Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA

MAJLIS KHATAM ALQURAN 2022

ALLAHHUMMASALLIALA SAYYIDI MUHAMMAD WAALAALIHI


WASHOHBIHI WASSSALAM...
RABBISRRAH….
”Dari Dewan SURAU ASSAKINAH – diilangsungkan secara penuh takzimnya Program
Semarak Ramadhan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah antara kemuncak
Program Semarak Ramadhan sesi persekolahan Tahun 2022/2023.”

Bismillahhirramanirrahimm ......
Alhamdulilahhirabbilalamin..
Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin.
Waala alihi wasahbihiajmain...

-i) KATA-KATA ALUAN-TETAMU

* Yang Berbahagia pihak Urusetia Masjid Surau Sakinah,

1.  Yang Berusaha,
Guru Besar,

2.  Yang Berbahagia EN.HISHAM, 


Yang Dipertua, Persatuan Ibu bapa dan guru,
___________________________________

3.  YANG DIHORMATI, BARISAN GURU PENOLONG KANAN;

 GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK TTDI JAYA –


GURU PENOLONG KANAN KO KURIKULUM, SK TTDI JAYA,
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, SK TTDI JAYA,
 GURU PENOLONG KANAN PETANG SK TTDI JAYA,
 
4.     YANG DIKASIHI ,
- PARA USTAZ, DAN USTAZAH
- GURU – GURU,
        - YANG DISAYANGI, PARA IBU BAPA,

5.     SETERUSNYA YANG DIRAIKAN,


MURID-MURID TAHUN 6, JUGA SAHABAT SAYA;
PESERTA KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH SK TTDI
JAYA, SESI TAHUN 2022/2023.

6. SERTA
SEMUA HADIRIN, WARGA, YANG DIRAHMATI
ALLAH,

 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.!

**********************************************************************************
Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran dizahirkan ke hadrat Allah; Rabbul
Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi
kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua,
dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan SURAU ASSAKINAH pada pagi
yang barakah ini
bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah bagi tahun ini”.
Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an
dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah di


bawah pengurusan Panitia Pendidikan Islam, bagi meningkatkan kecemerlangan
murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran.

Melalui penganjuran Program Semarak Ramadan ini, pada bulan yang penuh
barakah dan sinonim dengan bulan Al-Quran ini, adalah salah satu aktviti yang
berupaya mendidik murid-murid mencapai kejayaan yang mengimbangi duniawi
dan ukhrawi.

Warga dewan yang dirahmati Allah SWT,

Peserta Khatam Al-Quran ini, seramai 22 orang murid ini, merupakan insan
terpilih daripada aktiviti tadarus semasa rehat tahap 2. Program Tadarus saban
tahun dilaksanakan sebagai kesinambungan bagi mentarbiahkan amalan
membaca dan mentadabur Al-Quran sebagai satu budaya hidup yang unggul
serta menerapkan pemikiran Quranik”, dalam proses kemenjadian murid yang
akan melahirkan generasi terbilang.

1.  Bacaan Doa

Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.,

Tadarus Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon penjana taqwa

Sebagai pembuka tirai majlis Khatam Al-Quran yang julung dijalankan di surau
yang serba indah ini, pada pagi ini, dipersilakan
Adik _________________________________________________
Dari Kelas _______________ bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan..

-      DOA  –

Amin amin yarabbal alamin..


Alhamdulillah, seiring kita tadi, menadah tangan mengaminkan doa dengan
penuh pengharapan, moga dimakbulkan Allah Yang Rahman.

Aturcara majlis pada pagi ini,


dimulai dengan ucapan alu-aluan dan seterusnya perasmian majlis
Khatam Al-Quran Peringkat SK TTDi Jaya oleh
 
yang kita kasihi.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

-      UCAPAN -

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan , Guru Besar yang
kita kasihi sebentar tadi.
Dalam ucapan beliau tadi, dapatlah kita mengutip mutiara-mutiara
amanat yang berhikmah’ untuk diteladani, bagi menyuburkan nurani,
sebagai panduan hidup kita.

Hadirin dan sidang jemaah yang dihormati sekalian,


Terungkapnya Ucapan beserta lafaz perasmian Majlis Khatam Al-Quran
Peringkat ________ , tadi,
Dengan ini, maka rasmilah sudah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
sesi persekolahan tahun 2022/23 pada pagi ini. Syukur Alhamdulillah.

-        UCAPAN PERASMIAN      -

4.  Majlis Khatam Al-Quran

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah ssi 2022/2023 ini akan dimulakan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan


Al Fadhil Ustaz Ahmad sebagai
Fatih Munabih bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.

 Dengan segala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS KHATAM BERMULA –  

Jutaan terima kasih kepada Al Fadhil _______ yang telah memimpin Majlis
Khatam Al Quran yang penuh tertib dan gemilang sebentar tadi.
Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh
22  orang murid SK ________ yang sangat hebat.

 Alhamdulillah & Tahniah diucapkan.

---------------------------------------------------------------------
6.  Penyampaian Cenderahati

 Salam sejahtera penyambung bicara..

Untuk makluman hadirin dan hadirat,

Acara berikutnya ialah penyampaian cenderahati;


Majlis dengan berbesar hati mempersilakan;
Yang Berusaha, PN. MAZNAH BINTI ZAINI, 
Guru Besar, SK ________________

Dengan diiringi;

EN. __________________
GURU PENOLONG KANAN HEM, SK______

bagi menyempurnakan majlis.

Dengan segala hormatnya dipersilakan...

-GB berada di depan pentas PENYAMPAIAN CENDERAHATI-

 Untuk itu, sebagai tanda penghargaan daripada pihak majlis,


dipersilakan Al Fadhil Ustaz _______ menerima tanda hati selaku Khalifah
Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini .

. Dengan segala hormatnya, Dipersilakan.

 Majlis dengan ini mempersilakan pula, murid-murid yang Khatam Alquran


untuk menerima sijil, dan cenderahati.

Dipersilakan; ____

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


_____________________,Guru Besar, SK ______. kerana sudi
menyempurnakan majlis penyerahan cenderahati tadi..

8.   Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Hadirin hadirat yang sidang dewan yang dihormati,

Kesungguhan didikan para ibu bapa sejak kecil, tunjuk-ajar dan bimbingan
daripada Ustaz dan Ustazah di sekolah, dan guru-gurulah yang akan membentuk
anak-anak yang cemerlang yang berpaksikan akhlak Al-Quran.
Jutaan terima kasih dan doa kerahmatan kepada semua insan hebat dalam hidup
kita ini.
Mudah-mudahan segala yang usaha yang laksanakan oleh para ibu bapa dan
pihak sekolah akan membuahkan hasil dan mendapat keberkatan Allah swt.
jua. InsyaAllah..

Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati itu tadi,


Maka, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2022/2023 ini
menyusur ke pengakhirannya...

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih


tidak terhingga kepada
Pihak Urusetia Masjid Assakinah,
Pn.Guru Besar,
Semua Barisan Pentadbir Sekolah,
, selaku ketua Panitia Bahasa Pendidikan Islam,
semua ustaz-ustazah, para guru, para ibu bapa,
rakan peserta Khatam Alquran serta pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yang hadir ke majlis ini pada
kali ini.
Sekali lagi Sekalung tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam
Al-Quran dengan jayanya! Alhamdulillah.

** Pada kesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai


ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

**Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada pagi yang damai ini
dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

-Bacaan tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.-

Dan
Salam hormat,

daripada Saya,
DARI KELAS
akan sudahi pengacaraan majlis Khatam Al-Quran ini dengan lafaz yang mulia...

Wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.

...Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai