Anda di halaman 1dari 12

1

TEKS PENGACARA

MAJLIS TITIPAN MEMORI PERSARAAN


YM RAJA IBRAHIM BIN RAJA DERAMAN
GURU BESAR SK BANDAR TEMERLOH

TARIKH : 26 JULAI 2020 (AHAD)


MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : BILIK SEMINAR SK BANDAR TEMERLOH

PENGACARA MAJLIS

EN. AHMAD MUSTAQIM BIN KHAIRUDDIN


PN. NOR HALIMATON BT. KAMARUDIN

Majlis Titipan Memori 2020


2

PANDUAN ETIKA DAN PROTOKOL MAJLIS

Assalamualaikum wbt.......

Mohon perhatian,
Hadirin yang dihormati,

Majlis Titipan Memori akan bermula sebentar lagi. Agar majlis ini dapat disempurnakan dengan sebaik-
baiknya, kerjasama para hadirin sekalian adalah dipohon untuk :-

1. Memastikan semua telefon bimbit dimatikan seketika atau diletakkan dalam vibration mode
agar tidak berlaku sebarang gangguan sepanjang majlis ini berlangsung.

2. Bersama-sama berdiri ketika pengumuman ketibaan yang dirai.

3. Mengurangkan pergerakan untuk mengelakkan sebarang gangguan sepanjang majlis.

Sekian, kerjasama para hadirin didahului dengan ucapan terima kasih.

BIL PERISTIWA TEKS/SKRIP PENGACARA

Majlis Titipan Memori 2020


3

1. Ketibaan VIP
Mengumumkan ketibaan Yang diraikan
YM Raja Ibrahim bin raja Deraman,
guru besar SK Bandar Temerloh diiringi isteri
beserta
Dif-dif jemputan ke dalam dewan.

2. Kata Aluan Pengacara Lafaz bismillah pembuka bicara


Kalimah mulia penuh keberkatan
Majlis berlangsung penuh ceria
Majlis Persaraan kita jayakan

Bismillahirrahmanirrahim ....Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillahirabbilalamin.....................................

1. Yang diraikan,
Yang Mulia Raja Ibrahim Bin Raja Deraman Guru Besar SK Bandar
Temerloh

Majlis Titipan Memori 2020


4
2. Yang dihormati,
En Mokhtar Bin Abdul Mubin,
Yang Dipertua PIBG SK Bandar Temerloh,

3. Yang dihormati,
Tuan Hj. Abdullah Karim Bin Awang Hitam
____________________________________________

4. Yang dihormati,
Barisan guru penolong kanan,

serta rakan-rakan guru dan kakitangan sk bandar temerloh yang dikasihi


sekalian.

Tepian mandi tumbuh selasih


Hujung halaman berbunga kasturi
Kalungan budi junjungan kasih
Hadir kalian majlis berseri

Pagi yang indah penuh ceria, hari yang mulia penuh bermakna kami bawakan
kepada anda majlis ” Titipan memori” sempena persaraan YM Raja Ibrahim
Bin Raja Deraman, Guru besar SK Bandar Temerloh.

Cincin suasa bertatah delima


Majlis Titipan Memori 2020
5
Tanda penambat kasih sejati
Majlis persaraan seindah nama
Hargai khidmat sumbangan bakti

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNYA dapat kita
bersama-sama berkumpul pada pagi yang penuh ceria bagi menjayakan
majlis Titipan Memori ini. Semoga majlis ini bertambah ceria, penuh gemilang
dan membawa makna kepada kita semua.

3. Bacaan Doa
Hadirin yang dihormati,
Tangan ditadah restu dipinta
Pada yang esa pohon segala
Inayah dan taufiq hajat termetra
Agar Majlis diberkati jua

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil


ustaz____________________untuk membacakan doa.
.............................................Doa.....................................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-fadhil
ustaz_____________________ atas bacaan doa itu tadi.

4. Ucapan wakil guru


Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
kepimpinanmu gemilang

Majlis Titipan Memori 2020


6

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
dilakukan oleh yang diraikan YM Raja Ibrahim bin Raja Deraman, Guru
Besar SK Bandar Temerloh.

Hadirin sekalian,
Majlis dimulakan dengan mempersilakan Tn Hj ________________, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili
warga sekolah. Dipersilakan

-------------------------------------- Ucapan wakil guru---------------------------------

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj _________________ atas ucapan itu


tadi.

5. Ucapan YDP PIBG Majlis seterusnya menjemput yang dihormati, En. Mokhtar Bin Abd Mubin ,
Yang Dipertua PIBG SK Bandar Temerloh, untuk menyampaikan ucapan.
--------------------------------------Ucapan YDP-----------------------------------------------
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Mokhtar Bin Abdul
Mubin atas ucapan itu tadi.

