Anda di halaman 1dari 5

NAMA PESERTA: NUR QISHA QAIREENA BINTI AHMAD

FUZI
TAJUK: DAKWAH NABI NUH TERHADAP KAUMNYA
Assalamualaikum, pembuka bicara,
Kepada hadirin- hadirin semua,
Qisha Qaireena, namalah saya,
Mari semua dengar cerita.

Terima kasih tuan pengerusi majlis,


Barisan hakim yang adil lagi saksama,
Guru-guru dan rakan-rakan semua.

Kawan-kawan, nak tahu tak tajuk cerita saya?


Cerita saya bertajuk, Dakwah Nabi Nuh Terhadap Kaumnya.
(Syair: Irama Hiasan)
Wahai kawanku dengarlah cerita,
Kisah nabi Nuh dengan kaumnya,
Dakwah diberi Nabi dipersenda,
Namun Nabi Nuh, tak putus asa.

Hadirin semua tahu tak? Nabi Nuh alaihissalam adalah nabi yang ketiga
selepas Nabi Adam dan Nabi Idris. Nabi Nuh berdakwah kepada
Penduduk Armenia. Mereka menyembah berhala. (Pendahuluan)
Nabi Nuh mengajak mereka menyembah Allah yang Maha Berkuasa,
bukannya berhala!
Lalu, Allah berfirman,
‫أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم‬

Maksudnya,
Dia pun berkata, “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada
kamu, sebagai pemberi peringatan dan amaran yang nyata”
(Surah Nuh ayat 2)

Nabi Nuh sangat sabar. Baginda berdakwah 900 tahun. Lama kan
kawan-kawan? tetapi, kaumnya tetap degil! Cuma 83 orang sahaja yang
beriman.

Sifat sabar dan taat ini harus dicontohi oleh kita semua.
(pengajaran)

Banyak cabaran yang Nabi Nuh hadapi semasa berdakwah. Baginda


pernah dipukul sehingga pengsan.
Isteri Baginda pula, menuduh baginda orang yang gila. Baginda sangat
sedih, tetapi masih bersabar dalam menyampaikan dakwah.

(Pantun)
Padang pasir tiada hujan,
Tiada pula pohon teduhan,
Doa dipinta kepada Tuhan,
Agar diberi petunjuk jalan.

Setelah Nabi Nuh memohon petunjuk Allah, Malaikat Jibrail memberi


benih pokok kayu dari syurga. Benih itu ditanam, lalu tumbuh menjadi
pokok yang sangat besar.

Allah menyuruh Nabi Nuh membina sebuah kapal dari pokok itu.
Dugaan menimpa lagi, Nabi Nuh diejek dan ditertawa oleh kaumnya
yang ingkar.

(Nasyid: Rasulullah)
Sayu hati, sayu sekali,
Pabila diri, terus dicaci,
Namun nabi, kuatkan hati,
Demi perintah dari Ilahi…

Seterusnya, setelah kapal itu siap, Nabi Nuh dan pengikutnya yang
beriman naik ke atas kapal.
Nabi Nuh mengajak isteri dan anaknya naik bersama, tetapi mereka tak
mahu dan tak percaya pada Nabi Nuh.

(Sajak)
Subhanallah…
Besarnya Kuasa Allah,
Tiba-tiba,
Hujan turun dengan lebatnya,
Banjir besar melanda,
Bukit tinggi dan pengikut yang ingkar, tenggelam bersama,
Termasuk anak dan isteri baginda.

Akhirnya kawan-kawan, banjir besar surut. Setelah mereka turun dari


kapal, mereka sangat bersyukur kerana selamat.

Pengajaran daripada peristiwa ini ialah sabar dan tekun adalah ciri orang
yang beriman. (Pengajaran)
Seperti yang berlaku di Acheh, setelah dilanda Tsunami besar, Rakyat
Acheh berusaha untuk membangunkan semula negeri mereka. (Isu semasa)
Iman dan taat mereka juga semakin kuat.

(Pantun)
Sabar dan iman tak boleh diwarisi,
Itulah tuntutan dari Ilahi,
Sifat Nabi Nuh perlulah dicontohi,
Agar hidup selalu diberkati. (Penutup)

Sekian sahaja cerita saya pada hari ni.


‫والهدَا َي ُة َو ال َّسالَ ُم َع َل ْي ُك ْم َو َرحْ َم ُة ِ‬
‫هللا َو َب َر َكا ُت ُه‬ ‫ْق ِ‬ ‫هلل ال َّت ْوفِي ُ‬
‫َو ِبا ِ‬

Anda mungkin juga menyukai