Anda di halaman 1dari 1

Abdul Hadi Bin Abd Karim,

Guru Penolong Kanan Bakat,


SRI Integrasi Tahfiz Sains, Kajang Perdana,
No 10 Kajang Walk, Jalan Kajang Perdana 3/1,
Kajang Perdana, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
_____________________________________________________________________________________

Pengurus,
SRI Integrasi Tahfiz Sains, Kajang Perdana,
No 10 Kajang Walk, Jalan Kajang Perdana 3/1,
Kajang Perdana, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan. 7 Ogos 2019

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN AWAL BAGI MENJALANI KURSUS

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya seperti yang bernama di atas ingin memohon jasa
baik pihak tuan bagi menyediakan peruntukan awal bagi urusan pembayaran yuran
pendaftaran dan keperluan bagi menghadiri kursus-kursus yang berkenaan.

2. Untuk maklumat pihak tuan, terdapat beberapa kursus yang perlu dihadiri oleh saya
dan rakan guru yang lain. Butiran makluman kursus dan peruntukan yang dimohon adalah
di Lampiran 1.

3. Tujuan kursus-kursus yang dinyatakan adalah bagi meningkatkan pembangunan Bakat


Sukan terutamanya Bakat Sukan Memanah khasnya juga bagi bidang akademik dan sukan
yang lain amnya. Maka dengan itu, terdapat beberapa kursus yang di jadualkan bagi
tujuan peningkatan dan menimba ilmu serta pengalaman.

4. Diharapkan permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya


daripada pihak tuan. Saya juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat
mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Segala kerjasama pihak tuan saya
dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

……………………………………..
(ABDUL HADI BIN ABD KARIM)
Guru Penolong Kanan Bakat
SRI Integrasi Tahfiz Sains (SRIITS)

Anda mungkin juga menyukai