Anda di halaman 1dari 3

Kisah Ketaqwaan Saidina Abu Bakar As Siddiq r.

Tidak syak lagi bahawa Saidina Abu Bakar r.a. merupakan manusia paling paling
tinggi martabatnya di kalangan para sahabat. Rasulullah s.a.w sendiri pernah
menyampaikan berita gembira mengenai kedudukan yang utama di antara para
penghuni syurga.

Baginda s.a.w bersabda: "Nama Abu Bakar akan diseru dari segenap pintu
syurga dan dialah pengikutku yang pertama akan memasukinya."

Namun demikian,perasaan takutnya kepada Allah tetap bertakhta dikalbunya.


Dia sering berkata : "Alangkah bagusnya jika aku menjadi sebatang pokok yang
ditebang dan dijadikan kayu api."

Kadang-kadang beliau berkata : "Alangkah baiknya kalau aku ini sehelai rumput
yang riwayat hidupnya akan tamat apabila dimakan oleh seekor binatang
ternakan."

Pada suatu hari beliau telah pergi ke sebuah taman di mana dia lihat seekor
burung sedang berciap-ciap. Katanya: "Wahai burung! Sungguh bertuah engkau.
Kamu makan, minum dan berterbangan di bawah naungan pokok-pokok kayu
tanpa sebarang perasaan takut tentang hari perkiraan. Aku ingin menjadi seperti
engkau wahai burung."

Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar
dengan Abu Bakar. Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan
sepatah kata kesat kepada aku. Dengan serta-merta dia telah menyedari
kesilapannya lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu
terhadapku sebagai tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia
menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata
hendak merujuk kepada Nabi s.a.w. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia
pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang
menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang
melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan
kepada Nabi s.a.w." Dengan segera aku menyampuk: "Kamu tahu
siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti
menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah.
Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan
menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi
s.a.w, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda s.a.w
bersabda:" Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena
pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu
Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah: "Semoga Allah
mengampunimu, wahai Abu Bakar."

Begitulah ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar r.a.
Keenggananya menerima pembalasan di akhirat menyebabkan dia
mendesak Rabi'ah Aslami supaya mengambil tindakan balas ke atasnya.
Kekesalannya dan penderitaan batinnya akibat kesalahannya itu demikian
rupa sehingga beliau sanggup menceritakan segala-galanya kepada Nabi
s.a.w dengan harapan Nabi dapat menolongnya.

Bagaimanakah pula perasaan kita, umat Islam kini, selepas melakukan


kesalahan seperti itu? Kita sering melakukan kesalahan tanpa sebarang perasaan
takut akan pembalasan sama ada di dunia ini atau pun diakhirat nanti.

Sejarah Hidup Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A.

Keterangan Buku :

Setelah wafatnya Nabi Muhammad S.A.W, Sayidina Abu Bakar


telah dibai'ahkan menjadi khalifah Islam yang pertama pada
tanggal 13 Rabiulawal tahun ke-11 hijrah. Memegang tampuk
kepemimpinan yang tertinggi di dalam sebuah negara yang
masih baru amat memerlukan kekuatan dan kemahiran dari
pelbagai aspek. Lebih-lebih lagi ketika itu cabarannya amat
besar dan mencabar. Banyak unsur negatif timbul seperti nabi
palsu, keengganan untuk patuh ajaran Islam, tidak mahu
membayar zakat dan juga ancaman daripada musuh-musuh
yang berazam untuk menghancurkan Islam seperti Rom (Ian
Parsi. Inilah yang perlu dihadapi oleh Sayidina Abu Bakar As-
Siddiq.
Abu Bakar As-Siddiq adalah sahabat Nabi S.A.W. yang paling
rapat sekali. Seorang yang zuhud dan sentiasa
mempertahankan Agama Islam. Malah beliau juga telah
bersama-sama Nabi S.A.W. semasa berhijrah ke Yathrib
(Madinah). Islam telah menjadi begitu kukuh clan kuat di
Madinah seterusnya dengan penaklukan Mekah. Di
Semenanjung Arab Islam semakin dicemburui oleh kuasa-kuasa
besar seperti Rom dan Parsi. Dalam masa yang sama terdapat
kelompok-kelompok kecil seperti masyarakat Yahudi clan bukan
Arab lain tidak menyenangi Islam. Mendengar berita wafatnya
Nabi S.A.W, musuh-musuh Islam ini mula menunjukkan taring
penentangan mereka secara terang-terangan. Inilah cabaran
yang perlu dihadapi oleh Sayidina Abu Bakar. Dalam
meneruskan kesinambungan Islam dan menyebarkan luaskan
ajaran Islam.la memerlukan tindakan segera clan efektif dalam
mengatasi masalah nabi palsu, murtad, golongan yang enggan
mengamalkan cara hidup Islam seperti m.enolak ibadah solat,
zakat dan sebagainya.
Lebih mencabar lagi adalah ancaman musuh-musuh daripada
luar yang hanya menunggu tempoh dan ketika untuk
memusnahkan Islam. Tindakan seperti bertahan, menyerang
dan memperkuatkan negara perlu dilakukan dalam masa yang
sama. Selain masalah ini, isu keagamaan juga perlu diambil
berat seperti dakwah Islamiyyah, pengajaran Al-Quran dan
hadis (penulisan dan rekod). Ini amat penting demi untuk
kesinambungan agama yang syumul iaitu Islam. Buku ini
menerangkan secara terperinci tentang apa yang telah
dilakukan oleh Sayidina Abu Bakar untuk meneruskan
kesinambungan Agama Islam. Dengan pengisian yang amat
bernilai dapat kita ambil ikhtibar clan pengajaran daripada
sejarah terpenting dalam pengukuhan Islam sebagai tamadun
dan Agama yang syumul yang menjadi pegangan dan cara
hidup manusia.

Anda mungkin juga menyukai