Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.


Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas keizinNya, Sekolah Kebangsaan Felda Ulu
Tebrau dapat melaksanakan dan merangka Pogram Bestari LINUS 2.0
bagi sesi 2016. Program LINUS 2.0 ini adalah singkatan daripada Literacy
andNumeracy Screening yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia yang menyasarkan semua murid normal berkeupayaan untuk
menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti
pendidikan rendah pada Tahap Satu.
Program-program yang dirangka adalah bertujuan untuk memberi
penambahbaikan kepada program LINUS 2.0 yang dirancang bagi tahun
ini.
Menyedari kepentingan LINUS 2.0 kepada murid-murid Tahap Satu
SK Felda Ulu Tebrau, program-program yang disenaraikan memberi 100%
penekanan kepada perkembangan murid-murid sekolah ini agar mencapai
0% murid LINUS dan LINUS Tegar.
Sekalung tahniah saya ucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru
Tahap Satu serta ibu bapa yang memberi perhatian kepada
perkembangan
3M anak-anak SK Felda Ulu Tebrau.
Selaku pentadbir sekolah, saya berkeyakinan barisan guru-guru yang
telah dipilih untuk meneraju murid-murid Tahap Satu agar dapat
melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing tanpa
mengira penat lelah dan pengorbanan masa yang diberikan untuk
memastikan murid-murid Tahap Satu SK Felda Ulu Tebrau mencapai
perkembangan pembelajaran yang diperlukan.
Akhir kata, pendidikan bukan sekadar melatih murid-murid
menimba ilmu pengetahuan tetapi selaku guru yang
bertindak sebagai mentor peribadi, adalah amat diharapkan
agar ilmu ini dijadikan panduan dan asas yang cukup untuk
membentuk sahsiah dan keperibadian akhlak yang mulia.
Saya percaya segala usaha dan ketekunan yang dicurahkan
oleh pihak pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan penglibatan PIBG
dapat meningkatkan prestasi murid-muridSK Felda Ulu Tebrau.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

(Puan Rohana binti Bahari)


Guru Besar, SK Felda Ulu Tebrau

Anda mungkin juga menyukai