Anda di halaman 1dari 5

Tajuk: Berbuat baik kepada ibu bapa

(Syair irama hiasan)


Kasihnya ibu tiada sempadan,
Kasihnya Ayah rela berkorban,
Ibu bapamu hubungan tuhan,
Baru sempurna anak Budiman.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.


Alhamdulillah hirabbillalamin…….
Kawan-kawan,
Kawan semua tahu tak siapa yang mengandungkan kita? Siapa
yang melahirkan kita? Siapa yang mendidik dan mencari nafkah
untuk kita?
Ha….ibu bapa kitalah yang telah melakukan semua itu bagi
memastikan kita dapat hidup di dunia ini dengan selesa.

Oleh sebab itulah agama islam meletakkan ibu bapa di tempat


yang tinggi dalam hidup kita. Islam mewajibkan anak
menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya bukan
sahaja ketika mereka masih hidup, malah selepas mereka
meninggal dunia, penghormatan itu wajib dikekalkan oleh anak-
anaknya.
Kalau kawan nak tahu, di zaman Rasulullah dahulu, ada seorang
sahabat yang selalu menggendong ibunya kemana sahaja ibunya
pergi.
Kemudian ia bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah,
Apakah semua itu dapat membalas jasa ibuku?” Rasul
menjawab “TIDAK… kerana dunia dan segalanya tidak sedikit
pun membalas kebaikan ibu dan bapa kamu.”
Rasulullah bersabda bermaksud,
“Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan bapa dan
kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan bapa”
Hadis Riwayat Imam Tarmizi.

Kawan-kawan semua,
Bagaimana cara kita berbuat baik kepada ibu bapa?
Pertama,
Kita perlulah mentaati mereka. Jika mereka suruh kita solat,
segeralah solat. Jika mereka suruh kita belajar, kita belajarlah
rajin-rajin.
Seperti dalam surah Al-Isra’ ayat 23,
Maksudnya,
Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak
menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah
engkau berbuat baik kepada ibu bapa.
Boleh kan kawan-kawan? Kita sayang ibu bapa kita kan.. dengar
cakap mereka ya…….
Jangan jadi seperti satu kes yang berlaku baru-baru ini di
Puchong , di mana seorang anak telah disyaki menetak bapanya
sendiri sehingga mati.
Astaghfirullah hal azim…
Kedua,
Kita hendaklah sentiasa mendoakan mereka. Berdoalah kepada
mereka setiap hari, jika boleh setiap kali selepas kita solat.

Bagaimana doanya. Ayuh kita berdoa. Jom ikut saya.


Ya Allah ya Tuhanku,
Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa kedua ibu
bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka
memelihara dan mendidikku di masa kecil. Amin..amin.. ya
rabbal alamin….
Cara yang ketiga ialah berkatalah yang baik-baik dengan ibu
bapa.
Perkataan yang baik itu sangat dicintai Allah apalagi kepada
orang tua kita. Jangan sekali-kali ibu bapa kita berkecil hati
dengan apa yang kita perkatakan. Berkata “ah” pon sudah
mendapat dosa tau kawan-kawan. Jangan buat macam tu ya….

(Nasyid)
Lahirku ke dunia,
Ku disambut penuh syukur,
Bisikkan azan ke telinga,
Diqamah kalimah yang luhur….
Terima kasih ibu…terima kasih duhai ayah…(2x)

Sebelum saya mengundur diri, dengarkanlah serangkap pantun.


(Pantun)
Buah jambu di bawah tangga,
Buah kelapa di hujung desa,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih bapa sepanjang masa.

Sekian. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualikum


warahmatullah hiwabaraaktuh

Anda mungkin juga menyukai