Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Yang dihormati pengacara majlis,penal hakim yang bijaksana, guru,guru seterusnya sidang
hadiri dan kawankawan sekeliah

Izinkan saya memulakan cerita Hijrah Rasulullah, demikian tajuknya untuk tauladan kita semua

Nabi Muhammad s.a.w adalah Rasul terakhir yang di utuskan kepada umat manusia. Setelah
mendapat tentangan yang hebat daripada pembesar Quraisy di Mekah. Rasulullah berdakwah
pula kepada penduduk luar Mekah. Hasil pertemuan Rasulullah dengan orang-orang Yathrib,
Maka terjadilah perjanjian Aqabah pertama dan kedua. Maka mereka mengajak Rasulullah
berhijrah ke Yathrib.

Musyrikin Makkah mengatur rancangan untuk membunuh Rasulullah. Dipilih pemuda setiap
qabilah Mengepong nabi dikeliling rumah. Rancangan jahat disedari nabi. Tempat tidur di ganti
Saiyidina Ali.

Bersama Saiyidina Abu Bakar sebagai teman. Mereka menuju kearah selatan. Jalan ke utara
penuh sekatan. Gua Thur tempat persembunyian.

Ingatlah kawan-kawan. Saiyidina Ali yang masih muda remaja sanggup berkorban dan
mempertaruhkan nyawa demi kerana Islam. Tidak seperti remaja hari yang menyalah gunakan
keberanian mereka dengan membuli kawan sendiri.

Dengan Bantuan Allah , Rasulullah dan Saiyidina Abu Bakar berjaya keluar dari Mekkah.
Setibanya di Quba’ Rasulullah dan beberapa orang sahabat telah membina masjid yang pertama
dalam sejarah Islam. Masjid yang serba ringkas itu dibina hanya mengunakan batang pokok dan
pelepah tamar.

Akhirnya Rasulullah dan para shabat sampai di Yathrib dengan selamatnya. Rombangan baginda
disambut meriah oleh penduduk yathrib yang sudah lama menanti kedatangan rasulullah tercinta.
Maka bermulalah taqwim baru dalam Islam. Baginda akhirnya dilantik menjadi pemimpin di
Yathrib yang akhirnya bertukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah

Sekian Wasalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai