kepada wakil tingkatan.

Dipersilakan wakil dari kelas ppki

Muhammad Aiman Aqil bin Roslan

Wakil dari Tingkatan 1 dijemput

Amar Danish bin Aznil Akmar

Tingkatan 2

Amir Dzarif b Azizul Rahim

4
Tingkatan 3

Wan Asyraf Adli bin Sharifuddin

Tingkatan 4

Engku Irwan bin Engku Mahmud

Dan wakil kelas tingkatan 5

Putera Adril Haikal bin Mohd Nazri

Terimakasih diucapkan kepada Encik Khairul Faisal


bin Hamzah dan Puan Rozimah atas penyerahan
naskhah Al Quran itu tadi.

Sebagai tanda penghargaan daripada pihak


sekolah,Pihak majlis dengan ini mempersilakan Pn
Rozimah untuk menyampaikan cenderamata Kenang-
kenangan kepada Encik Khairul Faisal bin Hamzah.

Pihak majlis sekali lagi mengucapkan terimakasih


kepada Pn Rozimah dan Encik Khairul Faisal.

 Hadirin sekelian,

Bertiup bayu di pantai indah,


PENUTUP Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang,
 Majlis kita telah pun barada di penghujungnya.

Saya mewakili pihak majlis mengucapkan terima kasih


yang tidak terhingga kepada Encik Khairul Faisal
beserta Team Yayasan Ade Azhar atas sumbangan al
Quran yang diberikan, semoga yang baik baik juga

5
kembali kepada Encik Khairul Faisal dan team serta
kepada semua pewakaf –pewakaf Al Quran yang sudi
memberikan sumbangan kepada warga SMK Rapat
Setia.

Tidak lupa pada semua guru dan pelajar-pelajar yang


hadir pada hari ini. Semoga kita bersua lagi pada
masa yang akan datang.

Sekian saya sudahi dengan lafaz yang


mulia ,wassalamu alaikum warahmatullahi
wabarakatuh

,
Mohon semua bersedia untuk sesi bergambar
SESI BERGAMBAR

Anda mungkin juga menyukai