Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

KURSUS “FLOWER ARRANGEMENT”

ANJURAN
KURSUS PEMBUAT KANAN JAHITAN KREATIF
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

29 OKTOBER 2018

TUJUAN
1. Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan untuk menjalankan Kursus
“Flower Arrangemant” bertempat di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah.

LATAR BELAKANG

2. Flower arrangement merupakan satu kemahiran mengubah bunga. Kemahiran ini


kian mendapat perhatian dari masyarakat setempat terutamanya kalangan wanita
berkerjaya. Kemahiran ini dapat memberi pulangan yang lumayan pada sesoarang
individu. Memandangkan pelatih dari kursus Pembuat Kanan Jahitan Kreatif banyak
menghasilkan bunga-bunga dari fabrik dan reben, kemahiran Flower arrangement
dilihat dapat memberi nilai tambah pada pelatih. Pelatih dapat mempelbagaikan
produk dengan menjadikan satu jambangan atau gubahan bunga.

3. Kursus ini dijalankan dengan usahasama dari Unit Fesyen dan Rekaan, Kolej
Komuniti Sungai Petani. Ini dapat memberi kelainan pada pelatih serta memberi
peluang kepada guru dan pelatih untuk lebih mendalami dan mempelajari kemahiran
Flower arrangement dari mereka yang lebih berpengalaman . Disamping itu, peserta
dapat melihat sendiri bagaimana sesuatu gubahan bunga dihasilkan.

4. Selain itu, melalui program ini dapat membentuk serta memupuk minat setiap pelatih
terhadap kemahiran baru. Kemahiran yang dimiliki dapat diaplikasikan dan
dipelbagaikan setelah murid melangkah keluar dari alam persekolahan. Berbekalkan
ilmu yang ada, murid dapat menggunakannya untuk membentuk bidang kerjaya
sendiri pada masa hadapan.
5. Selain daripada itu, aktiviti sebegini juga dapat meningkatkan kemahiran interaksi
sosial dan keyakinan diri murid berkeperluan khas dengan menggalakkan aktiviti
yang melibatkan NGO serta orang luar.
CADANGAN PERLAKSANAAN
6. Program Kursus “Flower Arrangement” dicadangkan seperti ketetapan berikut :
6.1 Tarikh : 29 Oktober 2018 (Isnin)
6.2 Lokasi : Kolej Komuniti Sungai Petani
6.3 Masa : 8.00 pg – 2.00 petang
6.4 Bilangan Peserta : 15 orang murid
5 orang guru
6.5 Tentatif Program
TARIKH MASA AKTIVITI

29 Oktober 08.00 pagi - Semua peserta berkumpul di dataran sekolah


2017
- Taklimat ringkas mengenai program
(Isnin)

08.15 pagi - Bergerak ke Kolej Komuniti Sungai Petani

8.45 pagi - Tiba di Kolej Komuniti Sungai Petani

9.00 pagi - Taklimat ringkas & ucapan aluan dari


pengurusan Kolej Komuniti Sungai Petani
- Minum pagi

9.30 pagi - Flower arrangement Slot 1

11.00 pagi - Rehat & Makan

11.30 pagi - Flower arrangement Slot 2

1.30 tgh hari - Tamat program & bersurai

2.00 petang - Tiba di sekolah

AHLI JAWATANKUASA
7. Jawatankuasa yang telah dibentuk adalah seperti berikut :
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Pengerusi : En. Suhaini Shaari
Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Fuzi Md.Saad
Naib Pengerusi 2 : En. Nik Ahmad Zakil Nik Hamid
Penasihat : En. Adnan bin Nayan
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengurus Program : Pn. Nur Maslina binti Mastam
Bendahari : Pn Chia Jong Huey
Penterjemah : Pn. Aida binti Zainul Azizdin
Sijil : Pn. Nur Maslina binti Mastam
Jurufoto : Pn. Rosita binti Said
Dokumentasi : Pn. Hazrol Afza binti Hamzah
Kawalan Pelajar : Pn. Chia Jong Huey

IMPLIKASI KEWANGAN
8. Sumber kewangan adalah menggunakan peruntukan PCG Kursus Pembuat Kanan
Jahitan Kreatif. Rujuk lampiran A untuk keterangan perbelanjaan.

HARAPAN
9. Dengan adanya Program ‘Flower Arrangement’ ini diharap dapat memberi nilai
tambah kepada pelatih. Melalui kursus ini juga guru serta pelajar dapat
mengaplikasikan dalam pdp di bengkel dan kelas. Guru serta pelajar dapat
memperolehi satu lagi kemahiran baru dalam memgembangkan kemahiran jahitan
kreatif yang telah dipelajari di sekolah seterusnya memperkenalkan produk-produk
SM Pendidikan Khas Vokasional Merbok kepada masyarakat. Ini secara tidak
langsung dapat mempromosikan sekolah serta mengembangkan potensi serta bakat
pelatih.

SYOR
10. Diharapkan kursus ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada
semua pihak.

DISEDIAKAN OLEH

NUR MASLINA BINTI MASTAM


PENGURUS PROGRAM KURSUS SALES & MERKETING
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DISOKONG / TIDAK DISOKONG


ADNAN BIN NAYAN
GURU KANAN MATA PELAJARAN TEKNIK & VOKASIONAL
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

SUHAINI SHAARI
PENGETUA
SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL MERBOK

LAMPIRAN A

BIL PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH


1. NOTA, BAHAN & SIJIL RM 40 x 15 RM 600.00
2. MINUM PAGI RM 3 x 15 RM 45.00
3. MAKAN TGH HARI RM 7 X 15 RM 105.00
4. PENGANGKUTAN (BAS) RM 200.00 RM 200.00
JUMLAH RM 950.00

Anda mungkin juga menyukai