6. Biodata
Hadirin hadirat yang dihormati,
Dan
Tayangan Multimedia Kalau sungguh bagai dikata
Hidup kayu berbuah
Hidup manusia biar berjasa
Jasa tuan taburkan
Majlis Titipan Memori 2020
7
Tiada terucap dek ribuan kata
Tiada terhitung dek ribuan angka
Buah fikir bijak dicerna
Tenaga usaha setia dicurah
Halangan rintangan tabah diredah
Misi visi sederap dijana
Cemerlang SK Bandar Temerloh dijulang bersama
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan, itu adat, itu lumrah kehidupan.
Begitulah rentetan perjalanan walau sukar untuk ditelan , tetapi kaki tetap
mengorak jalan selagi hayat dikandung badan.

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan biodata dan tayangan multimedia untuk
yang diraikan YM Raja Ibrahim Bin Raja Deraman.

7. Gimik pulut kuning Seterusnya majlis mempersilakan isteri tercinta bersama keluarga tersayang
untuk mengiringi yang diraikan bagi bersama-sama dalam acara pemotongan
pulut kuning sebagai tanda kenang-kenangan.
Terima kasih diucapkan atas kesudian meraikan acara memotong pulut
kuning itu tadi
Hadirin sekalian,
8. Ucapan Yang Dirai

Selama tuan berada di sini,


Sentuhan tuan terlalu banyak.
Jejak tuan ada di mana-mana,
Jasa tuan takkan dilupakan.
Majlis Titipan Memori 2020
8
Teguran tuan menjadi ingatan,
Nasihat tuan menjadi panduan,
Secubit budi jadi kenangan.

Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu ucapan daripada yang diraikan
YM Raja Ibrahim Bin Raja Deraman. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan tuan untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan .
……………...............................Ucapan GB ….....................................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada


yang diraikan YM Raja Ibrahim Bin Raja Deraman atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang berundur jangan
9. Tayangan
persembahan/ucapan Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan

Hadirin sekalian,
Pastinya tetamu yang diraikan pada hari ini banyak menabur bakti kepada
Majlis Titipan Memori 2020
9
Sekolah ini, dan sudah pasti ketiadaannya selepas persaraan ini amatlah
dirasai oleh kita semua. Dengan itu, marilah kita saksikan tayangan ucapan
daripada warga sekolah khas buat dirinya.

----------------------------tayangan ucapan----------------------------------------------------
Begitulah tadi tayangan ucapan daripada warga sekolah khas buat Yang
diraikan.

10. Penyampaian Sesungguhnya tuan tidak akan dilupa. Dekat di mata, dekat di hati. Khidmat
cenderamata kepada dan sumbangan Cikgu Raja dalam memperkasakan SK Bandar Temerloh
yang diraikan tidak terkira ibarat

Rakit sama bergalah


Ruyung sama dipecah
Laut sama direnang
Gunung sama didaki

Kata orang
Ada jejak ada bekasnya
Ada hujan ada lopaknya
Ada rindu ada ubatnya
Ada pertemuan ada kenangannya
Budi tuan tak akan dilupa

Justeru, sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya


Majlis Titipan Memori 2020
10
mempersilakan YM Raja Ibrahim Bin raja Deraman Guru Besar SK Bandar
Temerloh untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Kami persilakan Ustaz ___________________________selaku Pengerusi
Kelab______________untuk mengetuai perarakan masuk cendermata
daripada warga sekolah yang terdiri daripada:
1) ____________________________________
2) ____________________________________
3) ____________________________________
4) ____________________________________
5) ____________________________________
6) _____________________________________
7) ____________________________________
8) ____________________________________
9) ____________________________________

Diharap Tuan Yang Diraikan sudi menerima cenderamata-cenderamata ini


sebagai kenang-kenangan.

11. Sesi Bergambar Hadirin sekalian,


Sebelum majlis melabuhkan tirainya, pastinya kita semua ingin merakamkan
kenangan bersama-sama Tuan Guru besar Kesayangan kita ini. Untuk sesi
bergambar ini,majlis mempersilakan:
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Majlis Titipan Memori 2020
11

12. Penutup
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang diraikan Yang Mulia
Raja Ibrahim Bin Raja Deraman dan ahli keluarga serta para tetamu kerana
sudi bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini. Kami juga mendoakan
Cikgu Raja akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga
tercinta. Kami memohon jutaan kemaafan di atas segala kekhilafan dan
kekurangan andai kami terlajak kata, terlanjur bicara, tersalah rasa.

Majlis persaraan berakhir disini


Sebarang kesilapan harap diampuni
Terima kasih sekalung budi
Kenangan manis abadikan di hati
Semoga kita bertemu lagi.

Majlis dengan berbesar hati mempersilakan para tetamu untuk sama-sama


mengiringi yang dirai untuk ke___________bagi menjamu selera.

Sekian …wabillah….

Majlis Titipan Memori 2020


12

Majlis Titipan Memori 2020

Anda mungkin juga menyukai